Laman Utama
Terapi Pusat Rawatan Madinatul Asrar

KURSUS REFLEKSOLOGI TANGAN MADINATUL ASRAR

Setiap Manusia pasti tidak lepas dari pelbagai jenis penyakit, dan berbagai cara juga digunakan untuk mengatasi penyakit tersebut. Walaupun kini ilmu perubatan semakin maju dan canggih, namun masih tetap ada penyakit yang belum dapat dikesan punca dan cara-cara penyembuhannya.

Pada zaman dahulu tidak ada peralatan dan ubat-ubatan seperti yang terdapat sekarang ini. Namun manusia waktu itu ternya mempunyai ilmu perubatan tertentu bagi mengatasi pelbagai penyakit pada masa tersebut.

Salah satu cara perubatan tradisional adalah dengan kaedah Refleksologi yang mana terkenal pada masyarakat di negara China. Namun ilmu perubatan seperti ini tidak berkembang kerana masyarakat disana sememangnya terkenal dengan sifat suka menyimpan rahsia apa sahaja perkara.

Hanya pada puluhan tahun dahulu cara perubatan ini tersebar kemerata dunia. Ini adalah kerana cara perubatan Refleksi ini adalah selamat dan mudah tanpa perlu mengambil ubat dan sebagainya, dan juga amat sesuai kepada pelbagai golongan tua, muda serta peringkat bayi.

Panduan mudah Refleksi Tangan ini dikeluarkan adalah bagi membantu mereka yang sangat memerlukan dan bertujuan memberi sumbangan kepada masyarakat dengan kaedah yang sangat berkesan ini. Refleksi Tangan ini adalah sangat mudah dilakukan walaupun pada anggota badan sendiri. INSYA ALLAH .

Tahukah anda  bahwa kaedah refleksologi Tangan amat berkesan untuk penyembuhan penyakit dan pemuliharaan kesihatan bila dilakukan oleh mereka yang mahir dalam bidang ini?

Kalau dilakukan oleh seseorang itu dengan teratur semasa sehat ia akan mengelakkan seseorang itu dari terkena penyakit, terutama sakit-sakit kronik seperti; darah tinggi, stroke, kencing manis, gout, jantung, sakit ginjal dan sebagainya. Kalau dilakukan pula oleh mereka yang sakit, maka kaedah refleksologi akan boleh secara perlahan-lahan menyembuhkan kembali penyakit tersebut.

BETULKAH DAN BAGAIMANA CARANYA?

Ketahuilah bahawa sebarang penyakit kronik tidak akan dihidapi oleh seseorang itu selama darahnya berjalan dengan baik dalam tubuh.

Kerana selama darah lancar dalam tubuh maka penghantaran oksigen dan zat-zat pemakanan akan berjalan dengan sempurna di setiap sel dalam tubuh akan dapat oksigen dan pemakanan yang cukup.

Ini semua boleh berlaku bila organ buah pinggang berfungsi dengan sempurna, kerana fungsi utamanya adalah menapis darah dan membuangkan semua kekotoran dalam darah melalui kencing. Bila ini berlaku darah akan tetap bersih dan kesihatan akan berkekalan.

Ertinya bila seseorang itu telah mengalami penyakit kronik, ini bermakna fungsi organ buah pinggangnya sudah mula menurun. Kekotoran yang seharusnya terbuang 100% dari tubuh melalui kencing mungkin akan tertinggal sebahagiannya dalam tubuh, kotoran ini akan mula terakumulasi sedikit demi sedikit yang lama  kelamaan akan bertambah banyak jumlahnya dan mula menumpuk dibahagian-bahagian tertentu dalam tubuh, bila jumlah yang menumpuk tadi sudah semakin banyak maka disitu akan berlakulah penyakit.

Bila kekotoran/toksit banyak menumpuk di pinggang seseorang itu akan sakit pinggang, bila toksit banyak menumpuk di lutut maka seseorang itu akan sakit lutut, bila banyak menumpuk di kepala maka seseorang itu akan sakit kepala, darah tinggi, stroke, mudah mengantuk dan sebaginya.Lagi terganggu fungsi buah pinggang maka semakin banyaklah toksin yang tak terbuang dan semakit banyaklah pulalah penyakit.

SUSAHKAN UNTUK MAHIR REFLEKSOLOGI?

Tidak! Dengan mengikuti kursus yang kami tawarkan anda akan mendapati bahawa untuk mahir dalam refleksologi adalah sesuatu yang tidak susah, asalkan anda berkemahuan. Kami telah memilihkan kaedah yang paling mudah untuk anda fahami dan kuasai.

Mungkin susah untuk anda  percayai bahawa  murid kami yang baru belajar intensif selama beberapa hari telah berani membuka klinik refleksologi dan berhasil membantu banyak pesakit yang sudah lama menderita sakit kepala, sakit pinggang, sakit lutut,kencing manis dan sebagainya. Tahniah kepada mereka semua kami ucapkan. Juga terima kasih atas saudara mara dan kawan-kawan yang anda hantar untuk berkursus dengan kami.

MUNGKIN ANDA SUDAH PERNAH BELAJAR SEBELUM INI DAN SUDAH HABIS BERIBU RINGGIT NAMUN TIDAK JUGA MAHIR?

Memang banyak juga yang begitu, menjanjikan yang manis-manis namun hasilnya mengecewakan. Apapun anda lupakan sajalah hal itu. Bukalah lembaran  baru  yang akan memberikan sinar, harapan dan kenyataan yang positif dalam hidup anda. Jaminan kami adalah untuk memberikan yang terbaik yang kami ada untuk anda. Keyakinan kami adalah sebagaimana yang diucapkan oleh Imam Ali Bin Abi Thalib Karamallahu Wajhah bahawa ilmu itu akan bertambah bila diajarkan dan juga Hadis Qudsi  yang bermaksud;

"Kasihilah yang dibumi niscaya Yang dilangit akan mengasihi kamu."

APA MANFAAT YANG AKAN ANDA DAPAT DARI KURSUS INI?

Manfaat yang paling besar adalah anda akan boleh menjadi pomen kepada tubuh anda sendiri dan keluarga, dapat mengekalkan kesihatan sambil menonton TV atau berbual mesra dirumah sendiri.

Menjimatkan banyak masa dan duit, anda tidak perlu ke hospital sebab anda sihat, sedangkan hospital ditubuhkan adalah untuk orang-orang sakit. Juga dapat membantu orang lain, seperti saudara mara, kawan-kawan serta jiran tetangga.

Juga amat lumayan untuk mendapatkan sumber pendapatan tambahan dan sepenuh masa. Juga amat sesuai untuk anda yang telah bersiap sedia untuk pencen namun belum tahu apa yang harus dilakukan setelah pencen nanti, kursus refleksologi akan memberikan peluang yang cukup baik untuk anda setelah pencen; badan anda akan sentiasa sihat, orang sakit boleh anda bantu serta poket anda akan penuh. Duit pencen insya Allah tak akan terusik.

SIAPAKAH YANG PERLU IKUT KURSUS INI?

Kursus ini terbuka kepada:

Anda yang ingin menceburi bidang ini, sama ada spenuh atau separoh masa.

Pengamal-pengamal perubatan, sama ada moden atau tradisional.

Tukang urut tradisional. Sangat baik untuk meng-up grade-kemampuan serta minda anda dalam melayani pesakit. Anda akan dapat ilmu serta kemampuan yang amat baik; ketahuilah dengan menggabungkan urut tradisional dan refleksologi akan mendatangkan kesan yang berganda untuk pesakit anda.

Setiap anda yang berminat dengan kaedah ini.

Anda yang mendambakan sihat sampai ke hari tua.

SUBJEK MODUL REFLEKSOLOGI

Pengenalan

Apakah Maksud Daerah Refleksi

Panduan Mengurut/memicit

Tempoh Masa Mengurut/memicit

Kesan-kesan Yang Akan Berlaku

Perhatian

Organ Reproduksi, Haid Tidak Teratur, Senggugut, Sakit Buah Zakar, Lemah Syahwat.

Kencing Manis

Darah Tinggi, Batu Karang, Susah Kencing

Sakit Jantung

Sakit Tulang, Sakit Sendi

Sakit Mata

Sakit Telinga

Sistem Pernafasan

Kulit

Sakit Gigi

Buku ini disediakan setelah mengambil beberapa kajian dari pengalaman saya sendiri (Dr.Rizal) merawat pesakit melalui urutan refleksologi tangan, dan dari pelbagai sumber rujukan yang telah diringkaskan mengikut penyakit yang sangat kerap diadukan kerana terbukti berkesan setelah diamalkan oleh pesakit yang merupakan rakan dan saudara terdekat yang ingin mengetahui kesan pemulihan dengan berpandukan refleksi ini. kerana minat yang mendalam dalam hal kesihatan, saya ingin berkongsi pengalaman disamping itu juga dapat menyumbangkan sesuatu kepada rakyat Malaysia. Insya Allah,saya akan membuat buku baru berkaitan refleksologi tangan,urutan tradisional melayu,urutan jawa,urutan tradisional Thai,akupressur,dan banyak lagi dari masa ke semasa.Terima Kasih .

YURAN KURSUS REFLEKSOLOGI : RM150

* Yuran kursus ini termasuk

Akuan Ijazah
2 Manual Lengkap Berwarna Program Refleksologi Tangan Madinatul Asrar
VCD Tutorial