Laman Utama
Terapi Pusat Rawatan Madinatul Asrar

KURSUS RAWATAN LENGKAP IRIDOLOGI

Mata yang Allah kurniakan bukan sahaja untuk melihat. Ianya juga merupakan gambaran tahap kesihatan seseorang. Apa-apa sahaja yang berlaku terhadap organ-organ dalam badan kita, ianya akan terakam dalam mata kita. Kelebihan dari rawatan ini ianya boleh menganalisis dan mengawasi tahap kesihatan seseorang itu.

Kalau kita lihat, secanggih mana pun teknologi perubatan kadangkala gagal untuk mengesan dan mengesahkan penyakit seseorang itu. Berbanding dengan kaedah IRIDOLOGI,  ianya boleh menganalisis penyakit seseorang itu dengan cepat dan tidak perlu perbelanjaan yang tinggi.

Iridologi kini merupakan salah satu ilmu yang sedang berkembang dan mulai digunakan oleh pengamal perubatan tradisional dan homeopati.

Didalam iridologi terdapat carta iris yang menunjukkan lokasi organ-organ pada tubuh manusia. Teorinya menyatakan iris mata itu pada hakikatnya berhubungan dengan setiap organ dan tisu tubuh menerusi sistem saraf dan otak. Fiber saraf yang terdapat pada iris akan memberi tindakbalas terhadap sebarang perubahan yang berlaku didalam tubuh dengan cara memanifestasikan fisiologi refleks yang sejajar dengan lokasi dan perubahan tisu tertentu.

Menerusi kanta pembesar dan sebuah lampu khas, seorang iridologis boleh melihat dan mentafsir atau menganalisa tahap kesihatan seseorang, juga menunjukkan dimana terdapat kekuatan dan kelemahan organ-organ dan tisu tubuh seseorang itu.

MUDAH SEGERA TEPAT

Iridology adalah diantara kaedah menganalisa kelemahan anggota badan.Fiber iris berhubung kait dengan gangguan kelemahan diseluruh anggota badan melalui sistem rangkaian saraf.

SEORANG IRIDOLOGIST YANG BERPENGALAMAN boleh menganalisa dengan tepat tentang masalah fiber saraf mata.

APA ITU IRIDOLOGY?

Satu kaedah sains dimana maklumat-maklumat keadaan kesihatan badan seseorang dapat diterbitkan dengan cara memerhatikan petanda-petanda unik dalam irisnya.

Satu ilmu mengenai iris mata yang merupakan satu gabungan raksasa penghujung-penghujung saraf(dianggarkan 28,000 saraf dalam seluruh anggota tubuh yang badan dimana ianya saling sambung-menyambung dengan organ-organ tubuh badan yang tertumpu pada iris.

Dapat mengetahui tahap kesihatan organ-organ dalaman yang menyebabkan punca pelbagai penyakit.

KELEBIHAN IRIDOLOGY

Iridologi adalah selamat,tiada sebarang sentuhan fizikal

Dapat mengenal pasti secara tepat dan jitu tentang bahagian tubuh yang bermasalah.

Keadaan kesihatan dapat diketahui tanpa maklumat dari pesakit.

Kaedah iridology mempunyai kebaikan tersendiri dan ia mampu mendedahkan hal-hal seperti berikut;

Kelemahan dan kekuatan yang sedia ada pada tisu dan organ.

Paras keasidan badan

Tahap toksid dalam tubuh dan menunjukkan tempat dimana ia terkumpul.

Tahap mental dapat dikesan dengan melihat pada reaksi terhadap emosi,tekanan dan keletihan.

Tahap keseluruhan tubuh-lemah,pertengahan dan baik (kesihatan secara umum)

Punca masalah kesihatan dan kaitannya dengan organ tertentu.

Keadaan anggota tubuh-akut (acute), sub-akut (sub-acute), kronik (chronic) atau merosot teruk (degenerative)

Cuba anda bayangkan yang anda sedang membayar harga ubatan anda sekiranya anda tidak tahu tahap kesihatan anda. Bayangkan juga berapa jumlah yang akan anda bayar pada rawatan yang sebenarnya tidak memberi kesan pada anda sedangkan melalui ilmu iridology ini anda akan dapat mengesan keberkesanan sesuatu rawatan pemulihan yang anda lalui. Dengan menggunakan ilmu yang diajar ini anda akan menjimatkan ribuan ringgit kos perubatan anda.

Ingatlah sentiasa; Mencegah itu jauh lebih baik daripada merawat. Pasti pelaburan ini nampak terlalu sedikit, bukan?

IRIDOLOGI

CARA MUDAH MENGETAHUI PENYAKIT & KELAINAN TUBUH MELALUI MATA.

APAKAH I R I D O L O G Y ITU?

Iridology adalah suatu sains dan amalan kerja, suatu kaedah diagnosa penyakit / kelemahan / kelainan / keradangan yang berlaku di dalam tubuh melalui analisa selaput pelangi mata (iris).Selain itu, amalan iridology boleh juga mendedahkan kandungan toxin, kolesterol, angin perut, asid dalam perut dan usus, keadaan peredaran darah pada badan termasuk ke kepala, tangan dan kaki, peredaran kelenjar-kelenjar, keadaan ketidak-normalan fungsi organ genital, saraf-saraf otak, cita-cita, emosional, kejiwaan dan lain-lain secara lengkap. IRIS (selaput mata) bersambung melalui beratus-ratus ribu bahkan mungkin berjuta-juta susunan saraf ke / dari seluruh bahagian / organ tubuh, pembuluh-pembuluh darah microscopic, otot-otot dan rangkaian-rangkaian sel tubuh.

Iris dihubungkan ke bahagian-bahagian tubuh dan rangkaian sel-sel tubuh melalui sistem saraf, darah, hormon dan lain-lain.Serabut-serabut saraf menerima dorongan melalui saraf-saraf optic, dan spinal cord. Kerja kedua-dua sistem saraf simpatetik dan parasimpatik terakam juga pada iris.

Bagaimana Iridology ditemui dan berkembang.

Iridology mula-mula ditemui secara kebetulan pada awal tahun 1820 oleh seorang anak laki-laki
bernama Ignaz Von Peczelly berhampiran Budapest, Hungary.   Si Ignaz yang pada waktu itu berumur 11 tahun, berjuang melawan seekor burung hantu yang mengerikan dengan cengkaman kuku-kukunya yang tajam.   Tanpa sengaja, kaki burung hantu patah dalam perlawanan dengan si Ignaz.   Suatu saat, kedua-dua makhluk itu bertentang mata, dan si Ignaz melihat satu goresan hitam pada IRIS (selaput mata) si burung hantu.   Si Ignaz membalut kaki si burung hantu dan memeliharanya sampai sembuh dan jinak.   Walaupun kemudian sudah dilepaskannya, namun si burung hantu tetap saja tinggal di kebunnya sampai belasan tahun kemudian.   Kemudian suatu hari, Si Ignaz mengamati, tercalar hitam pada IRIS burung hantu tadi berubah jadi tercalar putih, petanda sudah sembuh barangkali fikirnya.   Disitulah dia mula berfikir lebih lanjut bahawa mungkin ada hubungan antara mata dan kaki burung hantu itu.

Kemudian, Ignaz membesar menjadi seorang remaja dan masuk fakulti perubatan.   Setelah dewasa dan bekerja di rumah sakit sebagai seorang doktor, dia tetap mengingati keadaan mata (iris) si burung hantu itu dan berfikir mungkin pada diri manusia seperti itu juga.   Ertinya mungkin ada hubungan mata dengan bahagian tubuh lain.Maka setelah berada di rumah sakit, dia dapat peluang untuk melihat mata para pesakit, dari satu orang ke orang lain dan seterusnya.   Dari pengamatannya selama bertahun-tahun dapatlah ia suatu keyakinan bahawa setiap penyakit yang serupa / sama dari orang ke orang, selalu memberikan tanda pada daerah tertentu yang sama pula pada mata (iris) orang-orang berkenaan. Begitulah seterusnya, penyelidikan dan pembuktian kebenarannya berkembang maju dari satu orang kepada orang lain, dari seorang ahli bekas muridnya ke ahli yang lain dan seterusnya.

Kemudian muncul seorang Amerika, Dr Bernard Jensen yang pada waktu itu masih muda, tertarik dan masuk ke dalam lingkungan ini.   Kemudian melalui kajian-kajiannya tentang iridology ini secara sendiri atau dengan group, selama lebih daripada 50-tahun dari + tahun 1930, berjaya memudahkan penemuannya dengan membuat suatu diagram atau peta iridology (sebagai hasil pemeriksaan iris dari +350.000 orang), yang boleh digunakan dengan mudah dalam membuat analisa / pembacaan keadaan yang berlaku pada tubuh seseorang melalui irisnya dengan hasil yang sangat tepat.

Semoga hendaknya hal itu boleh menjadi salah satu pemenuhan syarat atas doa yang kita panjatkan kepada Allah, untuk diberi kesihatan sepenuhnya sehingga dapat menikmati kehidupan yang panjang tetapi dengan keadaan yang sihat secara menyeluruh, fizikal, emosional, cita-cita, kejiwaan dan kebijaksanaan.

Siapakah pengamal iridology?

Kerana pengaruh positifnya, pada saat ini Iridology telah banyak digunakan di seluruh dunia, terutama di negara-negara maju,bermula dari pengubat-pengubat complimentary, kemudian diikuti juga oleh pengamal perubatan seperti doktor dan lain-lain,secara tersendiri atau digabungkan dengan kaedah-kaedah diagnosis lain.

Saya sendiri, telah cuba mengadakan pemeriksaan kesihatan dengan penerapan sistem iridology di Pusat Rawatan Madinatul Asrar.   Kemudian juga mula mengajarkannya dengan mengadakan kursus Iridologi, dalam rangka untuk memberi kemudahan dan penyebar-luasan ilmu pengetahuan ini dengan tujuan untuk dapat memberikan perkhidmatan kesihatan menyeluruh bagi masyarakat dengan waktu yang relatif singkat (cepat),diagnosis tepat dan kos yang sangat hemat.

Kelainan-kelainan tubuh apa saja yang boleh dibaca pada iris.

Iridology merupakan teknik yang sangat sederhana dengan tahap ketepatan yang sangat tinggi, dapat mengetahui pelbagai kelainan yang mungkin berlaku yang tersembunyi di dalam tubuh seseorang, seperti yang telah dihuraikan di atas, antara lain:

Organ-organ dalam, seperti perut (perut), angin dan asid perut, usus besar sampai ke anus, usus kecil, usus buntu, toksin yang berada di dalam usus dan lain-lain, kelenjar thyroid , hati, hempedu, pancreas   , buah pinggang, adrenal, paru-paru dan bahagian-bahagiannya, diaphragm, limpa, organ seksual / pembiakan dan bahagian-bahagiannya dan lain-lain.

Bahagian-bahagian otak seperti saraf medulla oblongata, pineal, pituitary dan lain-lain, ketidak-lancaran aliran darah ke otak dan sebagainya.

Sistem darah dan peredaran antara lain: peredaran darah ke kaki / tangan / otak, peredaran limfa, jantung, keadaan pembuluh darah (penyempitan), kolesterol, dan lain-lain.

Level stress yang disebabkan oleh emosi, cita-cita dan kejiwaan / kemurungan.

Dan lain-lain.

Banyak di antara hal-hal yang tidak dapat diungkapkan melalui analisa dan peralatan lain yang biasa digunakan, dengan mudah boleh dibaca melalui iris (sistem Iridology).   Apalagi hal-hal yang bersifat abstrak atau tidak Nampak seperti stress, kemurungan, cita-cita dan kelemahan-kelemahan saraf-saraf otak, atau kelenjar-kelenjar.

Secara am iridology boleh digunakan untuk mendedahkan pelbagai kelemahan tubuh,
secara fizikal, emosional, cita-cita dan kejiwaan.   Memang tidak menunjukkan angka yang nyata, tetapi apa-apa cara yang digunakan, tujuannya adalah untuk mengetahui keadaan normal atau tidak normal, gangguan ringan / sedang-sedang atau sudah berat.

Penemuan-penemuan melalui iridology tidak menunjukkan jenis / nama penyakit pada tubuh, melainkan hanya satu kelainan / kelemahan / keradangan saja.   Tetapi dengan itu seorang pengamal iridology sudah boleh membuat kesimpulan kemungkinan apa gejala atau aduan penyakitnya yang dirasakan sekarang, masa lalu atau kemungkinan masa datang kalau tidak diubati pada awal, apalagi kalau yang bersangkutan tidak tahu bagaimana menjalani kehidupan dengan serba aturan dalam segala hal yang berkaitan
dengan kesihatan dan penyakit.

Iridology sebagai profesi penyerap pengangguran sekaligus merupakan salah satu usaha untuk
peningkatan umur rata-rata bangsa.

Dalam kegiatan pembangunan ilmu iridology oleh Dr.Rizal kepada anggota masyarakat
melalui kursus-kursus / training atau latihan khusus untuk itu, pada awalnya sering terlihat ada rasa tidak percaya dari para peserta atau para calon peserta.   Banyak yang member komen mana mungkin penyakit boleh dilihat dari mata, seperti mengada-ada.

Sebagai tambahan maklumat, sekarang dengan setitis darah saja banyak hal boleh diketahui
tentang kelemahan / kelainan yang berlaku di dalam tubuh seseorang.

Begitulah masih tertutupnya hati masyarakat akan hal ini.   Tetapi mereka yang sudah mengikuti dan dengan penghayatan yang baik, malah berlaku sebaliknya, dari tidak percaya menjadi penuh percaya diri dan penuh keyakinan akan kebenaran iridology dalam amalan-praktiknya.   Kerana iridology boleh mendedahkan hal-hal yang masih awal, maka mereka yang diperiksa dengan iridology ini diharapkan dapat mengambil tindakan prefentif mengubati penyakit-penyakit semasa awal pula agar terhindar dari penyakit-penyakit berat yang membahayakan badan dan nyawa secara prematur.   Jadi dengan begitu, dengan sendirinya semakin banyak yang menempuh jalan iridology, diharapkan masyarakat akan semakin sihat dan pada masa akan boleh pula mengangkat peringkat umur rata-rata bangsa yang sekarang masih jauh ketinggalan dari bangsa-bangsa yang sudah maju.   Dan disamping itu akan dapat pula membantu
penyerapan tenaga-kerja yang masih menganggur.

Kepakaran Iridology, merupakan profesion berprestij dan diiktiraf secara antarabangsa. Kalau ilmu iridology ditekuni dengan baik ini ilmu rawatan kesihatan secara menyeluruh, terutama seseorang akan ber "profesi" perkhidmatan kesihatan menyeluruh, iaitu check-up cepat dan rawatan pelbagai penyakit.   Profesi yang boleh digunakan seumur hidup, yang berprestij, bermanfaat bagi diri sendiri, keluarga dan masyarakat luas, disamping mendatangkan hasil yang tidak kenal kemelesetan, boleh digunakan secara antarabangsa di mana kita berada di dunia ini.   Mereka yang telah terjun ke bidang ini, telah memetik pelbagai manfaatnya.   Selain untuk pembaikan / penyelenggaraan kesihatan sendiri dan keluarga, juga berupa pendapatan tetap untuk menyara keluarga. Dengan profesi ini Dr.Rizal telah berkenalan dengan pelbagai peringkat / golongan / bangsa dengan pelbagai kedudukan social, sebagai salah satu anjuran agama untuk bersosial (bersilaturrahmi) sesama umat manusia. Juga telah mendapat peluang mengembara secara nasional ke bandar dan kawasan, secara antarabangsa ke pelbagai negara dalam memberikan perkhidmatan perkhidmatan kesihatan dan ceramah-ceramah serta latihan-latihan / training dengan liputan yang sangat luas ... ... ... ..

Iridology dapat mengungkap gejala pelbagai penyakit pada "Tahap Awal"

Ilmu dan kemahiran amalan iridology, merupakan suatu rahsia alam yang telah ditemui oleh anak manusia yang memberikan banyak manfaat dalam pemeriksaan kesihatan menyeluruh. Seorang ahli iridology boleh mendedahkan pelbagai gangguan tubuh yang mungkin menimbulkan gejala penyakit secara awal, maka kalau sudah diketahui adanya penyakit, tentu dapat dirawat / diubati pada tahap penyakit masih sangat awal (awal) pula. Dengan mengubati penyakit-penyakit yang belum berada pada tahap parah, tentu akan lebih mudah dan boleh menjimatkan kos, sekaligus dapat mengelakkan penyakit menjadi memberat di kemudian hari. Inilah yang ingin Dr.Rizal kembangkan ilmunya kepada masyarakat luas, melalui latihan-latihan yang diadakan dari masa-kewaktu.

Merawat Kesihatan Lebih baik daripada mengubati penyakit.

Lebih jauh lagi, setelah mengetahui secara mendalam selok-belok tentang tubuh manusia, tentang Iridology secara mendalam, tentang pelbagai cara pemeriksaan kesihatan seperti kinesiology, colour therapy, pemeriksaan titik-titik akupunktur dan cara rawatan akupunktur non-jarum, refleksi, pelbagai rawatan kesihatan dan perubatan complimentary secara menyeluruh, maka dari pengalaman-pengalaman hidup saya secara peribadi, terasa merawat kesihatan lebih mudah daripada merawat kereta.   Tidak perlu kotor-kotor, malah membawa kita ke arah suka bersih dan selektif untuk pemikiran dan terapan untuk kesihatan.

Padahal prinsipnya sama saja seperti rawatan kereta, iaitu memahami sistem mekanikal dan proses kerja organ-organ tubuh kita, seperti mengetahui fungsi-fungsi alat-alat yang ada untuk menyokong lancarnya jalan enjin kereta tersebut.   Makanan apa yang diperlukan dan makanan apa yang harus dihindarkan atau dikurangkan.   Begitu juga pada kereta, bahan bakar apa yang sesuai untuk kereta kita.
Bila kita boleh bersenam dan sukan yang bagaimana yang sesuai untuk tubuh kita dan lain-lain sebagainya.

Begitu juga pada sebuah kereta, untuk keselesaan di dalam kereta, bila dan di mana kita boleh memandu dengan cepatdan bila harus memandu dengan penuh berhati-hati dan harus perlahan.

Saya maksudkan disini bukan untuk "pandai-pandai jadi doktor sendiri", tetapi dengan mengetahui peraturan-peraturan kesihatan yang benar, tentu kita akan boleh memprogramkan kesihatan sendiri, pada bila-bila kita harus ke doktor dan bagaimana memelihara kesihatan dengan betul secara semulajadi, sehingga kebimbangan-kebimbangan akan dapat sakit pun jadi berkurang.   Umpama sahaja, kalau disetiap rumah tangga ada seorang yang pandai mengukur tekanan darah, jika dilakukan pengukuran
secara teratur berkala pada setiap ahli keluarga, apabila ditemui seseorang sudah tinggi tekanan darahnya, tentu akan boleh mencari pertolongan perubatan kepada doktor atau rumah sakit atau rawatan complimentary / alternatif. Selanjutnya, kalau ditemui seseorang sudah tinggi kadar gula darahnya, tentu akan boleh ke hospital untuk minta pertolongan perubatan.   Inilah yang sangat penting daripada menunggu sakit baru buru-buru ke rumah sakit atau cari pertolongan doktor.   Apalagi kalau memahami pula bagaimana mengurangkan / menghindarkan penyakit dengan memperbaiki menu makanan saja umpamanya dan dengan cara-cara perubatan semulajadi yang tidak membahayakan.   Jadi tidak ada salahnya kalau disetiap rumah tangga ada yang mengerti melakukan pemeriksaan kesihatan dengan cara-cara mudah tapi tepat.

Banyak kes berlaku, seorang setelah terkena stroke baru tahu kalau yang bersangkutan mengidap penyakit tekanan darah tinggi.   Atau seseorang tahu kalau dia mengidap penyakit kencing-manis pada saat dia mahu dipotong. Tahu kalau seseorang menghidap penyakit jantung setelah diharuskan masuk ruang ICU,atau malah selepas meninggal mendadak baru tahu kalau yang bersangkutan ada penyakit jantung dan lain-lain sebagainya.

Hanya perlu fikiran dan penalaran dan penghayatan yang benar tentang kesihatan dan penyakit, serta pengetahuan bahan-bahan yang layak diambil agar dapat mempertahankan kesihatan dalam jangka panjang.

Atau pengetahuan lengkap tentang bahan-bahan semulajadi yang baik untuk membantu penyembuhan pelbagai penyakit dan keluhan badan.   Jadi tidak ada yang perlu disangsikan sepanjang dilakukan dengan baik, sesuai kaedah yang betul, sesuai norma-norma kemanusiaan.

Iridology untuk membantu penyerapan pengangguran.

Dalam keadaan pengangguran besar-besaran, seperti yang terjadi di Malaysia sekarang ini, mempelajari dan menekuni ilmu iridology ini ilmu pemeriksaan kesihatan dan rawatan penyakit menyeluruh adalah merupakan salah satu terobosan dalam membentuk peribadi-peribadi yang berprofesi, menghasilkan dan memajukan masyarakat dalam pembinaan kesihatan secara menyeluruh.   Sekaligus merupakan terobosan praktikal, kemudahan belajar dan amalan kerja serta penjimatan masa menjadi sangat berkesan. Melalui sistem yang saya sebutkan diatas,saya yakin umur rata-rata harapan bangsa dapat dipertingkatkan dalam kurun waktu yang tidak terlalu lama, dengan kaunseling / pendidikan / latihan-latihan tentang penyelenggaraan kesihatan dengan melakukan pemeriksaan kesihatan secara rutin dan memperbaiki gaya hidup, pola fikir dan lain-lain.

Kalau pada saat ini umur rata-rata harapan bangsa kita baru sekitar 60-tahun, maka melalui sistem yang saya maksud, umur rata-rata harapan bangsa dapat dipertingkatkan menjadi 70 atau 80-tahun dalam kurun waktu yang tidak terlalu lama.   Mudah-mudahan semakin banyak yang mahu melirik jauh sampai ke dalam, terutama kalau ada yang mahu membantu mempercepatkan pelaksanaannya dan pengenalannya serta penerapannya pada masyarakat luas.

Menurut WHO pada tahun 2025, umur rata-rata harapan hidup di seluruh dunia sudah harus mencapai 73 tahun.   Sedangkan di pelbagai negara maju, umur rata-rata harapan bangsa mereka sudah mencapai jauh diatas 80-tahun.   Inilah cabaran yang harus dijawab oleh bangsa kita dengan tepat, terutama bagi yang berkaitan dalam pengurusan kesihatan masyarakat.   Itulah target yang ingin Dr.Rizal capai dalam pembangunan dan penerapan ilmu Iridology, Kinesiology dan lain-lain yang diliputi dalam sistem menyeluruh rawatan alternatif".   Tentu untuk mencapai itu, sokongan dan pengertian masyarakat sendiri adalah sangat diharapkan, terutamanya dalam penerimaan dan penggunaanya seluas-luasnya.   Serta kesedaran diri sendiri bagaimana pentingnya penjagaan kesihatan secara menyeluruh adalah sangat diperlukan.

Iridology Merupakan Satu Cara Pendedahan

Penyakit / Gangguan Badan Melalui Selaput Pelangi Mata.Kita ketahui bahawa ada pelbagai cara untuk menyemak keadaan kesihatan seseorang.   Pada sistem yang sudah biasa, umpamanya melalui analisa makmal dan penggunaan alat-alat kesihatan yang lain.Tetapi cara-cara itu semuanya memerlukan kos yang tidak sedikit, sebahagian besar ahli masyarakat tidak menyanggupinya.

Apalagi masyarakat belum banyak memanfaatkan perkhidmatan Insurans kesihatan disamping kemudahan yang masih kurang mencukupi.

Jadi untuk membantu meringankan beban dalam pemeriksaan kesihatan dan perubatan,kursus iridologi ini akan sangat membantu dengan cara yang kelihatan sederhana,tetapi cepat dan sangat berkesan dengan tahap ketepatan yang sangat tinggi dan dengan kos yang sangat ekonomi. Dan boleh dikatakan ada pula keunggulan lain, iaitu dalam standard pelbagai jenis masalah kesihatan dapat di kesan melalui kaedah iridology ini, sebahagian besar dari padanya belum / masih sukar diperiksa dengan cara-cara biasa.   Disamping itu, waktunya sangat singkat.   Hanya diperlukan waktu sekitar 20 atau 30-minit sahaja. Bandingkan sendiri bagaimana efisiennya.

Penggunaan iridology di Malaysia

Di Malaysia, orang dalam kalangan tertentu mula mengenal iridology mungkin baru selepas tahun 90-an.   Iridology belum / tidak tersebar secara meluas pada masyarakat umum.   Padahal di negara maju, Iridology sudah dikenali sejak 150 tahun lebih.   Iridology merupakan satu rangkaian ilmu pengetahuan mengenai cara mengesan atau mendedahkan penyakit dan kelemahan badan lain yang sangat unik tetapi sangat mudah penerapannya.   Cuma masalahnya, perlu masa untuk menarik kepercayaan masyarakat kerana sudah lumrah untuk tidak mempercayai hal-hal yang baru.

Disamping itu, masyarakat beranggapan bahawa soal kesihatan seperti merupakan perkara yang suci. Banyak hal-hal yang belum terjamah yang sangat penting ertinya dalam pembinaan kesihatan dan rawatan pelbagai penyakit.   Hal ini patut secara terbuka difahami masyarakat. Dalam hal ini, saya berkeyakinan bahawa pada suatu masa nanti, Iridology dan kaedah-kaedah lain yang menyeluruh yang dikemas secara bersepadu yang termasuk dalam website "TerapiOtak4u.com" ini boleh diterima memasyarakat secara baik tanpa kecurigaan dan tidak lagi dipandang sebelah mata oleh am yang ingin mencari kesembuhan dan membentuk kesihatan secara optimum.   Terbukti sekarang sudah semakin banyak yang merasa berminat untuk mempelajari kaedah rawatan alternative saintifik dalam website "TerapiOtak4u.com ini. Kalau ada yang murah dan juga baik, kenapa pilih yang mahal dan sukar.

Iridology dan Manfaatnya.

Dr.   Bernard Jensen merupakan salah seorang yang telah berjasa besar dalam hal iridology kerana dia telah membaktikan dirinya selama 50-tahun lebih dalam kajian / pembangunan Iridology.   Sejak tahun 1930 sampai 1980 sahaja telah memeriksa lebih daripada 350,000 orang pesakit dari pelbagai masalah penyakit dari pelbagai peringkat umur dan sosial kehidupan masyarakat bangsa-bangsa di dunia, lelaki dan wanita.   Ditemukannya tidak seorang pun yang sihat 100%. Ada saja kelemahan walaupun belum menjadi gejala penyakit.  

Kalau seseorang menderita suatu penyakit atau pelbagai kelemahan badan, maka akan timbul tanda-tanda tertentu pada selaput pelangi mata yang kalau diubat / dirawat sampai sembuh, maka di antara tanda-tanda tersebut akan hilang dalam jangka masa yang tertentu.   Biasanya seorang ahli Iridology, dalam menyemak seorang pesakit, tidak selalu memerlukan soalan-soalan tentang penyakit yang sedang diidap / diderita si pesakit.   Seorang pengamal Iridologi yang sudah mahir, jarang bertanya aduan pesakitnya seperti layaknya seorang ahli perubatan lain, menyoal si pesakit dengan soalan-soalan"Cik atau Encik Sakit Apa?", "Bagaimana sakitnya?", "Di mana sakitnya?" atau "Sudah berapa lama sakitnya?" dan lain-lain.

Soalan-soalan begitu diperlukan untuk mengetahui si pesakit itu sebenarnya menderita penyakit apa? Tetapi dalam amalan iridology sebagai salah satu kaedah dalam sistem bersepadu secara menyeluruh, si pesakit disuruh duduk, dilihat / difoto matanya, maka seorang ahli iridology yang memeriksa akan mendedahkan dengan mudah kalau si pesakit sedang mengalami gangguan di daerah-daerah tertentu di dalam badannya yang menyebabkan ianya mengalami aduan tertentu pula.   Mungkin mengalami sesak nafas,pedih di perut, stress fizikal, stress emosi, stress jiwa, mudah rasa mengantuk atau pening,usus membengkak, ada buasir dan lain-lain.   Sehingga kalau dilihat sepintas lalu, seorang ahli Iridology seolah-olah, dalam mengungkapkan keluhan si pesakit, seperti dengan cara tenung, peramalan.   Hal itu dapat diungkapkan bukan kerana adanya kekuatan kebatinan atau kerana adanya jin penolong dalam diri si pengamal.   Tetapi hal-hal demikian sebenarnya boleh diketahui kerana adanya tanda-tanda yang berlaku pada iris / mata si pesakit tadi yang boleh dibaca oleh si pengamal.   Jadi sangat mudah bukan?   Di pelbagai negara maju, di rumah-rumah sakit umum, sering terdapat penggabungan sistem diagnosis secara perubatan conventional dengan sistem Iridology, sebab sudah terbukti sangat membantu tugas-tugas perubatan dalam menyemak dan menentukan ubatnya.

Penting! Maklumat yang bakal anda baca ini mampu menjadikan anda seorang yang berkemahiran hebat dan dapat memastikan diri sentiasa dalam keadaan kesihatan yang unggul.

Adakah Anda Mempunyai Satu Sistem mengenal pasti tahap kesihatan yang berkesan? Atau…

Anda, pasangan anda, keluarga anda Masih Tercari-cari Satu Formula atau Kaedah , Sistem Rahsia Mencegah Penyakit yang mudah dan tepat . Anda dapat mengetahui tahap kesihatan tubuh sebegitu mudah tanpa melalui ujian makmal.

Anda Sangat Bertuah Hari Ini!

Kerana anda akan didedahkan dengan ilmu mendiagnosis kesihatan yang sudah lama popular di Negara-negara maju.

Terlalu banyak masa dan duit telah kita habiskan untuk menjadikan kita sihat. Malangnya, masih ramai antara kita yang sakit.

Orang tua dulu-dulu selalu berkata bahawa ‘penyakit tu datang macam ribut tapi perginya macam semut'.. Namun, pendapat itu sebenarnya salah. Penyakit kita juga datangnya seperti semut, perlahan-lahan. Tetapi kita tidak menyedarinya. Bila telah teruk dan terbaring menderita (sudah terantuk baru tengadah) barulah kita terfikir, alangkah bagusnya andai kita dari dulu lagi tahu tahap kesihatan tubuh kita lalu kita mampu mencegah.

Bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat?

Lalu untuk merealisasikan kenyataan itu kita perlu ‘alat'. Itulah yang akan dimiliki oleh saudara sekalian melalui Kursus Iridologi ini.

Semua orang tahu akan pentingnya kesihatan pada kita.

Kerananya, kita akan…

sanggup memandu berpuluh-puluh batu untuk pergi berubat.

menghabiskan ratusan ringgit untuk mencuba pelbagai jenis ubatan di pasaran.

menghabiskan masa berjam-jam menunggu untuk dirawat oleh doktor.

membeli segala buku berkaitan kesihatan dan penyakit yang dideritai.

dan bermacam-macam lagi perkara yang remeh-temeh dan jerit-perit yang sanggup kita lakukan.

Hasilnya, penyakit tetap tidak pulih.

Duit kian susut.

Ianya amat memenatkan dan mengecewakan.

Nampaknya, nasib mereka sudah ditentukan. Mereka akan mati dengan pelbagai penyakit.

Alangkah tidak beertinya wang ringgit yang dikumpul selama ini.

Adakah Itu Anda?

Adakah apa yang saya gambarkan di atas adalah anda?

Jika jawapannya ialah “YA”, tiada apa yang hendak dimalukan.

Kebarangkalian besar… anda masih dapat diselamatkan lagi.

Anda, pasangan anda dan keluarga perlu menguasai kemahiran berharga ini. Ini bukan sahaja membuat kita sedar tahap kesihatan kita tetapi kita turut berupaya mengetahui sama ada rawatan pemulihan yang kita kuasai sekarang adalah berkesan atau sebaliknya. Bukankah ini akan menjimatkan masa dan wang kita? Kita boleh bertukar kepada rawatan lain yang menjanjikan pemulihan.

Sistem Melihat tahap kesihatan dan mendiagnosis kini boleh dimiliki!

Penyelesaiannya!

Gunakan teknik mendiagnosis kesihatan melalui iris. Satu sistem yang langsung tidak menyakitkan. Malah sebegitu mudah tanpa perlu membeli dan membayar bayaran perkhidmatan. Lakukan sendiri. Kuasai ilmu ini . Dapatkan Ilmu Iridologi ini dengan Yuran Kursus yang sangat berpatutan. Lebih menarik lagi…

Sebelum ini, maklumat berharga ini hanya dapat difahami sekiranya anda boleh berbahasa Inggeris.

Sekarang, tidak lagi.

Saya telah mengumpul maklumat – maklumat penting dalam iris diagnosis beserta ilustrasi beserta foto dan gambarajah menarik dan tulisan sepenuhnya dalam bahasa Melayu.

saya harap usaha saya ini berbaloi dan dapat menolong lebih ramai lagi insan-insan yang perihatin dengan kesihatan mereka.

Saya harap ilmu di dalam kursus Iridologi ini mampu memberikan nafas baru di dalam menjana kehidupan yang unggul.

Jika anda masih ragu-ragu sekiranya kursus Iridologi benar-benar dapat membantu anda, usah bimbang lagi.Ilmu yang terkandung di dalam buku ini bukanlah berdasarkan teori semata-mata. Ianya hasil daripada kajian beratus-ratus tahun.

Mengapa anda harus menguasai ilmu dalam kursus Iridologi ini?

Percayalah. Ia berbaloi.

Anda akan melalui kehidupan yang jauh lebih bahagia dan tenang sekiranya kesihatan anda terjamin. Dan untuk memastikan kesihatan anda terjamin, anda perlu tahu tahap tubuh anda. Untuk mengetahui tahap tubuh anda pula, anda kena ada kemahiran. Itulah yang diberitahu melalui program ini.

Menguasai kemahiran mendiagnosis kesihatan.

Sekarang anda tahu yang “Program Iridologi” ini bukanlah sembarangan program. Sebaliknya. Ia adalah rahsia untuk anda hidup cemerlang,gemilang dan terbilang dan menjaga kualiti kesihatan Anda di tahap optimum.

YURAN KURSUS IRIDOLOGY - RM300

Yuran Kursus Ini Termasuk

Akuan Ijazah
2 Manual Lengkap Berwarna Program Lengkap Iridologi
VCD Tutorial