Laman Utama
Terapi Pusat Rawatan Madinatul Asrar

TERAPI AKUPRESSURE MADINATUL ASRAR

TERAPI AKUPRESSURE MADINATUL ASRAR

Rawatan Acupressure

Acupressure mempunyai banyak kebaikan dan telah diamalkan di Asia semenjak beberapa abad yang lalu. Asas kepada acupressure adalah mengembalikan keseimbangan CHI (Qi)atau tenaga semulajadi dalam badan. Ini adalah hampir sama dengan rawatan acupuncture, walau bagaimanapun dalam rawatan ini tiada jarum digunakan. Sewaktu sesi acupressure dijalankan. Penggamal yang pakar akan menggunakan tekanan ke tempat yang khusus pada permukaan badan dengan tangan, siku atau peralatan tertentu. Ia bertujuan membetulkan pengaliran tenaga sihat, dengan menghakiskan ketidak seimbangan yang terjadi dan meyembuhkan pesakit. 

Prinsip Acupressure

Berkata penggamal acupressure “Urutan yang secara betul boleh meyembuhkan ailment, seperti Tekanan Darah tinggi dan arthritis yang kronik. Acupressure amat terkenal dalam rawatan perubatan Cina yang mampu membantu menggembalikan kesihatan dengan pengunaan tekanan keatas sesuatu tempat pada tubuh badan. Ia telah diamalkan di negeri Cina dan lain lain tempat di Asia selama seribu tahun dan terkenal sebagai satu cara rawatan untuk memperbaiki pengaliran darah serta daya ketahanan tubuh badan.

Penggamal Acupressure mempercayai bahawa tubuh badan manusia mampu menerima dan meyerap tenaga electromagnetic, yang menggalir dalam tubuh badan melalui saluran dipanggil sebagai meridians. Terdapat sebanyak 500 nokta acupoint sepanjang 14 meridians dalam tubuh badan manusia, yang kesemuanya berhubung kait kepada organ tunjang (vital).

Apabila saluran meridian tersumbat, se-seorang akan menghadapi beberapa masalah yang mengakibatkan gangguan kesihatan.

Perawat akan menggunakan tapak tangan, jari, siku atau peralatan tertentu bagi menekan sambil mengurut keatas titik acupoint tertentu bagi tujuan memecahkan penghadang yang menghadang saluran penggaliran tenaga, kerana mereka beranggapan bahawa dengan mengawal selia aliran tenaga akan memastikan pengaliran tenaga yang sempurna yang akan membantu kesihatan anggota tubuh badan yang sihat. Mereka juga berfahaman bahawa rawatan membantu memgembalikan kesegaran dan tenaga kepada penggaliran tenaga dalaman tubuh badan dengan menghasilkan kesembuhan semulajadi. 

Peralatan yang Digunakan Dalam Rawatan Acupressure

Penggamal rawatan Acupressure menggunakan pelbagai jenis alatan dalam rawatannya, diantaranya adalah acuball. Ia adalah sejenis bola getah kecil dengan beberapa bongolan yang boleh dipanaskan. Kegunaannya adalah dalam rawatan merawat sendi dan otot yang sakit. 

Perawat juga menggunakan pelbagai jenis pengolek (rollers). Ia adalah sejenis pengolek berbentuk selinder yang kecil dengan permukaan yang mengelembung agar memberi tekanan kepada bahagian tangan dalam rawatan tangan dan sejenis lagi selinder untuk rawatan tapak kaki. 

Pengolek tulang belakang (Spine rollers) dan power mats adalah diantara peralatan yang penting digunakan dalam rawatan acupressure. Pengolek tulang belakang (spine roller) digunakan untuk memberi tekanan semasa rawatan kepada tulang belakang sementara power mat mempunyai bongolan bongolan kecil berbentuk paramit kecil untuk pesakit berjalan diatasnya. 

Faedah Rawatan Acupressure

Dalam tahun 2003, satu laporan telah disiarkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengiktiraf kebaikan acupressure dalam rawatan keatas penyakit seperti hypertension, kemurungan (depression), primary dysmenorrhea, Sakit kepala (headache), sakit lutut (knee pain), stroke, dan rheumatoid arthritis. Laporan itu dengan jelas sekali meyatakan rawatan alternative seperti acupressure telah amat berkesan sekali dalam rawatan penyakit jangka panjang. 

Acupressure berkesan dalam merawat penyakit chronic termasuk asthma, arthritis, masalah pengaliran darah, tekanan darah tinggi, masalah pernafasan, selsema, resdung dan sebagainya. Ia juga mampu merawat sakit seperti migraines, masalah haid dan rheumatism yang mana rawatan secara Conventional kurang berjaya sejauh ini. 

Banyak komplekasi bersangkut-paut dengan kehamilan dapat dihindari dengan mengguna rawatan secara acupressure. Terapi ini juga dapat menggurangi kesakitan semasa melahirkan anak dan ia tidak mendatangkan kesang sampingan keatas Ibu mahupun kepada si-bayi. Dipercayai rawatan ini juga mampu membantu mereka yang sedang berjuang meninggalkan ketagihan dadah dan minuman alkohol. Rawatan alternative ini juga mampu meyembuh pelbagai jenis penyakit bersanggutan emosi dan mental termasuk tekanan jiwa.

Sistem pengubatan yang dilakukan disini adalah dengan sistem akupressure (totok jari), dimana pengubatan dilakukan dengan cara merangsang titik-titik akupuntur tetapi tidak menggunakan jarum, melainkan dengan jari boleh dengan satu jari atau lebih dari satu jari penekanan/totokan dilakukan dengan cara perlahan tanpa menimbulkan rasa sakit yang berlebihan sehingga pesakit tidak merasakan sakit yang berlebihan.

Titik-titik sakit akan dirangsang sedemikian rupa dan dikombinasikan dengan urutan agar pesakit merasa nyaman dapat juga dikombinasikan dengan pemanasan atau terapi penggetaran titik akupuntur dengan aliran elektrik, tetapi hal ini tidak selalu dilakukan apabila pesakit tidak nyaman dengan aliran elektrik, maka terapi elektrik tidak dilakukan demikian juga dengan pemanasan aliran elektrik, dengan cara terapi pada seluruh meridian-meridian tubuh pesakit diharapkan pesakit akan merasa lebih segar dan efek terapi akan bereaksi langsung terhadap tubuh pesakit, sehingga pesakit akan merasa sakit yang dirasakan agak sedikit berkurang pada terapi pertama kali dan tentu saja terapi ini perlu dilakukan 2 kali seminggu bagi yang menderita cukup berat, tetapi bagi yang tidak berat cukup satu kali seminggu dam bagi yang sangat ringan cukup satu bulan sekali.

Terapi ini juga sangat berguna bagi orang yang sihat untuk merangsang peredaran darah agar lancar sehingga terhindar dari penyakit yang mungkin timbul apabila tidak dirawat, bukankah mencegah adalah lebih baik dari pada mengubati.

Kerana itu bagi orang yang sihat lakukan terapi ini satu atau dua bulan sekali sangat dianjurkan agar efek dari terapi ini berfungsi untuk melancarkan peredaran darah dan merangsang organ organ tubuh bekerja dengan baik dengan demikian orang yang rutin melakukan terapi akan terhindar dari berbagai macam penyakit.

Pesakit juga dianjurkan agar selalu rutin berolah raga agar tubuh tetap sihat, olah raga adalah cara yang paling mudah dan sangat efektif untuk menjaga kesihatan tubuh.

Dapat juga dibantu dengan terapi air putih, dimana dianjurkan agar minum 5 atau 6 gelas air sebelum sarapan pagi hal ini apabila hal ini dilakukan secara teratur maka dapat dirasakan manfaatnya setelah beberapa hari buang air besar akan teratur setiap pagi dan tubuh terasa lebih segar, memang ada sedikit gangguan kerana harus sering buang air kecil , tetapi hal ini tidak terlalu mengganggu dilihat dari manfaatnya selain itu dengan banyak minum akan membuat buah pinggang kita menjadi lebih sihat kerana air akan membantu membuang kotoran toksin yang sangat berguna untuk menghindar terbentuknya batu karang.

Pengubatan alternatif dan orang yang biasa memerlukannya

Pengubatan alternatif yang diterapkan disini adalah pengubatan alternatif dengan menggunakan teknik akupresure. Siapa sajakah yang perlu mendapat terapi akupresure ini ??

Siapa saja yang ingin hidup sihat layak melakukan terapi Akupressure dianjurkan satu atau dua bulan sekali agar peredaran darah dalam tubuh lancar dengan dengan demikian diharapkan organ organ tubuh bekerja maksimum.

Orang yang selalu bekerja dibelakang Meja / Komputer, dimana mereka selalu duduk sepanjang jam kerja, sering mengalami bahu sengal-sengal, atau leher kaku , punggung / pinggang / pinggul terasa berat , apabila hal ini dibiarkan pada satu saat akan menyebabkan peradangan dimana terasa sakit yang berkepanjangan disekitar daerah yang tersebut diatas dan dapat menyebabkan gerakan tangan , pinggang atau leher menjadi terbatas, dimana pada posisi tertentu lengan , leher, pinggang terasa sakit, terapi cukup 1 x atau 2x sebulan apabila tidak terlalu dirasakan

Orang yang terlalu sering berdiri pada saat melakukan aktiviti, sering merasakan sakit didaerah lutut, pinggang, betis atau tumit terapi cukup 1 x atau 2x sebulan apabila tidak terlalu dirasakan

Orang yang menderita rheumatik 1 x seminggu

Orang yang menderita Ghout 1 x seminggu

Orang yang menderita Stroke 2 x seminggu

Orang yang menderita sakit otot 1x seminggu

Orang yang menderita sakit leher 1x seminggu

Orang yang menderita sengal bahu 1x seminggu

Orang yang menderita sakit pinggang 1x seminggu

Orang yang menderita sakit punggung 1x seminggu

Orang yang menderita sakit lutut 1x seminggu

Orang yang menderita lenguh betis 1x seminggu

Orang yang menderita susah membongkok 1x seminggu

Orang yang menderita kesemutan 2x seminggu

Jari jari kaku tidak dapat digerak-gerak 1x seminggu

Sering sakit kepala 1x seminggu

Sering terasa sakit didaerah dada 1x seminggu

Tangan susah diangkat 1x seminggu

Tangan sakit bila mengangkat sesuatu 1x seminggu

Olahragawan / kejang otot, terseliuh

dan penyakit lain, kerana pada umumnya terapi akupressure ini sangat bermanfaat untuk segala macam penyakit, bagi anda yang hanya merasa sering letih atau lelah terapi ini juga sangat baik dilakukan 1 atau 2 bulan sekali.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan Akupressure Madinatul Asrar tersebut boleh mengunjungi pusat rawatannya di alamat berikut :

PUSAT RAWATAN MADINATUL ASRAR (Co.No:75202)
Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D
No.1, Taman Sendayan Indah,
Jalan Depo, 93050 Petra Jaya Kuching, Sarawak. Malaysia
Handphone: 012-880 2035 (Super Hotline)