Laman Utama
Terapi Pusat Rawatan Madinatul Asrar

TERAPI LASER ACUPUNCTURE MADINATUL ASRAR

PENGENALAN

Laser merupakan teknologi baru yang telah dimajukan sejak tahun 1960 berdasarkan optic,spektroskopi,elektronik kuantum dan teknologi elektrik. Kewujudannya membawa satu pembangunan yang hebat kepada bidang sains perubatan. Pada tahun 1980, ia telah digunakan dengan meluasnya dalam pelbagai bidang perubatan. Pusat Rawatan Madinatul Asrar memperkenalkan kaedah rawatan laser akupuntur berteknologi tinggi dan moden.

Ia merupakan sejenis laser yang bertenaga rendah(panjang gelombang 650nm).Ia menggunakan sinaran laser dan urutan gegaran mekanikal pada pusat akupuntur,dan berdasarkan prinsip penyerapan resonan dalam bidang elektrik biological,lumikrom,penyerapan sistem,dirangsang oleh laser lemah dalam sains perubatan laser,serta teori akupuntur perubatan tradisional Cina dan pembangunan klinikal sejak 30 tahun baru-baru ini. Ia telah terbukti mempunyai kesan istimewa untuk merenjis saluran,menyelaraskan “qi” dalam badan dan darah,meningkatkan imuniti seluruh badan,meningkatkan peredaran darah dan mengaktifkan sel-sel,bagi menghasilkan kesan biological yang baik dan mencapai kesan dalam merawat dan mencegah penyakit;mencegah penyakit mulut;kebersihan gigi,rawatan mencegah keguguran rambut,memperbaiki peredaran darah;menjaga kekenyalan kulit,penjagaan kecantikan kulit serta pelbagai kegunaan lain.

RAWATAN & PENJAGAAN KESIHATAN DENGAN LASER

1) Prinsip Penggunaan

Saintis dari luar atau dalam Negara telah mengkaji dan membuktikan bahawa: Rawatan akupuntur laser berdasarkan teori perubatan tradisional akupuntur, pada dasarnya kesan biologikalnya mematuhi petunjuk prinsip perubatan tradisional. Oleh sebab itu,ciri-ciri uniknya tidak sama dengan rangsangan biologi laser yang biasa.

Apabila dipancarkan dengan sinaran laser,pusat sensitive yang dirangsangkan oleh pusat akupuntur mempunyai sifat yang tetap dan berulang,kebanyakannya adalah serupa dengan pusat akupuntur.

Pada asalnya,garisan yang menyambungkan pusat sensitive mengikut laluan meridian tradisional,lebih cetek,dapat dihentikan dengan menggunakan tekanan yang kecil(2-3mm/Hg). Selepas melepaskan tekanan dan sekali lagi menggunakan laser memancar padanya,kemunculan semula akan berlaku.

Rangsangan adalah dipindah dalam dua hala,dan boleh disiarkan.

Garisan meridian yang sensitive adalah berkaitan dengan penyakit organ seseorang,seperti orang yang berpenyakit gastric mempunyai garisan meridian yang lebih sensitive. Manakala,pesakit yang mempunyai penyakit hati akan mempunyai garisan meridian hati yang lebih sensitive.

2) Alatan laser mempunyai kesan dalam meningkatkan imuniti pertahanan badan.

Kesan dalam membantu imuniti pertahanan badan. Dalam bidang perubatan tradisional, ia digelar sebagai “kesan menghapuskan faktor-faktor negative” merupakan salah satu prinsip akupuntur laser dan rawatan akupuntur tradisional.

Kajian membuktikan bahawa akupuntur boleh merangsang badan untuk menghasilkan kesan imuniti pertahanan.Jadi,ia boleh merlawan keradangan, melegakan kepanasan badan,membantu dalam memulihkan kecederaan,dan juga boleh digunakan untuk menyelaraskan ketidak seimbangan rangkaian imuniti pesakit,meninggikan stamina,mempercepatkan pemulihan daripada penyakit yang berkenaan.

Daripada kajian,didapati bahawa selepas sinaran laser pada pusat akupuntur badan boleh meningkatkan kesan PHA dan SK-SD yang positif,meningkatkan nilai sel-sel limfosit-T,neutrofil dan makrofaj dalam darah;gobulin-Y yang meningkat menyebabkan kadar pembahagian limfosit T dan limfosit B turut meningkat.

Semasa rawatan klinikal,kami menjumlahkan seratus dua puluh kes asma yang ingin menerima rawatan akupuntur laser. Berdasarkan teori perubatan tradisional,pusat akupuntur Tiantu,Danzhong,Dingchuan dan sebagainya diambil dan secara amnya kesan rawatan yang nyata diperolehi. Dengan menguji petunjuk imuniti semasa dan selepas rawatan, kita dapati bahawa nilai imuniti dalam badan menunjukkan peningkatan yang nyata.

3) Kesan akupuntur laser dalam menyelaraskan fungsi badan.

Prinsip akupuntur laser dan akupuntur tradisional dalam penyelarasan fungsi badan adalah serupa. Melalui kajian yang dijalankan ke atas haiwan dan manusia,adalah terbukti bahawa ia bertindak melalui system saraf autonomi,media,dan system tindak balas darah. Kajian menunjukkan ia berkesan dalam menyelaraskan fungsi system peredaran darah,system pencernaan dan system endokrin.

4) Berkesan dalam menyelaraskan peredaran darah otak.

Bagi pesakit yang menghidap penyakit saluran darah otak ataupun tidak,akupuntur laser memancarkan sinaran pada pusat akupuntur yang tertentu seperti Baihe,Yintang,Hegu,Zusanli,Taichong dan sebagainya, ini boleh menyelaraskan peredaran darah otak, memperbaiki pengaliran darah dan berkesan dalam merawat penyakit.

5) Akupuntur laser yang memancarkan sinaran pada pusat akupuntur dapat menyelaraskan fungsi endokrin.

Sebenarnya sinaran yang digunakan dalam akupuntur laser untuk rawatan merupakan laser yang bertenaga rendah.Ia sejenis rawatan yang digunakan untuk merawat pelbagai penyakit fungsian.

Ia merupakan rawatan yang unik di negara kita kerana ia berdasarkan teori perubatan tradisional Cina.Justeru itu,ia mendapat sambutan yang hangat dari serata pelusuk dunia.

KEBAIKAN ALAT RAWATAN AKUPUNTUR LASER :

Menjimatkan masa, tidak menyebabkan kesakitan,tiada bacteria,tidak menyebabkan pergerakan otot-otot, mudah digunakan, selamat, kekuatannya boleh diselaraskan, skop penggunaan yang luas, tiada sebarang kesan sampingan.

AKUPUNTUR LASER (MICROCURRENT PULSE STIMULATOR)

AKUPUNTUR berasal daripada perkataan Latin di mana  acus bermaksud jarum dan  pungere bermaksud cucuk. Akupuntur merupakan sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik tertentu badan yang dikenali sebagai  acupunture point.

Jika mengikut sejarah, rawatan akupuntur telah digunakan oleh pelbagai masyarakat kuno tamadun awal seperti orang-orang Bunti Afrika, Arab Tigris, Mesir kuno, India dan China.

Namun begitu, ahli-ahli perubatan memberikan penghormatan mereka kepada China kerana amalan akupuntur ini telah lama diamalkan oleh rakyat China iaitu sejak 4,000 tahun dahulu dan diteruskan sehingga hari ini.

Sejarah juga ada membuktikan bahawa bangsa Cina merupakan bangsa pertama di dunia yang mencatatkan sejarah dalam perubatan akupuntur.

Akupuntur dikatakan salah satu kaedah rawatan hipnosis dan berkesan dalam rawatan sebagai ubat penahan sakit atau anestetik.

Pesakit juga boleh berada dalam keadaan sedar ketika menerima rawatan akupuntur.

Hari ini, sejajar dengan perkembangan teknologi yang pesat membangun, rawatan akupuntur turut mengalami transformasi.

Jika dahulu jarum-jarum halus sering digunakan dalam rawatan tersebut, hari ini satu inovasi teknologi akupuntur telah direka iaitu sebuah alat berbentuk seperti pen yang mempunyai fungsi yang sama dengan cara tradisional.

Inovasi rawatan akupuntur laser ini dijangka dapat mengatasi masalah individu yang gerun pada jarum akupuntur.

Pakar rawatan akupuntur dari Pusat Rawatan Madinatul Asrar,  Dr. Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D  menjelaskan, penggunaan alat akupuntur laser ini hanya melibatkan luaran kulit membuatkan kebersihannya lebih terjamin.

Tambah beliau, selain membantu mengembalikan tahap kesihatan, akupuntur juga dipercayai mampu melegakan kesakitan.

''Rawatan laser akupuntur ini menggunakan alat berbentuk seperti pen. Bebola di hujungnya berfungsi menyalurkan tenaga laser pada poin yang tertentu untuk melancarkan peredaran darah.

''Tidak seperti jarum, laser akupuntur ini lebih selamat dan mudah digunakan dengan pemegang seakan pen dan hujung pena ini didatangi dengan tiga 'kepala' berlainan saiz serta berlainan kegunaan.

''Hari ini, pena laser ini mampu memberi kesan seperti kaedah klasik akupuntur tanpa rasa sakit hanya dengan tekanan pada satu butang,'' jelasnya ketika ditemui di pusat rawatannya baru-baru ini.

Beliau menerangkan, akupuntur laser berfungsi dengan cara merangsang poin-poin akupuntur.

Terdapat 365 titik akupuntur yang utama dan lebih 1,000 titik luar biasa pada tubuh manusia di mana titik luar biasa wujud apabila terbit sesuatu penyakit pada organ badan kita seperti bengkak dan sebagainya.

Dan sebahagian daripada titik akupuntur tersebut terdapat di 12 bahagian kumpulan utama dan digabungkan melalui meridian yang mengawal edaran seks, paru-paru, usus besar, usus kecil, perut, limfa, pundi kencing, buah pinggang, pundi hempedu dan hati.

Poin-poin tersebut terletak berdekatan dengan sistem saraf dan apabila disalurkan laser, ia akan memberi rangsangan terus dan memindahkan impuls elektrik melalui  spinal cord  dan otak hingga ke bahagian badan yang bermasalah.

Dr. Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D menambah, kesan laser akupuntur yang juga dikenali dengan gelaran Microcurrent Pulse Stimulator ini dikatakan 500 kali ganda lebih kuat dan pantas berbanding tusukan jarum klasik.

Ditanyai mengenai kos rawatan yang diberikan di pusat rawatannya, Dr. Rizal memberitahu, beliau hanya mengenakan bayaran sebanyak RM35 untuk satu rawatan.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan akupuntur laser tersebut boleh mengunjungi pusat rawatannya di alamat berikut :

PUSAT RAWATAN MADINATUL ASRAR (Co.No:75202)
Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D
No.1, Taman Sendayan Indah,
Jalan Depo, 93050 Petra Jaya Kuching, Sarawak. Malaysia
Handphone: 0128802035 (Super Hotline)

Caj Perkhidmatan: RM35 sahaja