Laman Utama
Terapi Pusat Rawatan Madinatul Asrar

PEMERIKSAAN MIKROSIRKULASI DARAH

PEMERIKSAAN MIKROSIRKULASI DARAH

Adakah anda tahu bahawa punca penyakit datangnya dari ketidaksempurnaan pelancaran saluran darah? Saluran darah yang tersumbat setelah sekian lama, menjadi punca serta penyumbang kepada penyakit kronik. Misalnya penyakit jantung tersumbat adalah disebabkan pemblokan trombosis yang telah mendap dan berlarutan sekian lamanya.

Melalui pemeriksaan mikrosirkulasi ini, kita dapat mengesan seawal yang mungkin mengenai penyakit yang bakal menimpa kita. Elakkan dari terlambat mengetahui punca penyakit kerana mencegah itu adalah lebih baik dari merawat. Bentuk simpulan saluran darah yang berbeza juga memberi gambaran mengenai jenis penyakit yang pelbagai terhadap diri anda. Jalani pemeriksaan percuma dengan kaedah 'Pemeriksaan Mikrosirkulasi' sekarang di PUSAT RAWATAN MADINATUL ASRAR .

Tidak perlu ambil darah... hanya scan dihujung jari manis... 

Kami ada jalan penyelesaiannya SEKARANG!! 

Hanya dihujung jari Anda....

 

Foto sekadar ilustrasi

SISTEM PEREDARAN DARAH

Sistem peredaran darah merupakan satu sistem yang penting dalam badan manusia. Fungsinya ialah untuk membawa oksigen, tenaga dan bahan nutrien ke seluruh bahagian badan. Pada masa yang sama, bahan buangan metabolisme dibawa keluar melalui sistem peredaran tersebut.

Sistem peredaran darah terdiri daripada jantung, arteri, kapilari dan vena. Jantung merupakan pusat tenaga bagi peredaran darah. Jantung berdenyut berterusan untuk mengepam darah mengalir ke seluruh bahagian badan. Arteri ialah salur darah yang bertanggungjawab untuk menghantar darah dari jantung ke seluruh bahagian tubuh. Vena ialah salur darah yang bertanggung jawab untuk menghantar balik semula darah yang terkumpul ke jantung. Kapilari ialah salur darah halus yang menyambungkan mikro-arteri dan mikro-vena. Kapilari tersebut didapati di seluruh bahagian badan dan merupakan tempat di mana pertukaran nutrien dan oksigen berlaku.

2) Penyakit Yang Berkaitan dengan Sistem Peredaran

Penyakit boleh berlaku pada mana-mana bahagian sistem peredaran dan mengganggu perfungsian normal seluruh sistem tersebut. Penyakit yang berkaitan dengan sistem peredaran darah termasuk penyakit jantung, tekanan darah tinggi, pembekuan darah, kegagalan fungsi pada mikro-peredaran dan sebagainya. Jika tidak dirawati, penyakit-penyakit tersebut akan menjadi lebih teruk dan menyebabkan infarksi miokardial (kematian otot jantung), strok, buta, malah boleh membawa maut.

3) Penyakit Jantung Koronari

Penyakit jantung koronari adalah singkatan bagi penyakit jantung aterosklerosis koronari, di mana ini adalah umum antara golongan dewasa dan tua.

Arteri Koronari merupakan salur darah yang membekalkan darah kepada jantung.

Jika terdapat pengumpalan lemak di bahagian bawah intima salur darah tersebut, saluran tersebut akan menjadi sempit; pengumpalan lemak yang lebih banyak akan menjadi kaviti saluran tersebut semakin sempit.

Ini akan menghalang kadar pengaliran darah pada bahagian intra-vaskular.

Fungsi darah ialah membawa oksigen, jika permintaan oksigen meningkat atau kadar pengaliran darah menurun kepada suatu takat tertentu, ia akan menyebabkan anoksida miokardial(kekurangan oksigen pada otot jantung) dan mengganggu kerja harian.

Oleh itu, Penyakit Jantung Koronari (CHD) juga dikenali sebagai Penyakit Jantung Iskemia (IHD). Sejak kebelakangan ini, kejadian CHD semakin meningkat di seluruh dunia.

4) Pembentukan Aterosklerosis

Aterosklerosis merupakan suatu penyakit yang berkembang dengan perlahan. Ia menyerang arteri besar dan arteri sederhana. Bahagian intima pada salur darah yang normal adalah licin. Perubahan patologikal awal ialah pembentukan bintik atau jejalur kuning pada deposit lemak pada bahagian bawah intima. Jika deposit lemak ini berkembang, ia akan membentuk plak ateroma dalam kaviti karina. Bahagian tengah plak ateroma dibentuk daripada sel ameboid, sel buih dan kolesterol. Pembentukan mungkin pecah dan seterusnya membentuk trombus dan bahagian tengah plak akan mengalir keluar, seterusnya menyebabkan kaviti saluran arteri semakin sempit.  

5) Kesan Aterosklerosis

Pada peringkat awal, plak ateroma boleh hilang dengan sendiri. Kesan utama aterosklerosis ialah unjuran ateroma atau trombus akan menyempitkan saluran arteri dan menjadikan tersumbat. Apabila arteri koronari menjadi letih, arterilisasi miokardia akan berkurangan dan anoksia miokardial atau nekrosis akan berlaku menyebabkan angina pektoris atau infarksi miokardia. Aterosklerosis bahagian otak akan menyebabkan kekurangan bekalan darah kepada otak, seterusnya menyebabkan rasa pening, sakit kepala dan bagi pesakit yang serius akan menghadapi “encephalatrophy” dan ciri-ciri yang dialami oleh golongan tua (anile). Trombus yang terdapat di dalam arteri serebal (otak) akan menyebabkan semiplegia; nefro-aterosklerosis akan menyebabkan iskemia pada bahagian ginjal dan mengakibatkan tekanan darah tinggi pada renal. Aterosklerosis usus akan menyebabkan sakit perut selepas makan. Aterosklerosis di bahagian kaki pula akan menyebabkan kesakitan pada bahagian kaki semasa berjalan dan bagi pesakit yang serius, hujung jari kaki akan menjadi nekrotik (mati).

6) Kemerosotan Plak Aterosklerosis

Pada peringkat awal aterosklerosis, plak mungkin boleh merosot dengan sendirinya. Walau bagaimanapun, pada peringkat lebih serius, umumnya plak tersebut tidak akan hilang dengan sendirinya. Oleh itu, pencegahan merupakan “rawatan” aterosklerosis yang paling berkesan.

7) Hiperlipidemia

Jika kepekatan kolesterol di dalam darah melebihi 5.72 mmol/L, kepekatan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) melebihi 3.64mmol/L, atau kepekatan trigliserida melebihi 1.7mmol/L, ia boleh dikatakan sebagai Hiperlipidemia.

8) Apakah yang menyebabkan Hiperlipidemia

Hiperlipidemia adalah disebabkan oleh pengambilan lemak haiwan atau kolesterol yang terlalu tinggi. Jika kalori di dalam makanan yang diambil melebihi daripada keperluan badan, kalori berlebihan akan disimpan dalam tisu lipid dalam bentuk trigliserida dan menjadi lemak, seterusnya menyebabkan kandungan lemak dalam darah meningkat. Bagi mereka yang kurang bersenam, kolesterol dan trigliserida darah dalam badannya lebih tinggi berbanding dengan orang yang selalu bersenam. Tambahan lagi, bagi orang yang sentiasa berada dalam keadaan tertekan, merokok, berfikir terlalu banyak juga akan meningkatkan kandungan lipid dalam darah.

Kadang-kala, kandungan lipid yang tinggi berkaitan dengan warisan dan ciri-cirinya ialah; peningkatan lipid secara abnormal dalam darah dan mendapat penyakit jantung koronari pada umur yang muda. Terdapat juga penyakit lain yang menyebabkan peningkatan paras lipid dalam darah. Lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) boleh menyingkirkan kolesterol yang berlebihan dalam darah dan tisu, ia juga boleh menyerap kolesterol pada plak yang terlekat di dinding arteri. Salah satu faktor penting yang menyebabkan penyakit jantung koronari ialah paras HDL yang rendah dalam badan. Lipoprotein berketumpatan rendah membawa kebanyakan kolesterol di dalam darah. LDL yang berlebihan mengakibatkan pengumpalan kolesterol pada dinding arteri dan membentuk plak ateroma.

9) Paras Lipid dalam darah dan Penyakit Jantung Koronari

Penyakit jantung koronari berkait rapat dengan kepekatan kolesterol dalam darah. Komposisi diet mempengaruhi kepekatan kolesterol. Contohnya, kadar kejadian penyakit jantung koronari adalah rendah di kalangan orang Jepun. Walau bagaimanapun, ia meningkat pada kebanyakan orang Jepun yang bertempat di USA. Sebab utama ialah perbezaan komposisi diet mereka, menyebabkan kepekatan kolesterol yang tinggi dalam darah dan kejadian CHD meningkat.

10) Merokok dan Penyakit Jantung Koronari

Kajian terhadap penyakit epidemik telah membuktikan bahawa merokok meningkatkan tahap bahaya menghidapi infraksi miokardial dan kematian jantung secara mengejut. Terutamanya pada golongan yang kolesterol darahnya melebihi 180mg%, kejadian penyakit jantung koronari meningkat di kalangan perokok yang menghisap lebih daripada 40 batang rokok setiap hari. Merokok juga meningkatkan risiko mendapat kanser paru-paru, penyakit pneumokardial dan penyakit salur darah perifenal. Sampai sekarang, masih tiada sebarang bukti yang dapat menunjukkan bahawa kepekatan tar dan nikotina tembakau yang rendah boleh mengurangkan peluang menghidapi penyakit jantung koronari. Merokok boleh menyebabkan penyakit jantung koronari kerana tembakau boleh mengurangkan lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL), sebaliknya, meningkatkan kandungan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) dan trigliserida. Pada masa yang sama, merokok menyekat pengaliran dan penggunaan oksigen, dan meningkatkan penggunaan oksigen oleh otot jantung. Setelah berhenti merokok, dalam masa setahun, kejadian penyakit jantung koronari berkurang sebanyak 50%; dalam masa 5-10 tahun, kadar mungkin mencapai tahap yang sama dengan orang yang tidak merokok. Keadaan pesakit jantung koronari boleh menjadi teruk dan mendapat angina pektoris jika mereka masih merokok. Merokok merupakan tabiat yang buruk. Bagi orang yang tidak merokok tetapi berada dalam sebuah bilik penuh dengan asap rokok, ketumpatan CO (karbon monoksida) dan nikotina dalam darahnya akan meningkat. Ini dikenali sebagai perokok pasif. Merokok merupakan salah satu faktor yang paling merbahaya menyebabkan penyakit jantung koronari di dunia. Tetapi, sesetengah kajian mengatakan bahawa tiada perbezaan kadar penyakit jantung koronari antara perokok dengan bukan perokok. Kami mengesyorkan kepada orang yang merokok supaya mengambil Tasly Kapsul Danshen Plus untuk suatu jangka masa yang panjang. Ini merupakan satu kaedah berkesan bagi mereka yang berisiko tinggi menghidapi penyakit jantung koronari.

11) Faktor yang menyebabkan Penyakit Jantung Koronari

  • Tekanan Darah Tinggi

Siasatan umum di China menunjukkan bahawa 75% pesakit jantung koronari juga merupakan pesakit tekanan darah tinggi. Manakala, kejadian penyakit jantung koronari dalam kumpulan yang tekanan darahnya melebihi 160/95mmHg adalah 5 kali ganda lebih tinggi daripada orang biasa. Tambahan pula, tekanan arteri meningkat bagi pesakit tekanan darah tinggi, ini juga boleh mencederakan dinding vaskular dan mempercepatkan proses aterosklerosis. Untuk mencegah aterosklerosis, adalah penting untuk mengawal tekanan darah tinggi.


12) Faktor yang menyebabkan Penyakit Jantung Koronari

  • Obesiti

Kejadian penyakit jantung koronari adalah 5 kali ganda lebih tinggi bagi orang yang obesiti. Obesiti merujuk kepada orang yang berat badannya lebih daripada 120% mengikut standard. Berat badan (kg) yang standard sama dengan ketinggian (cm) ditolak 105. Obesiti disebabkan oleh pelbagai faktor. Ramai penyelidik bersetuju di mana penyebab utama adalah terlalu tingginya kandungan kalori dalam makanan dan kekurangan senaman. Warisan atau keturunan juga merupakan satu faktor kepada obesiti. Orang yang obesiti biasanya juga mempunyai paras lipid darah yang tinggi, tekanan darah tinggi dan toleransi-gula yang rendah, dimana semua ini akan menyebabkan aterosklerosis. Senaman dan diet yang sihat merupakan cara yang baik untuk mengurangkan berat badan.

13) Bagaimana untuk mengawal berat badan secara saintifik dan berkesan?  

Jika kalori adalah lebih daripada permintaan kehidupan harian, kalori yang berlebihan itu akan bertukar menjadi lemak simpanan. Dalam keadaan normal, secara umumnya, bagi kerja rumah atau kerja yang perlu berfikir banyak, satu kilogram berat badan memerlukan 35 kcal setiap hari; dan bagi seorang pekerja buruh, 40-50 kcal adalah diperlukan; ini akan berkurangan sedikit demi sedikit dengan peningkatan umur. Orang yang berumur 51-60 tahun memerlukan 80% daripada tenaga yang disebut di atas; umur 60-70, 70%. Setiap gram bijirin boleh membekalkan 4 kcal; setiap gram protein, 4 kcal; setiap gram lemak, 9 kcal. Cara pemakanan perlulah seimbang – 20% kalori dibekalkan oleh protein, 20% daripada lemak, 50-60% daripada bijirin dan harus mengurangkan pengambilan gula. Cara dietetik yang paling baik ialah makan banyak kali tetapi setiap kali memakan kuantiti yang sedikit. Tidak disarankan untuk makan terlalu banyak dalam sekali. Rajin bersenam juga boleh membantu mengurangkan berat badan. Kaedah yang paling baik ialah kombinasi antara diet dan senaman yang secukupnya, nasi antara diet dan senaman yang secukupnya.

14) Faktor yang menyebabkan Penyakit Jantung Koronari

  • Penyakit Kencing Manis (Diabetes)

Diabetes boleh meningkatkan kejadian penyakit jantung koronari. Di antara orang yang rendah toleransi-gula, kadar kejadian penyakit jantung koronari pada lelaki adalah satu kali ganda lebih manakala bagi perempuan adalah 3-4 kali ganda lebih. Jika ditambah pula dengan tekanan darah tinggi, kadar kejadian penyakit jantung koronari akan meningkat dengan nyata. Terdapat pelbagai sebab yang menyebabkan kadar kejadian penyakit jantung koronari tinggi di kalangan pesakit diabetes, tetapi sebab yang utama ialah lipodistrofi, iaitu peningkatan paras trigliserida dan kolesterol. Dianogsis awal diabetes dan rawatan yang berkesan dapat mengawal atau mencegah penyakit jantung koronari, Danshen Plus berkesan terhadap diabetes dan yang paling penting ialah ia dapat melindungi saluran darah dan saraf.

15) Angina Pektoris

Pengaliran darah arteri koronari bagi orang yang normal boleh meningkat atau menurun bergantung kepada aktiviti fizikal yang berat ataupun ringan. Pengaliran darah dalam arteri koronari adalah 6-7 kali ganda lebih tinggi semasa aktiviti fizikal berbanding dengan keadaan berehat. Apabila sebahagian daripada arteri koronari menjadi sempit disebabkan oleh plak ateroma, pengaliran darah di bahagian ini menjadi terhad. Jika bahagian yang sempit ini kurang daripada 50% daripada seluruh saluran darah, ia masih boleh membekalkan keperluan oksigen kepada otok kardiak semasa melakukan aktiviti fizikal. Jika bahagian sempit melebihi 75% semasa aktiviti fizikal yang hebat, pengaliran darah tidak dapat memenuhi peningkatan keperluan oksigen oleh otot kardiak dan miokardial anoksia berlaku dengan kesakitan. Terdapat korelasi positif antara intensiti aktiviti fizikal yang menyebabkan angina pektoris dengan penyempitan kaviti (stricture) tersebut. 

Sekiranya angio-spasme (kekebasan saluran darah) berlaku bersama plak, 'stricture' akan bertambah teruk dan pengaliran darah di dalam arteri menjadi perlahan buat sementara. Ini boleh menyebabkan angina pektoris pada tahap malar (rehat). Intensiti yang menyebabkan angina pektoris boleh menjadi tinggi atau rendah. Kadang-kala aktiviti-aktiviti yang perlahan seperti stimulasi sejuk pada waktu pagi juga boleh menyebabkan angina pektoris.Secara ringkas, angina pektoris ialah satu simptom bagi miokardial anoksida yang disebabkan oleh pengaliran darah yang tidak dapat memenuhi keperluan metabolisme otot jantung.

16) Rasa sakit apakah di bahagian dada merupakan tanda Angina Pektoris?

Angina pektoris adalah suatu rasa yang subjektif. Jika kesakitan terasa di bahagian belakang tulang dada, atau kesakitan ketat di sebelah kiri dada dan merebak ke bahagian kiri leher dan bahu atau kesakitan dalaman pada lengan kiri selama 5-10 minit, dan jika kesakitan ini disebabkan dengan aktiviti fizikal, stimulasi sejuk atau makan terlalu banyak, selalunya berlaku pada waktu pagi, dan akan hilang setelah berhenti aktiviti tersebut, kemungkinan berlaku angina pektoris adalah lebih daripada 90%.

Tetapi doktor tidak boleh membuat diagnosis apa yang diperkatakan oleh pesakit, jika tidak, akan membuat diagnosis yang salah.

Adalah tidak boleh dikatakan seseorang itu mengidap penyakit jantung koronari sehingga dibuktikan terdapat miokardial iskemia, atau penyempitan arteri koronari. Berdasarkan bukti yang objektif mengenai miokardial iskemia, diagnosis untuk CHD boleh dibuat bagi kes yang tidak tipikal.

17) Mengapakah angina pektoris selalu muncul bersama hiperfagia (mengambil terlalu banyak makanan)

Untuk menghadam makanan berlebihan, usus perlu menggeliang-geliut lebih dan merembeskan lebih banyak jus penghadaman, ini memerlukan peningkatan bekalan darah kepada saluran gastrointestinal, maka jantung perlu meningkatkan pengeluaran kardiak dan penggunaan oksigen oleh otot kardiak juga akan meningkat. Pada masa ini, jika masih makan banyak makanan yang berlemak tinggi, lipid dalam darah dan kelikatan darah akan meningkat. Ini memudahkan pembentukan mikro-trombus yang akan menyebabkan angina pektoris.

18) Infarksi Miokardial

Infarksi miokardial merujuk kepada penghalangan pengaliran darah dalam arteri koronari yang tidak normal. Bekalan darah berkurangan dengan banyak menyebabkan miokardial iskemia yang serius, akhirnya membawa kepada nekrosis iskemia pada miokardium (lapisan dinding jantung yang sederhana tebal dan paling tebal yang terdiri daripada otot jantung).

19) Penyebab infarksi miokardial

Dalam kebanyakan kes, infarksi miokardial adalah disebabkan oleh bekuan darah dalam arteri koronari. Pembentukan bekuan darah adalah disebabkan oleh aterosklerosis. Infarksi miokardial mempunyai subjenis yang berlainan berasaskan sebab yang nyata, ciri-ciri patologi, ciri ECG, dan simptom-simptom klinikal. Setiap subjenis infarksi miokardial mempunyai ciri-ciri khusus yang nyata, tambahan kepada simptom umumnya.

20) Simptom yang biasa terdapat pada infarksi miokardial

Pesakit dengan infarksi miokardial selalunya menghadapi kesakitan yang teruk dan berterusan pada belakang tulang dada. Simptom lain termasuk demam, sel darah putih berlebihan; bacaan ECG yang tidak normal menandakan kerosakan miokardial akut, iskemia dan nekrosis pada otot jantung. Kadang-kala juga menghadapi denyutan jantung yang tidak normal, kejutan atau kegagalan jantung berfungsi. Oleh itu, infarksi miokardial merupakan penyakit jantung koronari yang serius.

21) Ciri-ciri infarksi miokardial pada orang tua

Infarksi miokardial pada orang tua selalunya berlaku tanpa kesakitan yang nyata pada bahagian dada, malah tiada rasa sakit langsung. Sebaliknya, mereka sentiasa berasa sesak pada dada, palpitasi, sesak nafas atau tekanan darah rendah, berpeluh sejuk, kesejukan pada tangan dan kaki. Kadang-kala berasa tidak senang pada bahagian tengah badan, sakit, rasa loya, bersama dengan simptom seperti sakit tekak, bahu, belakang badan dan nyanyuk. Jika seseorang tua itu mempunyai salah satu simptom atau lebih seperti yang disebut di atas, mereka harus berhati-hati kerana kemungkinan besar akan mendapat infarksi miokardial.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan rawatan Pemeriksaan Mikrosirkulasi Darah tersebut boleh mengunjungi pusat rawatan di alamat berikut :

PUSAT RAWATAN MADINATUL ASRAR (Co.No:75202)
Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D
No.1, Taman Sendayan Indah,
Jalan Depo, 93050 Petra Jaya Kuching, Sarawak. Malaysia
Handphone: 0128802035 (Super Hotline)