Laman Utama
Terapi Pusat Rawatan Madinatul Asrar

RAWATAN RUQYAH SYAR'IYYAH SOLUSI TERBAIK & AMPUH PENYELESAIAN MASALAH SIHIR & GANGGUAN JIN

RAWATAN RUQYAH SYAR'IYYAH

" Assalammu'alaikum Wr. Wb. "

Memperkenalkan dan mendedahkan kepada masyarakat Islam tentang rawatan Al-Quran yang diamalkan oleh Rasullullah SAW,para sahabat dan umat Islam umumnya dalam merawat penyakit rohani dan jasmani serta dari gangguan jin dan syaithan.

(i) Pusat Rawatan Madinatul Asrar berhasrat menubuhkan Kumpulan/Team Ruqyah Syar'iyyah di Sarawak dengan tujuan membantu masyarakat Islam dalam menghadapi gangguan jin,sihir,santau dan sebagainya.

(ii) Membantu Mendekatkan masyarakat Islam dengan agamanya melalui Ruqyah Syar'iyyah sebagai wadah.

Terapi Ruqyah Syar'iyyah & Rawatan Alternatif Komplementari Sarawak Pusat Rawatan Madinatul Asrar yang bersumber kepada Al-Qur'an dan Hadits, telah dikenal sejak berabad-abad yang lalu sebagai pengubatan Ruqyah, dan berbagai pengubatan lainnya secara syar'i, hasil pembelajaran dari berbagai kitab-kitab pengubatan Islami, pengubatan para Nabi & Rasul, kitab-kitab rahsia pengubatan para Wali Allah dan menggali lebih dalam lagi dari Al-Qur'an yang kini telah dikenal sebagai Ilmu Pengubatan Teknologi Al-Qur'an.

PENGENALAN

PUSAT RAWATAN MADINATUL ASRAR

Pusat Rawatan Madinatul Asrar telah ditubuhkan untuk memberi perkhidmatan perubatan kepada semua golongan masyarakat, terutamanya bagi mereka yang inginkan perkhidmatan yang berkonsepkan Islam.

Pelbagai lapisan masyarakat dan kaum dapat menikmati kualiti dan kecekapan perkhidmatan yang kami sediakan kerana Pusat Rawatan Madinatul Asrar sentiasa mengutamakan kepuasan pelanggan dengan mesra, cekap dan ikhlas, prihatin dan kreatif serta semangat ukhwah yang penuh tanggungjawab.

Pusat Rawatan Madinatul Asrar menggunakan kaedah pengubatan dimanfaat kan melalui pendekatan secara Saintifik,ilmiah dan moden digabung kan dengan kaedah pengubatan Alternatif seperti herba, homoepathy, mesin, Islamic Medic Spa,terapi Kecantikan, akupuntur, Urutan, Aromaterapi, Bekam, dan sebagainya.Kami cuba untuk menawarkan kaedah rawatan yang lengkap, eklusif dengan harga yang berpatutan dan murah dan mampu untuk dinikmati oleh semua golongan.

VISI & MISI

Visi

Pusat Rawatan Madinatul Asrar menjadi sebuah Pusat Perubatan yang menawarkan khidmat berkualiti menjadi pilihan utama masyarakat. 

Misi

Pusat Rawatan Madinatul Asrar sentiasa mengutamakan kepuasan pelanggan dengan memberi perkhidmatan yang mesra, cekap dan ikhlas, prihatin dan kreatif.

PARADIGMA PUSAT RAWATAN MADINATUL ASRAR

Kaedah "Back To Nature Back To Quranic Therapy" dalam bidang perubatan.
Berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan hingga ke tahap cemerlang.
Perkhidmatan cekap dan mesra
Sistem yang efisyen
Harga yang berpatutan
Berusaha meningkatkan ciri-ciri Islam

OBJEKTIF TERAPI RUQYAH SYAR'IYYAH & RAWATAN ALTERNATIF KOMPLEMENTARI SARAWAK - PUSAT RAWATAN MADINATUL ASRAR

(i) Menjelaskan kepada masyarakat tentang adanya kaedah rawatan secara Islam dan mengubah mentaliti/pemikiran dan tanggapan masyarakat daripada mendapatkan rawatan yang tidak syarie kepada rawatan yang syarie.

(ii) Menjelaskan kegiatan yang berkaitan dengan penjagaan,pencegahan atau rawatan dengan Ruqyah Syar'iyyah ini hendaklah benar-benar diniatkan untuk Allah SWT dan hendaklah ia diterima dan difahami sebagai bahagian yang tidak terpisahkan dari amalan ibadah yang diajarkan oleh Islam kepada setiap Muslim dan tidak dikhususkan hanya untuk meruqyah semata-mata. Setiap Muslim yang komited dengan ajaran Islam memiliki kemampuan untuk meruqyah dan ini merupakan amanah Allah untuk membantu saudara Muslim yang lain.

 

Ruqyah Syar'iyyah ialah sebuah terapi berlandaskan syarak dengan cara pembacaan ayat-ayat Al-Quran dan doa-doa perlindungan yang bersumber dari Rasullullah SAW melalui hadis yang telah disepakati ulama tentang kesahihannya,yang dilakukan oleh seorang Muslim baik dengan tujuan penjagaan diri sendiri atau orang lain dari pengaruh jahat pandangan mata manusia dan jin,kerasukan,pengaruh sihir,gangguan kejiwaan,berbagai-bagai penyakit fizikal dan sebagainya ataupun dengan tujuan untuk perawatan dan penyembuhan bagi orang yang terkena salah satu dari gangguan penyakit tersebut.

RUQYAH SYIRQIAH

Ruqyah Syirqiah adalah mantera,jampi serapah atau doa-doa yang mengandungi unsur-unsur kemusyrikan dan diharamkan oleh syariat. Ruqyah Syirqiah ini pastinya akan mengundang jin dan syaitan sebagai pembantu. Orang yangmelakukannya akan mendapt laknat Allah serta dijauhkan daripada-Nya. Kebiasaannya orang yang mengamalkan cara rawatan ini adalah bomoh atau dukun.

Hujjah Syar'i Tentang Rawatan & Perubatan:

“Tidaklah suatu musibah menimpa seseorang Muslim, kecuali Allah menghapus kan dengan musibah itu dosanya, hatta sekadar duri yang menusuknya”(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Marilah bersama-sama kita telusuri hukum at-tadawi (berubat) itu sendiri; apakah berubat hukumnya wajib, mandub (sunnah), mubah (harus) atau makruh? Agar kita dapat menetapkan hukum berdasarkan bukti yang nyata, maka harus dikaji dalil-dalil yang ada dalam masalah berubat.

“Tidaklah Allah menurunkan suatu penyakit , kecuali Dia menurunkan ubat baginya” (Riwayat Imam Bukhari)

“Setiap penyakit ada ubatnya. Maka jika ubat yang ada sesuai dengan penyakitnya, akan sembuhlah penyakit itu dengan seizin Allah” (Riwayat Imam Muslim)

Usamah bin Syuraik, dia berkata, “Aku pernah bersama Nabi, lalu datanglah orang-orang Badwi. Mereka berkata, ‘Wahai Rasulullah, bolehkah kami berubat?' Maka Nabi menjawab: “Ya. Hai hamba-hamba Allah, berubatlah kalian, sebab sesungguhnya Allah Azza wa Jalla tidaklah menciptakan penyakit kecuali menciptakan pula ubat baginya..” (Riwayat Abu Dawud dan Ibnu Majah)

Hadis - hadis di atas mengandungi suatu pemberitahuan (ikhbar) bahawa Allah SWT. telah menurunkan penyakit dan ubatnya, dan sesungguhnya bila ubat itu sesuai dengan penyakit tersebut maka akan sembuhlah penyakit itu dengan izin Allah. Tentulah orang yang berpengetahuan dalam bidang perubatan adalah yang mengetahui kaedah rawatan mengikut kesesuaiannya.

Seruan dalam hadis-hadis diatas adalah berbentuk perintah dan petunjuk. Perintah itu pula hanya memberi makna adanya tuntutan, dan tidak membawa makna adanya kewajiban kerana tiada perintah yang bersifat pasti (jazim). Bererti bahawa tuntutan berubat bukan perintah yang wajib. Terdapat juga hadis-hadis lain yang menunjukkan bolehnya (mubah) untuk tidak berubat, yang menafikan adanya perintah yang membawa hukum wajib pada dua hadis di atas.

“Akan masuk syurga dari kalangan umatku tujuh puluh ribu orang tanpa hisab.' Para sahabat bertanya, ‘Siapakah mereka itu wahai Rasulullah?' Rasulullah menjawab, ‘Mereka itu adalah orang-orang yang tidak menggunakan dengan ruqyah (berubat dengan doa-doa), tidak bertathayyur (menyalahkan orang lain bila terkena kesialan/musibah), dan tidak menggunakan kay ( berubat dengan menempelkan besi panas pada penyakit). Dan kepada Tuhan merekalah orang-orang itu bertawakal” (Riwayat Imam Muslim)

Ibnu Abbas ra, dia berkata: “Perempuan hitam itu pernah datang kepada Nabi saw lalu berkata, ‘Sesungguhnya aku terkena penyakit sawan (epilepsy) dan sering tersingkap auratku (ketika aku diserang sawan). Berdoalah kepada Allah agar aku sembuh!' Nabi saw berkata, ‘Jika kamu mahu (balasan yang baik), kamu bersabar dan akan mendapat syurga. Jika tidak mahu, aku akan berdoa kepada Allah agar Dia menyembuhkanmu.' Perempuan itu berkata, ‘ Baiklah, aku akan bersabar,' lalu dia berkata lagi, ‘Sesungguhnya auratku sering tersingkap (ketika sawanku berulang), maka berdoalah kepada Allah agar auratku tidak tersingkap.' Maka Nabi berdoa untuknya” (Riwayat Imam Bukhari)

Dalam hadis yang kedua, Rasulullah telah memberikan pilihan kepada seorang perempuan hitam samada untuk bersabar terhadap penyakit sawan yang dideritainya dan dijanjikan syurga , atau menerima usaha Rasululah saw berdoa agar sembuh dari penyakit sawan. Semuanya ini menunjukkan kebolehan untuk tidak berubat.

Dengan demikian, dua hadis ini telah memalingkan perintah untuk berubat iaitu dari pengertian kepada hukum wajib. Namun kerana adanya penekanan yang kuat dari Rasulullah saw untuk berubat, maka kesimpulannya perintah untuk berubat yang terdapat dalam hadis-hadis itu hukumnya adalah sunnah (mandub).

RAWATAN SIHIR

Definisi Sihir

Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki dan sabotaj melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun ataupun pun meminta secara terus dengan syaitan untuk melaksanakan hajat buruk mereka. Sihir tergolong dalam kejahatan yang dikehendaki Allah S.W.T. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, walaupun tidak diredhaiNya. Allah S.W.T. melarang manusia melakukannya.

Definisi ringkas ialah, "Suatu perbuatan yang dilakukan dengan syarat-syarat yang tertentu, dibawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misterius." Terdapat perbezaan yang tipis antara sihir dengan mukjizat. Mukjizat mengubah sesuatu hakikat ( realiti ) dengan percubaan yang betul-betul terjadi, dan mukjizat inilah yang menjadi rahsia masuk Islamnya para penyihir Fir'aun.

Jenis-jenis sihir adalah :--Sihir Rumahtangga/Perceraian-Sihir Pengasih /Guna-guna-Sihir Tipuan Pandangan / Silap Mata-Sihir Gila-Sihir Santau-Sihir Kelesuan Badan-Sihir Penyakit Anggota Badan-Sihir Penghalang Pernikahan

Tanda-tanda Terkena Sihir

Sakit kepala selepas waktu asar keatas,Badan terasa berat dan malas,Sukar mendapat jodoh,Badan terasa bisa-bisa,Sakit ketika ziarah orang meninggal,Sukar tidur malam,Sakit pinggang tanpa sebab,Sakit dada bila waktu asar keatas,Mimpi melihat binatang seperti ular dan sebagainya,Bermimpi bayi atau menyusukan bayi,Bermimpi di tempat tinggi,Bermimpi di tempat yang kotor, Sakit anggota badan tertentu seperti kaki selepas waktu asar,Ada terasa benda bergerak dibawah kulit,Bayi kerap menangis,Suami isteri kerap bertengkar walau perkara kecil,Sayang melampau-lampau pada orang yang baru dikenali,Malas beribadat,Nyanyuk ketika usia lanjut,Panas baran,Sikap berubah secara mendadak,Gelisah dan panas ditengkuk bila dengar al-quran,Suka melakukan tabiat buruk,Kerap sendawa bila mendengar al-quran,Kerap keguguran,Gagal melakukan hubungan kelamin,Mengantuk bila dengar al-quran,
Bermimpi seram yang menakutkan,Darah haid turun lebih 15 hari,Batuk yang berpanjangan,Selalu ditindih ketika tidur,Kuat berangan,Terlalu rasa rendah diri dan tidak berkeyakinan,Nafsu seksual yang melampau,Selalu melihat kelibat dirumah,Terasa diri selalu diperhatikan,Mandul,Kerap mendengar sesuatu bisikan,Melihat jin secara terus.Sakit mental atau gila.

Terkena Sihir

GEJALA GANGGUAN JIN DAN KESANNYA PADA MANUSIA

TANDA-TANDA PADA WAKTU TIDUR

1) Sangat susah tidur pada waktu malam, kalaupun dapat tidur sudah lama bersusah payah.

2) Rasa cemas dan sering terbangun pada waktu malam.

3) Mimpi yang buruk atau mimpi melihat sesuatu yang menakutkan serta ingin memekik untuk meminta pertolongan akan tetapi tidak sanggup.

4) Mimpi yang sangat menyeramkan.

5) Mimpi melihat berbagai macam binatang seperti melihat kucing, anjing, unta, ular, singa, serigala atau tikus.

6) Gigi geraham yang berbunyi pada waktu tidur.

7) Tertawa, menangis atau memekik pada waktu tidur.

8) Berperasaan sedih pada saat tidur.

9) Berdiri serta berjalan ketika tidur tanpa sedar.

10) Mimpi seolah-olah akan jatuh dari tempat yang tinggi.

11) Mimpi sedang berada di kuburan, ditempat pembuangan sampah atau tempat yang mengerikan.

12) Bermimpi melihat orang sangat aneh, seperti sangat tinggi, sangat pendek atau sangat hitam.

13) Bermimpi melihat hantu.

TANDA-TANDA PADA WAKTU SEDAR ATAU JAGA

1) Kepala selalu pusing, yang tidak disebabkan oleh penyakit pada dua mata, telinga, hidung, gigi, tekak atau perut.

2) Selalu lupa dari zikir Allah, solat dan ketaatan lainnya.

3) Fikiran yang kacau / Selalu lesu dan malas / Saraf yang tersumbat.

4) Rasa sakit pada salah satu anggota badan sedangkan doktor perubatan tidak sanggup mengubatinya.

MACAM-MACAM GANGGUAN JIN

1) Gangguan sepenuhnya, iaitu jin mengganggu seluruh badan seperti orang yang mengalami berbagai macam saraf yang tersumbat.

2) Gangguan tidak secara keseluruhan, iaitu jin mengganggu salah satu dari anggota badan, seperti tangan, kaki atau lidah.

3) Gangguan yang berterusan, iaitu jin terus berada dalam tubuh seseorang sehingga memakan waktu yang sangat lama.

4) Gangguan seketika, iaitu tidak lebih dari beberapa detik seperti seseorang yang mengalami mimpi buruk.

PERHATIAN : JIKA ANDA ATAU SESIAPAPUN YANG MENGALAMI MASALAH TERKENA SIHIR SEPERTI DI ATAS, SEGERALAH DATANG KE PUSAT RAWATAN MADINATUL ASRAR UNTUK MENDAPATKAN RAWATAN. KAMI AKAN MEMBANTU ANDA! BARAKALLAHU LANA WA LAKUM. AAMIIN

Saka Keturunan

Definisi:Saka adalah jin yang telah berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama sehingga sebati dengan diri manusia tersebut. Ianya berlaku samada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya. Saka ini wujud apabila nenek moyang terdahulu mempelajari ilmu tertentu yang membabitkan jin dan diperturunkan kepada pembawa saka tanpa diketahui atau boleh jadi juga jin tersebut sendiri memilih untuk mendampingi keturunan yang dikehendaki.

Saka ialah satu amalan mewariskan jin secara turun temurun kepada salasilah keluarga dimana turunnya saka tersebut boleh secara upacara rasmi daripada usul ataupun secara automatik.Tanda-tanda orang itu bersaka ialah sakit ketika menziarahi orang meninggal,nyanyuk bila tua,terasa panas ditengkuk bila dibacakan ayat-ayat al quran,banyak penyakit genetik pada badan,boleh mengurut dan mengubat tanpa belajar,menerima amalan dari mimpi, menyimpan senjata-senjata lama seperti keris dan juga umur yang panjang serta liat menghadapi sakratul maut.

PERHATIAN : JIKA ANDA MENGALAMI MASALAH SAKA, SILA DAPATKAN RAWATAN SEGERA DI PUSAT RAWATAN MADINATUL ASRAR.

Rawatan Santau

Tanda-tanda Terkena Santau:

Jika seseorang mengalami gejala-gejala berikut maka beliau disyaki telah terkena santau:

Batuk berlarutan, kadang-kadang batuk berdarah dan bernanah dan keluar debu-debu kecil seperti serbuk kaca.
Istihadhah yang berpanjangan bagi wanita sehingga satu hingga tiga bulan atau lebih.
Sakit tulang belakang terutamanya pada waktu Maghrib dan malam Jumaat. Kadang-kadang sakit menjadi-jadi semasa hendak masuk waktu solat Jumaat.
Sakit dan sesak nafas terutama waktu Maghrib.
Lenguh seluruh anggota badan.
Kuku menjadi hitam dan nafas menjadi busuk.
Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
Mimpi bahan-bahan miang seperti miang buluh dan ulat bulu.
Mimpi bermain dengan benda tajam seperti pisau dan sembilu.
Mimpi kanak-kanak kecil seperti mimpi menyusukan kanak-kanak tersebut.
Mimpi binatang yang menakutkan seperti ular.
Mimpi makan makanan yang kotor seperti bangkai dan babi.
Mimpi paderi Kristian, sami Budha atau bermimpi pergi ke tempat-tempat ibadat bukan Islam


Kesan-kesan Santau:

Antara kesan-kesan santau terhadap mangsa adalah seperti berikut:

Boleh membawa maut dengan izin Allah S.W.T.
Hilang daya ingatan.
Kulit akan merekah serta keluar air dan nanah.
Tabiat akan berubah seperti seorang yang dikenali dengan penyabar bertukar menjadi panas baran.
Badan menjadi bongkok akibat batuk berpanjangan.
Badan menjadi licin disebabkan seluruh buluh di badan telah gugur.
Kelopak mata menjadi kehitaman akibat daripada tidur yang sering terganggu.
Terjadinya kanser dan ketumbuhan.
Jika pesakit hamil akan mengalami keguguran.Berubatlah jika terdapat tanda-tanda di atas!


PERHATIAN: Simptom terkena santau ialah perut terasa pedih,tekak terasa panas dan berpasir,sering bermimpi jatuh tempat tinggi,badan terasa miang gatal-gatal, batuk berpanjangan dan muntah darah dengan kerap.Jika anda,ahli keluarga, teman dan sebagainya terkena santau,sila segera datang ke Pusat Rawatan Madinatul Asrar untuk rawatan.Insya Allah.

Rawatan Histeria / Kerasukan / Kesurupan

Fenomena Histeria :

Sesi Persekolahan terpaksa ditunda akibat sekumpulan pelajar mengalami histeria.
Semakin dirawat semakin menjadi jadi histeria.
Ketakutan membelenggu setiap penghuni asrama.
Melihat bayangan yang menakutkan setiap malam.
Terdengar suara suara aneh setiap kali ingin mengulangkaji pelajaran.
Keletihan akibat kurang tidur, setiap malam tidur sentiasa diganggu.
Setiap kali guru bertanya soalan dada rasa berdebar, sering ketakutan tapi tiada apa yang perlu takutkan.
perasaan sering menangis tetapi tidak ada apa yang perlu disedihkan.

Akibatnya pelajar tersebut tidak mampu menumpukan pelajaran. Histeria merupakan sebuah fenomena yang menjadi trauma pada setiap pelajar, pekerja dan ibubapa merupakan sebuah bentuk penyakit psychology dan kerasukan makluk

Rawatan Sihir Pelalau

Tujuan sihir pelalau ini ialah untuk menghalang pesakit dari mencari rezeki samada di tempat kerja atau premis perniagaan, menghalang perkahwinan atau menghalang kemajuan dalam pembelajaran. Semua usaha untuk mencari rezeki-rezeki ini terhalang tanpa sebab yang munasabah.

Sihir pelalau sering dilakukan pada premis tempat kerja atau premis perniagaan yang boleh menyebabkan perniagaan ditutup kerana kerugian atau tidak ada pelanggan membeli atau berurusan.Ada juga sihir pelalau untuk membuat anak-anak lalai dalam pelajaran dan akhirnya tidak lulus peperiksaan atau berhenti sekolah.Terdapat sihir pelalau untuk menghalang pesakit untuk berkahwin atau bertunang.

Ada 4 jenis sihir pelalau atau sihir penghalang:

1) Sihir penghalang perniagaan,

2) Sihir penghalang perkerjaan,

3) Sihir penghalang pembelajaran,

4) Sihir penghalang perkahwinan atau pertunangan

Sihir pelalau ini biasanya menggunakan kaedah makhluk halus iaitu jin. Sihir pelalau perniagaan selalunya akan menggunakan makhluk halus untuk menjaga atau menghalang premis perniagaan dari para pelangan. Jin-jin ini lah yang diperintahkan oleh tuan punya bomoh untuk mengelirukan pelanggan yang hendak datang ke premis perniagaan tersebut.

Pesakit-pesakit yang mengalami sihir pelalau ini dan kebanyakan dari mereka dihinggapi jin dalam tubuh dan otak mereka. Jin-jin inilah yang mempengaruhi dan menguasai pemikiran dan perasaan persakit supaya berkelakuan seperti malas, bingung, emosi gelisah dan resah, pemikiran tidak fokus, mengantuk yang berlanjutan, sakit seluruh badan, panas baran, selalu marah-marah tanpa sebab  dan dan lain-lain.

A) Simptom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau perniagaan:

Pelanggan seolah-olah tidak nampak kedai atau premis perniagaan yang berkenaan, atau pun nampak, tetapi seperti tidak perasan.

Tempat perniagaan tidak ada daya tarikan.

Sihir pelalau yang dikenakan pada kedai makanan boleh menyebabkan makanan yang dihidangkan cepat basi atau rosak, biarpun baru dimasak.

Pelanggan sakit perut selepas makan dari kedai makanan itu.

Pesakit atau tuan punya perniagaan itu akan merasa tidak bersemangat untuk berniaga, mengantuk yang bersangatan, malas, rasa takut, gelisah dan sakit badan, tetapi semua penderitaan dan perasaan yang dialami akan hilang, pulih seperti sediakala sebaik-baik sahaja melangkah keluar dari kedai.

B) Simptom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau pekerjaan:

Pesakit rasa malas di pejabat, mengantuk yang berlarutan, resah dan gelisah di tempat kerja hingga tidak fokus dalam mengerjakan tugas-tugas di pejabat.

Malas dan tidak berminat untuk pergi kerja, kadang-kadang sesat tidak jumpa tempat kerja atau pejabat, fikiran runsing dan tidak dapat melaksanakan kerja dengan betul, dan akhir sekali terpaksa di buang kerja oleh majikan atau berhenti bekerja (resign).

Tidak disenangi oleh kawan-kawan sekerja atau pegawai atasannya sering mencari-cari kesalahannya.

Produktiviti perkerjaan merosot dan pesakit mempunyai moral yang rendah untuk bekerja.

C) Simptom penderitaan dan halangan untuk sihir pelalau pembelajaran:

Anak-anak yang sedang belajar dengan tiba-tiba akan menjadi pelupa, tidak mahu pergi sekolah lalu berhenti, padahal sebelum ini dia merupakan pelajar yang baik dan rajin.

Anak-anak akan menjadi leka dan tidak fokus dalam pelajaran nya dan akhir sekali tidak mahu ke sekolah.

Mula malas melakukan ibadah seperti sembahyang fardhu, mengaji Quran, dan sebagai nya.

Si anak itu lama kelamaan terdorong untuk melakukan kejahatan seperti mengambil dadah, minum arak, berzina, dan lain-lain.

D) Simptom penderitaan dan halangan untuk sihir penghalang perkahwinan:

Hilang keinginan atau terkunci nafsu untuk berkahwin yang membuatkan seseorang itu tidak bertemu jodoh selagi kekuatan sihir itu ada di dalam badannya.

Sihir ini boleh membuat pesakit murung, tidak bermaya, pendiam dan menyendiri.

Menyebabkan halangan untuk meneruskan pertunangan atau perkahwinan. Contohnya pihak perempuan akan menolak peminangan pihak lelaki tanpa sebab, atau rombongan peminangan dihalang datang dengan berlakunya kemalangan, atau memutuskan tarikh pertunangan atau perkahwinan walaupun telah di persetujui terlebih dahulu. Semuanya berlaku tanpa sebab yang jelas, atau ada sebab tetapi terlalu kecil untuk dijadikan alasan.

Berlaku pertengkaran dan pergaduhan selepas saja bertunang atau berkahwin, sedangkan sebelum bertunang atau berkahwin, mereka samat sayang menyayangi. Ramai pasangan yang datang berjumpa dengan penulis mengadu berkenaan hal ini telah berlaku di dalam diri mereka.

RAWATAN SIHIR PEMISAH

Pengertian Sihir Pemisah :  Sihir pemisah ialah perbuatan sihir untuk memisahkan di antara pasangan suami isteri atau menimbulkan permusuhan di antara dua sahabat.

Jenis-jenis sihir pemisah :

Memisahkan seorang lelaki dengan ibunya.
Memisahkan seorang lekaki dengan bapanya.
Memisahkan seorang lekai dengan saudaranya.
Memisahkan seorang lelaki dengan sahabatnya.
Memisahkan seorang lelaki dengan rakan kongsinya di dalam perniagaan dan lain-lain.
Memisahkan seorang lelaki dengan isterinya. Jenis inilah yang paling bahaya dan banyak berlaku.

Tujuan ia dilakukan :

Menukarkan secara tiba-tiba dari cinta kepada benci.
Mendatangkan kebencian antara keduanya.
Membangkitkan bermacam-macam kebencian sehingga tiada jalan untuk berbaik semula.
Menimbulkan perasaan benci suami-isteri sehingga suami melihat isterinya yang cantik seperti wanita hodoh. Begitu juga dengan isteri. Pada hakikatnya, syaitanlah yang menempel di wajah mereka dengan rupa yang berubah-ubah.
Menimbulkan benci di hati mangsanya untuk melakukan pekerjaan.
Menimbulkan benci di hati mangsanya untuk memasuki rumahnya sendiri. Setiap kali dia masuk dirasakannya begitu sempit.

RAWATAN MEMBUANG SUSUK

Susuk adalah antara cabang ilmu sihir, apabila sesuatu benda dimasukkan ke dalam tubuh bagi menghasilkan sesuatu tujuan.Ia dipasang oleh dukun-dukun/bomoh yang mendalami bidang tersebut. Di antara tujuan susuk digunakan adalah seperti berikut:

Menjadi cantik dan sentiasa dipandang berseri-seri serta awet muda.

Menghasilkan kekuatan luar biasa dan kekebalan yang biasa digunakan oleh pengamal ilmu persilatan.

Menjadi penunduk dan penggerun supaya orang lain menjadi hormat atau pun takut.

Menguatkan tenaga seks atau pun menaikkan ghairah seks. Ia digunakan oleh pelacur-pelacur atau pun orang yang berminat dengan kehidupan seperti itu.

Susuk yang biasa digunakan adalah berbentuk jarum atau pun bahan tajam yang terdiri daripada unsur besi, perak, tembaga, suasa atau pun emas.Berlian juga biasa digunakan sebagai susuk kecantikan.

Ketika susuk dimasukkan ke dalam tubuh, mantera-mantera dan ritual penyembahan serta penyeruan jin, syaitan dan iblis laknat terkutuk dilakukan oleh bomoh-bomoh susuk berkenaan. Terdapat juga bomoh yang menggunakan ayat-ayat suci al-Quran, namun jelas susuk itu bertentangan dengan syariat Islam.

Pemakaian susuk memberikan khayalan palsu kepada pemakainya.Beliau merasa masih muda, cantik dan kuat. Penggunaan susuk itu mujarab disebabkan bantuan jin dan syaitan yang memberi gambaran palsu kepada orang yang melihatnya. Pengamal susuk menjadi hodoh, tua, lemah dan tidak sekuat dulu apabila susuknya dibuang.

Muslimin dan muslimat wajib menjauhi pemakaian susuk walau apapun alasan dan bentuk susuk tersebut. Kita wajib menghindarinya kerana ianya membawa akibat yang buruk terutama di akhir usia dan azab di akhirat yang dahsyat kerana syirik kepada Allah S.W.T.

ADAKAH ANDA.............

Adakah anda sering merasakan sakit pada bahagian tertentu yang tidak terkesan secara medik dan tidak sembuh-sembuh?

Andakah anda sering mendengar bisikan-bisikan aneh atau sering menyaksikan/melihat kejadian-kejadian aneh?

Adakah anda sering mudah emosi,cepat tersinggung,sensitif dan malas beribadah?

Adakah anda sering mengalami mimpi buruk dan mimpi bertemu dengan binatang?

Adakah anda sering "tertindih" pada waktu tidur dan mengalami sesak nafas?

Adakah anda sering berasa was-was dan pening kepala?

KAMI DI MADINATUL ASRAR SEDIA MEMBANTU ANDA!!!

Kami turut menyediakan:

Konsultasi Ruqyah

Terapi Ruqyah Syar'iyyah

Ruqyah Perseorangan

Ruqyah Massal(Beramai-ramai)

Ruqyah Tempat atau rumah

Mengesan gangguan dalam / luar badan / dikediaman /kedai dll :

Sihir melayu,orang asli,siam,India, cina dll

Saka keturunan

Rasukan lama / baru

Pendamping lama/ baru

Menangkap jin/hantu Dll masalah Insya Allah

Rawatan lain:

Sawan Tangis, Penyakit Mental/gila,Disembunyikan makhluk halus , Santet, Teluh, Tenung, memindahkan makhluk halus dsbnya..

AMARAN KERAS!!!

MAAF! KAMI DI MADINATUL ASRAR TIDAK MENAWARKAN ATAU MENGADAKAN PERKHIDMATAN ‘MENENGUK', MELIHAT', 'MERAMAL', 'MENENUNG', 'MENILIK' KERANA IANYA MELANGGAR HUKUM SYARIAT.

Alamat Surat-Menyurat:

PUSAT RAWATAN MADINATUL ASRAR (Co.No:75202)
No.1, Taman Sendayan Indah,
Jalan Depo, 93050 Petra Jaya Kuching, Sarawak. Malaysia
Handphone : 012-880 2035 (Super Hotline) | Email : masterrizal9000@yahoo.com

Website : www.anugerahagung4u.com

Dr. Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D
D.Sc (A.M) Uk, Ph.D (A.M) Uk,M.D (A.M) Uk
Doctor Medicine (Alternative Medicine)
Doctor of Philosophy (United Kingdom) Berkshire University
Doctor of Medicine (Medicina Alternativa) - Homeopathy,
Phytobiophysic, Bach Flower-International Academy C&T Medicine (Malaysia)

WAKTU RAWATAN :

ISNIN HINGGA KHAMIS

SESSI PAGI : 8.00 PAGI HINGGA 12.00 TENGAH HARI

SESSI PETANG : 2.00 PETANG-6.00 PETANG

SESSI MALAM : 8.00 MALAM-10.30 MALAM

JUMAAT

SESSI PAGI : 8.00 PAGI-11.00 PAGI

SABTU HINGGA AHAD

8.00 PAGI-11.00 MALAM

Yuran Pendaftaran untuk setiap pesakit baru adalah sebanyak RM10.

Untuk setiap rawatan, setiap pesakit dikenakan yuran perkhidmatan sebanyak RM50.

Yuran perkhidmatan ini ialah untuk menampung kos pengendalian premis klinik dan juga saraan hidup perawat-perawat dan kakitangan klinik.