Laman Utama
Terapi Pusat Rawatan Madinatul Asrar

KURSUS DIAGNOSIS HOLOGRAM MERIDIAN DETECTOR MADINATUL ASRAR

Pengajian Jarak Dekat (PJD) / Pengajian Jarak Jauh (PJJ)

Bekerja sebagai konsultan kesihatan dan ahli perubatan pelbagai penyakit sistem rawatan alternatif ini, tugasnya adalah sangat mudah, iaitu memeriksa kesihatan seseorang secara menyeluruh dengan cepat dan merawat / mengubati berbagai penyakit yang mungkin ditemui dalam pemeriksaan itu.

Termasuk penyakit-penyakit yang sedang berkembang atau penyakit-penyakit yang belum dirasakan dalam keadaan masih awal, termasuk penyakit-penyakit fizikal badan, emosi, kejiwaan,kebijaksanaan dan cita-citanya.

Income / pendapatan adalah berupa fee untuk general check-up / pemeriksaan pantas itu, pada saat ini RM50-RM120 per pelanggan (termasuk minimum 50-hal tentang keadaan dan fungsi organ-organ dan sitem tubuh lain. Waktu 20-30 minit selesai, langsung dapat hasilnya ini cara-cara rawatan / perubatan penyakit-penyakit yang ditemui).

Ditambah dengan keuntungan ubat-ubat yang digunakan dalam rawatan / perubatan penyakit-penyakitnya. Kalau anda rajin, serius, tekun dan penuh disiplin menjalankan perniagaan ini seperti menggeluti usaha-usaha lain pada umumnya, dapat pelanggan rata-rata 3-orang saja satu hari, maka diharapkan income / pendapatan satu bulan akan jauh melebihi rata-rata am.

Oleh kerana itu, kami menyarankan anda untuk tidak lagi mengimpikan untuk bekerja sekadar makan gaji, tetapi sudah masanya untuk berkiprah sebagai seorang yang bekerja / usaha sendiri, yang mengasyikkan dan berpendapatan lumayan, selama hidup selagi anda mahu, tanpa ditakuti masa bersara.

Fee tersebut sangat bersaing jika dibandingkan dengan kos check-up melalui cara-cara biasa. Kalau dengan cara-cara biasa, mungkin akan menelan belanja 15-kali ganda atau lebih dan memakan masa minimum 3-hari atau lebih.   Hal-hal lain yang menguntungkan pelanggan adalah, sebahagian yang kita check melalui sistem HMD ini, tidak boleh / sukar dilakukan melalui cara-cara biasa.

Kemudian, selama 1-3 bulan ke depan untuk memantau perkembangan pemulihan penyakit dan untuk memberikan bimbingan yang tepat bagi pelanggan-pelanggan dalam usaha mendapatkan kesembuhan.

Timbul soalan: Siapa yang bakal jadi pelanggan???

Ooohh ..   tentunya sangat banyak ...   Sekarang ini banyak sekali ragam penyakit yang tidak boleh selesai dengan cara-cara biasa.

Mungkin anda pernah mendengar, atau malah pernah mengalami sendiri, atau ahli keluarga atau teman dekatnya, yang merasa sakit, tetapi setelah diperiksa melalui cara-cara biasa, maka ditemui semuanya baik-baik sahaja tidak ada kelainan .........   Kenapa begitu ?????

Tentu ada hal-hal yang tidak boleh diperiksa melalui cara-cara biasa.   Jadi di sinilah keunggulan sistem " HOLOGRAM MERIDIAN DETECTOR MADINATUL ASRAR " ini, boleh mengetahui pelbagai perkara yang sukar seperti itu.

Kemungkinan dengan cara cara-cara biasa, ada limit-limit minimum tertentu yang tidak dikesan. Umpamanya, pada keadaan sesuatu organ belum terjadi kerosakan yang berat, maka kalau diperiksa dengan cara-cara biasa akan sukar mencari kelainannya, padahal sudah menimbulkan gejala tidak selesa bagi orang berkenaan.

Contohnya, seseorang yang terkena gangguan liver (hati), dengan cara-cara biasa baru boleh diketahui setelah ada gejala berat atau pada peringkat kerosakan tertentu secara minimum.

Melalui pemeriksaan dengan sistem " HOLOGRAM MERIDIAN DETECTOR MADINATUL ASRAR ", baru saja mulai terjadi penurunan fungsi hati, kerana endapan toksin berupa kimia-kimia yang termakan secara tidak sengaja melalui makanan-makanan yang mengandungi zat pengawet, zat pewarna dan lain-lain, atau kerana ubat-ubatan yang pernah diambil berlebihan atau kerana gangguan sangat ringan saja, sudah boleh diketahui. Ada juga umpamanya, terjadinya seseorang menderita penyakit diabetes (kencing manis), dengan cara-cara biasa baru boleh diketahui selepas kadar gulanya sudah nyata tinggi.Dengan pemeriksaan sistem HOLOGRAM MERIDIAN DETECTOR MADINATUL ASRAR , jauh sebelum terjadinya kenaikan kadar gula darah seseorang, baru pada keadaan berlakunya penurunan fungsi pankreas sahaja sudah boleh diketahui, yang mungkin akan menyebabkan terjadinya diabetes pada kemudian hari.

Jadi kalau pada keadaan begitu sudah dilakukan perubatan, maka boleh berharap akan terhindar dari penyakit liver yang sebenarnya atau penyakit diabetes (kencing manis) belakang hari.   Banyak lagi contoh-contoh serupa yang ditemui dalam amalan sistem " HOLOGRAM MERIDIAN DETECTOR MADINATUL ASRAR ".

Sekarang ...   itulah peluang ...   Apalagi masyarakat sudah semakin menyedari akan pentingnya kesihatan, sehingga walaupun belum ada penyakit, orang ingin tahu keadaan kesihatannya sehingga ingin melakukan pemeriksaan.

Sehingga dengan itu, boleh diharapkan yang menjadi pelanggan perkhidmatan sistem " HOLOGRAM MERIDIAN DETECTOR MADINATUL ASRAR " ini, bukanlah hanya orang-orang yang sudah sakit saja, tetapi juga orang-orang yang ingin kelihatan / merasa hidup sihat, ingin mengetahui keadaan kesihatannya sendiri dan keluarganya dari masa-kewaktu secara rutin berkala, dan ingin mengubati pelbagai penyakit pada waktu masih ringan agar dapat terhindar dari penyakit-penyakit berat dibelakang hari.

Hal begitu, sudah dibuktikan oleh banyak alumni latihan dengan kami diberbagai bandar dan daerah, dengan income yang lumayan.

Peluang terbuka untuk umum, lelaki / wanita dewasa dari pelbagai peringkat / jenjang pendidikan / pengalaman dan latar belakang kehidupan sosial.Tidak ada yang harus dikhuatirkan. Tidak usah ragu-ragu. Mari akan menyertai, anda tidak sendiri, tetapi sudah banyak teman yang menggeluti ini.

Bukan MLM, bukan urut, bukan magic / klenik.   Semuanya berupa penggabungan ilmu pengetahuan dan teknologi yang moden tetapi simple / sederhana yang mudah, boleh dipelajari dan mudah pula mempraktikkannya.Berguna untuk penyelenggaraan kesihatan sendiri dan keluarga, dan juga untuk mendapatkan pendapatan.

Mari ikuti pelatihannya secara intensif selama 1 hari ataupun cukup mengikuti pengajian jarak jauh untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran yang sangat berguna ini, untuk mengesan dan rawatan awal.   Diberikan bimbingan jangka panjang kalau diperlukan.

Penting untuk diperhatikan !!!!!

Hal-hal yang dijelaskan di dalam laman web TerapiOtak4u.com ini, bukanlah bertujuan untuk menggantikan ubat-ubatan atau cara-cara perawatan dan nasihat-nasihat lain yang dianjurkan oleh doktor anda.Tetapi ini hanyalah merupakan maklumat sahaja bahawa ada pengetahuan lain tentang penyelenggaraan kesihatan dan rawatan berbagai penyakit di luar perubatan. Jadi fahamilah dan pertimbangkanlah terlebih dahulu sebelum anda bersetuju, sesuai liputan fikiran, logik dan pengetahuan anda.

KESEMBUHAN BERGANTUNG KEPADA BEBERAPA FAKTOR UTAMA :

SPIRITUAL : 50%

MENTAL : 20%

EMOSIONAL : 20%

FIZIKAL : 10%

Firman Allah di dalam Surah Al-Insyirah ayat 5-8 :

"Sesungguhnya disamping kesukaran ada kemudahan. Sesungguhnya disamping kesukaran ada kemudahan. Apabila engkau telah selesai (mengerjakan sesuatu pekerjaan maka bersusah payahlah mengerjakan yang lain. Dan kepada Tuhanmu berharaplah."

Doa adalah senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya langit dan bumi. (Abu Ya'la dan Al-Hakim)

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Dan sesungguhnya doa itu memberi manfaat kepada yang telah diturunkan dan kepada yang belum diturunkan. Dan tidak ada yang dapat menangkis ketetapan Allah kecuali doa, sebab itu berdoalah kamu" (Riwayat : Al-Tarmizi)

Firman Allah S.W.T : Surah Fushilat : 53

” KAMI AKAN MEMPERLIHATKAN KEPADA MEREKA TANDA KEBESARAN KAMI DISEGENAP PENJURU DAN PADA  DIRI MEREKA SENDIRI , SEHINGGA JELASLAH BAGI MEREKA BAHAWA AL QURAN ITU ADALAH BENAR. TIDAK CUKUPKAH BAGIMU TUHANMU MENJADI SAKSI ATAS SESUATU.”

Dari mana datangnya penyakit? Hadis Rasulullah mengatakan punca penyakit adalah disebabkan oleh ketidak seimbangan racun, suhu dan angin yang akhirnya akan menyebabkan kepada kelemahan organ.

Ada pelbagai cara mendiagnos penyakit,antaranya ialah:

Tapak tangan

Nadi

Anak mata

Lidah

ILMU SAINTIFIK MENGANALISIS PENYAKIT MELALUI TAPAK TANGAN

Cara hidup negatif yang kita amalkan seringkali membawa kepada pelbagai jenis penyakit. Fungsi badan kita adalah dipengaruhi dengan pelbagai faktor luaran yang mengakibatkan ketidakharmonian kesihatan sepanjang masa.

Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak boleh ditentukan oleh banyak kemudahan perubatan sungguhpun badan kita telah pun dijangkiti dengan beberapa jenis penyakit. Tanda-tanda timbul pada saat-saat akhir dan ia adalah terlalu lewat untuk mengubati penyakit secara keseluruhannya.

Lazimnya,seorang doktor Perubatan Cina Tradisional menyifatkan punca kebanyakan penyakit adalah kerana Penyakit Enam Iklim dan Tujuh Emosi. Penyakit Enam Iklim merujuk kepada Angin,Kesejukan, Kepanasan,Kelembapan,Kekeringan,Kehangatan Musim Panas dan Api, dimana ia dikuasai oleh keadaan meteorology, musim dan cuaca; ia mempengaruhi tenaga (‘Qi') yang mengimbangkan tubuh manusia. Tujuh emosi pula merujuk kepada kegembiraan,kemarahan,kebimbangan, kesedihan, ketakutan dan kepiluan; dimana emosi-emosi ini adalah dianggap sebagai punca utama penyakit dalaman.

Penyakit yang diakibatkan oleh Enam iklim adalah kebanyakannya berkaitan dengan musim-musim atau kediaman persekitaran, contohnya penyakit angin dimusim bunga, penyakit kehangatan di musim panas dan awal musim luruh,penyakit kekeringan di musim luruh, penyakit kesejukan sepanjang musim dingin. Penyakit-penyakit ini boleh menjangkiti badan kita melalui liang-liang pori kulit dan lubang hidung dan mulut, dimana ia dikenali sebagai penyakit jangkitan luaran. Cara jangkitan penyakit-penyakit melalui Tujuh Emosi adalah berbeza dengan enam iklim. Aktiviti-aktiviti emosi secara langsung akan membawa kepada kecederaan kepada organ-organ dalaman dan membuka jalan kepada pelbagai jenis penyakit, dimana ia dikenali sebagai penyakit tanpa punca. Sebagai contoh, hati adalah berhubung dengan kemarahan, jantung berhubung dengan kegembiraan,limpa kepada kebimbangan, paru-paru kepada kesedihan dan buah pinggang kepada ketakutan.

Penyakit Enam Iklim dan Tujuh Emosi membawa pelbagai penyakit, perubahan patologi dan juga kemerosotan badan. Kehidupan harian kita adalah dipengaruhi oleh penyakit Enam Iklim dan Tujuh Emosi setiap saat, maka, badan kita dengan mudahnya boleh diancami dengan penyakit-penyakit pada bila-bila masa. Tambahan pula, selain dari faktor-faktor luaran dan dalaman, terdapat juga faktor-faktor tambahan yang perlu diambil perhatian dalam pengakibatan penyakit seperti cara pemakanan dan faktor-faktor cara hidup, dimana faktor-faktor tersebut tidak dapat kita elakkan. Kebanyakan orang cuba mempertingkatkan taraf hidup dan kesedaran kesihatan daripada konsep yang sama; Rawatan dan Penghindaran Penyakit.

HMD Anugerah Agung adalah direka dengan mengintergrasikan teknologi-teknologi maju dan teori kajian Bodily Holistic Meridian. Ia menggambarkan pathologi organ dalaman bersesuaian dengan meridian tertentu. Meridian berkenaan adalah dirangsangkan dengan menjalani sebuah ujian akupuntur elektrik, dan melegakan saluran-saluran di dalam badan keseluruhannya(iaitu meridian), mempertingkatkan pengaliran darah dan kadar metabolisme, termasuk juga menguatkan sistem ketahanan badan. Keberkesanan kelegaan kesakitan dan ketepatan dalam mengesan boleh mencapai sehingga 90% dan 95% masing-masing.

Penggunaan teknik HMD Anugerah Agung ini dalam jangka masa panjang boleh mengubati penyakit-penyakit, dan merangsangkan pengaliran darah dan kadar metabolisme di bawah kulit, dimana ia membantu untuk mengangkat dan melembabkan kulit muka. Tambahan pula, ia membantu untuk mengalirkan darah melalui meridian dan juga menggiatkan tenaga (‘Qi'). HMD Anugerah Agung dapat menentukan penyakit-penyakit secara langsung dengan diagnosis tapak tangan. Sangat rugi tidak mempelajarinya!Terbaru dan lain daripada yang lain!

DIAGNOSIS LIDAH

Lidah  adalah organ otot yang mempunyai fungsi berhubungan dengan fungsi menelan, rasa dan bercakap. Lidah juga suatu organ tubuh yang boleh berfungsi untuk mengetahui kesihatan seseorang dan menunjukkan keadaan air di tubuh. Boleh dikatakan bahawa lidah adalah cermin dari sistem pencernaan , dan gangguan fungsi lambung serta usus akan tercermin dari lidah.

Beberapa  perubahan karakteristik akan terjadi pada lidah jika kita terkena beberapa penyakit . Maka pemeriksaan pada lidah sangat penting kerana akan memberi beberapa petunjuk untuk diagnosa. Semua doktor akan memeriksa lidah dan memperhatikan perubahan pada ukuran, bentuk, warna, kelembaban, lapisan, gerakan, dll. Tujuannya adalah untuk menentukan jenis serta sifat penyakit dengan cara memperhatikan keadaan:Otot lidah : warna, bentuk dan gerakan,Selaput lidah : warna, tebal/tipis, bersih/kotor dan basah/kering

Dalam bahasa kedoktoran, lidah (dan semua yang menyangkut lidah) disebut  Lingual .

Lidah sebetulnya adalah kumpulan dari banyak otot. Dilihat dari ukurannya, otot lidah termasuk otot yang paling kuat pada tubuh kita. Otot-otot ini memiliki arah yang berbeza-beza, itu sebabnya lidah kita sangat fleksibel dalam bergerak ke segala arah. Otot lidah ada 2 jenis, otot intrinsik dan ekstrinsik. Otot intrinsik membuat kita mampu mengubah-ubah bentuk lidah (memanjang, memendek, membulat), sedangkan otot ekstrinsik lidah membuat lidah dapat bergerak mengelilingi rongga mulut dan faring.

Secara garis besar lidah dapat terbahagi menjadi 2 bahagian yaitu 2/3 depan (yang disebut apeks) dan 1/3 belakang (yang disebut  dorsum ).

Bahagian depan lidah sangat fleksibel dan bekerja sama dengan gigi dalam pengucapan huruf-huruf. bahagian tersebut juga membantu untuk menggerakkan makanan ke segala arah saat sedang mengunyah. Lidah juga mendorong makanan kembali ke permukaan kunyah gigi sehingga gigi dapat menggilasnya.

Bahagian belakang lidah juga penting untuk pengunyahan. Begitu makanan sudah halus dan tercampur dengan saliva (air liur), atau pada saat meludah, otot-otot belakang lidah bekerja. Otot tersebut bersama-sama air liur mengangkat dan mendorong makanan memasuki esofagus, iaitu “pipa” yang menghubungkan tenggorokan dengan perut.

Lidah Terikat ke Dasar Mulut.

Meski dapat bergerak bebas, lidah terikat ke dasar mulut. Cuba lihat ke cermin dan angkat lidah Anda, akan terlihat selapis tipis jaringan (yang dalam bahasa kedoktoran disebut  frenulum  ) yang menghubungkan lidah ke dasar mulut.

Permukaan Lidah Tidak Rata.

Jangan letakkan dulu cermin Anda. Sekarang perhatikan dengan seksama bahawa permukaan lidah tidak rata, bandingkan dengan bahagian bawah lidah yang sangat licin. Hal ini disebabkan kerana permukaan lidah bahagian depan tertutup oleh selapis tonjol-tonjol yang disebut  papillae .

Ada 4 jenis papillae, yaitu :

Filiform

Fungiform

Foliata

Vallatae --> papillae terbesar, ada di cekungan berbentuk V di 1/3 lidah bagian belakang.

Semua papilla tersebut memiliki kuncup pengecap, kecuali papilla vallatae yang hanya berfungsi untuk membantu “memegang” makanan).

Selain berfungsi sebagai kuncup pengecap, papilla juga membantu untuk “memegang” makanan.

Manusia terlahir dengan kurang lebih 10.000 kuncup pengecap. Namun seiring dengan bertambahnya usia, sebahagian kuncup pengecapnya mengalami atrofi /mati. 

Kuncup pengecap dapat membuat kita dapat menentukan apakah suatu makanan berasa manis, asam, pahit atau asin.

 

Bagaimana Lidah Dapat Menentukan Rasa?

Tiap kuncup pengecap tersusun dari sel-sel yang memiliki rambut berukuran mikro yang sensitif, disebut mikrovilli. Rambut-rambut super mini ini pada saat berkontak dengan makanan akan mengirimkan pesan ke otak, lalu otak akan menerjemahkan signal yang diberikan tersebut dan menentukan rasa dari makanan yang kita makan.

Ada beberapa hal yang dapat membuat reseptor kuncup pengecap menjadi kurang sensitif.

Bila kita mengemut ais batu sebelum makan, dinginnya ais dapat membuat kuncup pengecap menjadi kurang sensitif. Begitu juga kalau lidah kita terkena makanan yang terlalu panas, dapat menyebabkan ‘tongue burning' dan biasanya baru akan pulih dalam 1-2 hari.

Lidah yang kebersihannya tidak terjaga juga dapat menyebabkan kesensitifan lidah berkurang, kerana banyaknya plak yang terkumpul di permukaan lidah. Selain itu, produksi air liur yang berkurang dan menyebabkan keadaan mulut kering (xerostomia) juga membuat lidah tidak bekerja maksimum.

Saat kita terkena influensa, biasanya makanan apapun terasa hambar. Itu kerana lidah tidak bekerja sendirian. Proses pengecapan rasa tidak hanya digawangi oleh lidah tapi juga dibantu oleh hidung. Hidung membantu untuk pengecapan makanan dengan membauinya sebelum makanan dikunyah dan ditelan. Bau yang kuat dari suatu makanan dapat mempengaruhi kuncup pengecap.

Lidah Tidak Istirehat.

Tidak seperti kelenjar saliva yang “istirahat” pada saat kita tidur sehingga produksi saliva menurun, lidah tetap beraktiviti meskipun kita sedang tidur. Lidah mendorong saliva ke tenggorokan supaya boleh ditelan. Hal ini menguntungkan, kerana kalau tidak di bantal akan terbentuk pulau-pulau besar setiap kali kita tidur.

Jaga Keadaan Lidah.

Begitu besarnya manfaat dan fungsi lidah bagi kehidupan kita, sudah sepantasnya kita menunjukkan rasa terima kasih dengan menjaganya tetap sihat dan bersih. Caranya? Pada saat menyikat gigi, lidah juga harus ikut disikat. Sikat saja dengan sikat gigi yang biasa dipakai, namun dengan tekanan ringan. Jangan gunakan tekanan berlebihan kerana boleh menyebabkan luka. Lakukan dengan menggerakkan sikat dari bahagian belakang lidah ke bahagian depan secara perlahan. Bila belum terbiasa mungkin dapat menyebabkan timbul rasa ingin muntah, tapi lama kelamaan akan terbiasa. Hindari makanan yang super panas, kerana akan menyebabkan luka.

Penampilan lidah dalam keadaan yang tidak normal :

1) Pergerakan Lidah:

Pada kes kelumpuhan satu sisi tubuh (hemiplegia) lidah bergerak kearah sisi tubuh yang lumpuh saat dijulurkan

Lidah yang gementar menunjukkan penyakit seperti  tirotoksikosis , igauan tremens (delirium tremens) dan parkinson. Lidah yang bergetar juga ditunjukkan oleh pasien yang gugup.

Di dalam pembengkakan syaraf akan terjadi kelumpuhan pada lidah. Terkadang, lidah akan lemas dan tergeletak tak berdaya di lantai mulut. Keadaan ini berkaitan dengan menitisnya air liur dan hilangnya kemampuan bercakap.

Dalam chorea (gerakan ritmis tak disengaja), pasien tidak akan mampu menjaga lidah yang terjulur untuk diam, lidah akan terus bergerak diluar kemahuan penderita.

2) Kelembaban lidah

Kelembaban lidah menunjukkan indikasi tentang keadaan air tubuh. Kurangnya volume air dapat menyebabkan kegagalan organ peredaran darah yang ditandai dengan keletihan, rasa haus, kegelisahan, anoreksia, mual, muntah-muntah, lidah kering dan pecah-pecah. 

Kekeringan pada lidah menunjukkan hal-hal dibawah ini:

Cirit Birit

Mengalami kenaikan stadium pada penyakit yang parah

Uremia Lanjutan

Guncangan Hypovolumic

Kelelahan kerana panas

Hyponatraemia

Gangguan usus yang  akut

Kelaparan

Puasa berkepanjangan

3) Perubahan Warna Lidah

Sianosis pusat. Sianosis adalah warna membiru pada selaput lendir kerana berkurangnya jumlah   oksigen  dalam darah. Ini terlihat pada kegagalan jantung, kegagalan saluran pernafasan dan anoksia. Dalam sianosis, bibir menjadi biru pucat.

Jaundice (  penyakit kuning ). Ini adalah perubahan warna menguning pada seluruh selaput lendir pada tubuh (termasuk lidah) kerana meningkatnya bilirubun dalam darah. Jaundice terlihat pada   hepatitis , penyumbatan saluran hempedu, peningkatan kehancuran   sel darah merah , dll.

Uremia Lanjutan. Peningkatan urea dan limbah produk nitrogen dalam darah kerana gagal ginjal. Disini lidah menjadi coklat.

Keto Asidosis. Ini adalah asidosis dengan kumpulan keton tubuh, biasanya terlihat pada penderita  diabetes . Disini lidah menjadi coklat dengan bau keton yang khas dari mulut.

Kekurangan Riboflavin. Kekurangan  vitamin  B2 (riboflavin) membuat lidah berwarna coklat diiringi rasa sakit dan bibir pecah.

Kekurangan Niacin. Kekurangan   vitamin B3  (Niacin) dan   vitamin B kompleks lainnya menyebabkan lidah berwarna merah terang atau daging lidah memerah.

Anemia. Anemia adalah kurangnya persentase hemaglobin di dalam darah. Dalam Anemia yang parah, lidah menjadi pucat.

4) Lapisan pada lidah

Nafas berbau. Penyebab utama nafas berbau adalah terbentuknya lapisan pucat (bio film) pada lidah yang menjadi tempat berkumpulnya ribuan bakteria anaerobik yang memproduksi gas. Mereka yang mengeluh mempunyai nafas bau, mungkin pada lidahnya terdapat lapisan tebal di lidah bahagian belakang.

Demam tifoid . Saat  demam  tifoid, lidah menjadi putih seperti terlapisi bulu.

Kandidiasis . Adalah   infeksi  kerana jamur yang mempengaruhi permukaan lendir pada tubuh. Pada lidah akan terdapat pengelupasan luka berwarna putih.

Pada diabetes hypoadrealism juga akan terdapat pengelupasan luka berwarna putih.

Sifilis  sekunder. Sifilis adalah penyakit seksual menular yang disebabkan oleh infeksi trepenoma pallidum. Dalam tingkat sekunder, kita akan melihat bercak putih yang tidak sakit, plak putih yang dapat dikerok dengan mudah.

Leokoplakia. Bercak keratotik putih yang terlihat di lidah dan rongga mulut. Ini adalah kondisi pra  kanker .

AIDS . Di sini, kondisinya akan mirip dengan leokoplakia, namun berambut.

Peritonitis. Peritonitis adalah peradangan peritonium (lapisan dalam penutup rongga perut yang menutupi usus dan menjaga posisinya), pada kondisi ini akan terdapat bulu putih pada lidah.

Penyakit akut. Bulu-bulu juga akan terlihat pada beberapa penyakit akut.

5) Papilla.

Papilla adalah tonjolan-tonjolan kecil pada lidah yang berkaitan sebagai perasa. Ada berbagai jenis papillae pada lidah yang sihat. Dikeranakan oleh penyakit maka akan ada perubahan-perubahan sebagai berikut.

Lidah berambut.Kondisi ini dikarenakan oleh papillae yang molor yang disebabkan  kebersihan  mulut yang buruk dan gangguan pencernaan.

Lidah Geografis. Munculnya bercak merah dan putih. Bercak-bercak ini terlihat seperti peta. Penyebab utamanya belum diketahui.

Median Rhomboid Glossitis adalah kondisi dimana terdapat nodular merah yang halus pada garis tengah lidah. Ini adalah kelainan bawaan lahir.

Kekurangan  gizi . Pada kekurangan   gizi  akan terdapat glossitis (peradangan pada lidah) menyebabkan hypertrophy papillae yang diikuti   atrofi .

Benign Migratory Glossitis (Erythema Migrans).Adalah peradangan lidah dimana beberapa daerah dari papilla mengalami desquamation, muncul dipermukaan lidah dan berpindah-pindah dalam beberapa hari.

Kekurangan Thiamine dan riboflavin. Kekurangan   vitamin -vitamin ini akan menyebabkan hypertrofi filiform dan fungiform papillae.

Kekurangan   Niasin  dan zat besi. Dalam kondisi ini akan muncul atrofi papilla. Lidah yang halus ditemui pada kekurangan zat besi .

Kekurangan   Vitamin A  akan menyebabkan lidah berkerut.

Dalam Nutrisional Megaloblastik Anemia lidah menjadi halus

Kekurangan   Asam Folat . Disini macrositik megaloblastic anemia dengan glossitis akan terlihat.

Kekurangan Siano Cobalamine. Disini macrositik megaloblastic anemia dengan glossitis dan neuropati perifer (peripheral neuropathy) akan muncul.

Demam scarlet . Pada infeksi streptococcal ini, papilla dengan merah terang akan muncul dari bulu putih yang tebal, kemudian lapisan putih akan menghilang meninggalkan papilla yang membesar pada permukaan yang berwarna merah terang, dan ini disebut lidah strawberry

6) Borok pada lidah

Borok  Apthous. Borok berbentuk bulat dan terasa sakit akan muncul pada seseorang yang sering mengalami stres. Mungkin juga dikaitkan karena  alergi makanan. Tempat-tempat yang biasanya terserang adalah lidah, bibir, rongga mulut, dll.

Simplex. Adalah letusan vesikular akut yang disebabkan   virus herpes simplex. Saat vesikula pecah, maka akan menyebabkan borok.

Borok kerana   Kanser . Borok karena kanker mengalami tepi yang membalik.  Pendarahan  juga terjadi. Kanser lidah biasanya dialami oleh pengunyah tembakau.

Borok Sifilis. Retakan sifilis mengarah memanjang (longitudinal). Pada sifilis primer hal ini juga berpengaruh pada lidah. Pada sifilis sekunder beberapa borok terlihat di bawah permukaan dan samping lidah. Pada sifilis tertier, gumma mungkin terlihat pada garis tengah punggung lidah.

Borok Gigi.Borok ini disebabkan oleh pinggiran yang tajam dari gigi.

DIAGNOSIS WAJAH

Wajah dapat mencerminkan keadaan kesihatan seorang.

Tanpa kita sedari, ternyata hanya dengan membaca wajah, kita boleh mendiagnosis kesihatan, bukan bererti kita boleh mengubati.

Tetapi paling tidak kita dapat menjangka segala kemungkinan yang terburuk dalam mengatasi kesihatan kita.

Oleh kerana itu, dengan adanya diagnosis wajah ini, diharapkan boleh menjadi tambahan informasi buat kita semua.

Agar kita dapat lebih waspada dengan tanda-tanda yang ada di wajah kita supaya kita selalu sihat berterusan.

Kerana sihat itu sangat menyenangkan, kita dapat berfikir dan melakukan semua yang kita sukai asal kita sihat.

DIAGNOSIS NADI (PULSE)

Diagnosa penyakit melalui perabaan (palpasi) denyut nadi telah dilakukan manusia sejak zaman dahulu. Awalnya hanya pada leher,pergelangan tangan dan pergelangan kaki. Namun perabaan pergelangan tangan lebih sering digunakan dan berkembang hingga sekarang.

Nadi timbul akibat jantung mendorong darah didalam nadi, kerana itu gerakan nadi berhubungan langsung dengan jantung dan juga berhubungan dengan organ-organ yang lainnya,seperti paru-paru,limpa,lambung,hati dan ginjal.

Perubahan yang terjadi pada tubuh akan berpengaruh pada perubahan denyut nadi sekaligus memberikan gambaran terhadap keadaan tubuh dan kelainan yang terjadi. Nadi juga dapat memantau perkembangan penyakit. Nadi yang normal akan berdenyut antara 60-80 kali per minit atau sama dengan empat kali per setiap respirasi (satu kali menarik dan satu kali mengeluarkan udara). Denyutan nadi normal tidak terlalu mengambang dan tidak terlalu dalam, berdenyut tenang, bertenaga dan teratur.

Nadi yang tidak normal dikenal dengan nadi patologis (nadi yang memanifestasikan adanya suatu penyakit). Penentuan penyakit melalui denyut nadi ini didasarkan pada tingkat kelajuan (kecepatan), kedalaman dan kekuatan denyutan.

YURAN KURSUS HOLOGRAM MERIDIAN DETECTOR (HMD) : RM550

INFO TAMBAHAN Adalah tersangat baik jika HMD ini digabungkan dengan ilmu iridology, ilmu Applied Kinesiologi, Akupresur, Bekam, Ruqyah Syar'iyyah, Akupuntur Jarum dll untuk menambah pengetahuan dan kemahiran Anda dalam bidang konsultan Alternatif. Untuk mengetahui kursus-kursus lain, silakan menghubungi Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D (012-8802 035)