Laman Utama
Terapi Pusat Rawatan Madinatul Asrar

URUT TRADISIONAL TANAH MELAYU, SUMATERA & JAWA

URUT TRADISIONAL TANAH MELAYU, SUMATERA & JAWA

Rawatan yang lengkap khusus untuk memenuhi keperluan meningkatkan tahap kesihatan dan kebersihan diri bagi semua golongan. Inilah kursus urutan yang boleh anda harapkan dan percayai kerana kami adalah pelopor dalam rawatan penjagaan tubuh badan di Bumi Kenyalang dan kami mempunyai rekod yang amat memberangsangkan dalam bidang ini.

Kaedah yang Kami jalankan adalah kaedah rawatan tradisional Melayu,Sumatera dan Jawa yang asli dan tulin yang telah diamalkan berkurun lampau. Kaedah tersebut telah menjadi amalan dan budaya dalam masyarakat Melayu & Jawa dan ternyata mempunyai kesan positif yang ketara luarbiasa. Kaedah yang berasaskan sumber semulajadi,tiada dadah,kimia,untuk menentukan agar rawatan Kami jauh dari kesan sampingan yang merbahaya.Kami bertanggungjawab terhadap anda….Itulah prinsip kami

BAGAIMANA IA DILAKUKAN

Kami mempunyai kebolehan khusus dan berpengalaman dalam mengamalkan urutan rawatan tradisional.Pengasas Anugerah Agung Spiritual Development Centre iaitu Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D lahir dalam sebuah keluarga yang mewarisi amalan tradisional Melayu turun-menurun,beliau telah menjelajah seluruh nusantara dalam menambah pengetahuan dan pengalaman beliau demi untuk memelihara khazanah dan pusaka yang tidak ternilai ini agar terus diwarisi!!!

KESAN DARI RAWATAN

Urut adalah kaedah tertua yang diamalkan dalam merawat dan menyembuh dan dipraktikkan secara meluas didalam masyarakat Melay,Sumatera dan Jawa berkurun lalu.Urut tradisional Melayu,Sumatera & Jawa adalah kombinasi dari elemen effleurage (gerak perlahan berirama), petrissage (memicit, menekan dan memilin otot), Neuromuscular (terapi menumpukan pada pusat/titik tertentu),dan urutan tradisional Melayu anda boleh mendapat kebaikan seperti berikut:

secara fizikal badan bersantai.

Mengurangkan ketegangan akibat penat bekerja seharian

Memperbaiki perjalanan darah dan anggota yang terlibat dengannya

Memberi erti kepada kesejahteraan hidup

Melonggarkan otot-otot yang kejang (kram)

Memperbaiki kehalusan kulit

Mengurangkan kesakitan dan kepenatan otot

Menambah ketahanan tubuh badan

Memperbaiki susuk tubuh

Menghilangkan perut buncit

Memudahkan tidur

Mengurangkan keresahan dan kegelisahan

Merehatkan minda

Mengurangkan rasa berdebar-debar

Mengimbangi tekanan darah

Melancarkan pernafasan

Mengurangkan sakit kepala dan migraine

Dan lain-lain lagi

YURAN KURSUS URUT TRADISIONAL MELAYU, SUMATERA DAN JAWA - RM400

Yuran Kursus Ini Termasuk

Akuan Ijazah
2 Manual Lengkap Berwarna Program Urutan Tradisional Melayu, Sumatera dan Jawa Anugerah Agung
VCD Tutorial