Laman Utama
Terapi Pusat Rawatan Madinatul Asrar

PROGRAM KURSUS BEKAM AL-HIJAMAH

PAKEJ TUTORIAL LENGKAP TERAPI HIJAMAH / BEKAM

Bekam atau hijamah bererti torehan darah. Dan dalam masyarakat Melayu, bekam lebih dikenal sebagai pembuangan darah. Dalam masyarakat Indonesia, terutama masyarakat Jawa lebih mengenalnya dengan nama ngekop (berasal dari bahasa Inggeris = cupping).

Dalam ilmu kedoktoran Islam, bekam tidak boleh sebarangan dilakukan. Bekam hanya boleh dilakukan pada pembekuan / penyumbatan dalam pembuluh darah, kerana fungsi bekam yang sesungguhnya adalah untuk mengeluarkan darah kotor dari dalam tubuh.

Bekam merupakan pengubatan yang dicontohkan oleh Rasulullah SAW. Dari Ibnu Abbas r.a. Rasulullah bersabda :

"Kesembuhan (ubat) itu ada pada tiga hal; dengan minum madu, pisau hijamah (bekam), dan dengan besi panas. Dan aku melarang ummatku dengan besi panas." (Hadis Bukhari).

Program tutorial / pembelajaran jarak jauh ( tidak perlu datang langsung ),dengan materi dan fasiliti sebagai berikut :

Fasiliti :

Satu set Alat terapi hijamah / bekam , Cupping isi 12 dengan kualiti profesional , lengkap dengan alat untuk membuat titik titik pengambilan darah kotor .

1 keping VCD yang berisi Tutorial tentang Program Terapi bekam dan tatacara melakukan terapi pengubatan .

Buku Panduan yang berisi detail tentang hal ihwal terapi hijamah , serta sunnah Nabi Muhammad SAW dalam menentukan waktu , hari dan titik titik yang boleh di lakukan terapi hijamah / bekam .

Dengan mengambil program ini , di harapkan setiap peserta akan langsung siap praktek dalam melakukan pengubatan terhadap berbagai penyakit , menggunakan Terapi Hijamah / Bekam .

MELAYANI PENGUBATAN DAN PELATIHAN BEKAM

DENGAN CARA SUNNAH NABI DAN KAJIAN ANATOMI MEDIK

UNTUK BERBAGAI JENIS PENYAKIT

Dalam sebuah hadis disebutkan bahwa bekam adalah pengubatan yang terbaik. Selama 14 abad umat Islam telah mendengar hadis ini namun kita masih belum memperoleh suatu titik temu antara maksud hadis dan kenyataan yang berlaku di tengah masyarakat. Hadis sudah pasti kesahihannya. Bahkan dalam ayat al-Quran disebutkan bahwa Nabi tidak berkata-kata mengikut kemauan hawa nafsunya tetapi ucapannya itu adalah wahyu  dari Allah. Lalu di mana salahnya?

Kenapa bekam yang dilakukan oleh kebanyakan kita tidak dapat menjadi yang terbaik dalam menyembuhkan berbagai macam penyakit? Kenapa masih banyak penyakit yang tidak boleh kita sembuhkan melalui bekam? Mengapakah kita yang telah mengetahui hadis ini mengabaikannya dan mecari kaedah perubatan yang lain yang kita sendiri telah mengetahui dengan pasti bahawa ianya mempunyai kesan sampngan yang amat besar?

Sehingga oleh kerana kesan sampingan yang besar itulah uji kajinya perlu dilakukan terhadap binatang, tidak kepada  manusia. Jawabannya adalah bahwa bekam yang kita lakukan masih jauh dari sasaran yang sebenarnya. Kerana banyaknya tukang bekam yang tidak cukup syarat, tidak ditunjang oleh ilmu yang memadai. Peralatan bekam pula kadangkala tidak disteril yang mana sekarang ini hal tersebut sangat-sangat diperlukan. Bahkan banyak diantara tukang bekam yang tidak tahu membezakan antara darah kotor dengan darah bersih. Inilah sebab utamanya mengapa masyarakat masih cenderung kepada kaedah perubatan yang lain dari pada berbekam.

Dengan itu kursus bekam yang kami adakan memberikan ilmu bekam yang Insya Allah terbaik dan pengetahuan yang benar tentang  seluk-beluk  serta penyebab penyakit, sehingga anda akan mengerti dengan sesungguhnya bahawa  bekam adalah kaedah yang terbaik untuk memulihkan berbagai-bagai penyakit dan tentunya anda boleh membuktikannya kepada diri anda sendiri, keluarga, selain juga untuk manfaat bagi orang lain.  Dengan mengikuti kursus bekam ini anda sudah pasti akan menjadi lampu penerang kepada kecelaruan masyarakat dalam memahami kaedah bekam yang sebenarnya.

Melalui kursus ini kami juga akan membuktikan kepada anda kebenaran hadis di atas serta pembuktiannya dari segi sunnah dan sains. Juga penerapannya dalam masyarakat, sehingga masyarakat akan lebih mudah memahami tentang makna sakit dan sihat serta untuk sembuh dari sakit itu adalah suatu hal yang sebenarnya lebih mudah dan sederhana, tidak berbelit-belit. Tidak mencemaskan dan menakutkan pesakit tapi menggembirakan pesakit dengan harapan yang logik dan akan mnjadi kenyataan, selain menjimatkan duit beribu bahkan berpuluh ribu ringgit, juga pasti ianya tiada kesan sampingan. Seorang pakar bekam dari Korea pernah menyatakan “Kalau kaedah bekam yang sebenarnya ini diamalkan oleh setiap keluarga di Korea, maka kita boleh mengurangkan kesesakan di hospital lebih dari 50%”. Ini juga akan berlaku dinegara-negara lain termasuk Malaysia, bila kaedah perubatan yang terbaik ini diamalkan sebaik-baiknya.

SIAPAKAH YANG PERLU IKUT KURSUS INI?

  1. Mereka yang ingin hidup dalam keadaan s i hat sampai ke hari tua.

  2. Mereka yang telah bosan bahkan mungkin juga putus asa dalam ber u bat. Bertambah tahun bertambah banyak penyakit dan bertambah banyak pula u bat yang perlu dimakan. Sedangkan kesembuhan yang dicari tak kunjung tiba. Ketahuilah! Sebenarnya penyakit anda susah sembuh k e r a na lari dari sunnah nabi dalam ber u bat.

  3. Mereka yang telah belajar atau jadi tukang bekam tapi kehilangan punca atau terkial-kial untuk menyembuhkan penyakit pesakit.

  4. Mereka yang melibatkan diri dalam perubatan bekam, sangat penting untuk anda ketahui dan amalkan.

  5. Mereka yang terlibat dalam perawatan kulit dan kecantikan. Ketahuilah bah a wa kulit akan cantik, jerawat, jeragat akan hilang apabila darah bersih. Bekam adalah kaedah terbaik untuk membersihkan darah.

  6. Tukang urut tradisional. Bila toksid sudah banyak dalam tubuh maka urutan yang dilakukan tidak akan  memberikan kesan yang sempurna. Mungkin akan memberikan kelegaan 2 atau 3 hari dan kemudian akan sakit lagi. Tapi apabila anda gabungkan dengan bekam, maka sudah pasti anda telah memberikan yang terbaik bagi pelanggan anda.Hasilnya sudah pasti menakjubkan.

  7. Mereka yang ingin menghidupkan sunnah nabi dalam ber u bat. Selain memberikan kesembuhan yang sebenarnya, bekam juga menuai berkah dari Yang Maha Kuasa.

JANGKA MASA KURSUS

Kursus dilakukan 1 hari;

Pada peringkat ini peserta akan mempelajari  ilmu-ilmu tentang bekam.Mengapa bekam dikatakan yang terbaik untuk kesembuhan dan pemuliharaan kesihatan. Peserta akan didedahkan punca kepada segala macam penyakit dan bagaimana peranan bekam/cara kerja bekam dalam menyembuhkan penyakit.

Penyakit-penyakit apa sahaja yang boleh dirawat dengan kaedah bekam, juga penyakit apa yang tidak boleh dirawat degan bekam. Dibahagian-bahagian mana sahaja tempat yang boleh dibekam dan dimana pula tempat yang tidak boleh dilakukan bekam. Bilakah waktu-waktu yang dianjurkan berbekam dan bila pula waktu-waktu yang ditegah untuk melakukan bekam. Apa pantang larang sesudah berbekam.Berapa lama dan berapa kali bekam mesti dilakukan serta berapa hari sekali bekam boleh dilakukan?

Mengapa sesetengah pesakit banyak mengeluarkan darah dan mengapa pula sebahagian pesakit pula tidak keluar darahnya ketika dibekam. Dan yang paling penting selain teori-teori adalah praktek bekam itu sendiri. Manfaat yang akan diperoleh oleh peserta kursus bekam ialah; peserta akan mengetahui dengan pasti punca segala penyakit dan meyakini bahawa bekam adalah jalan penyembuhannya yang terbaik. Peserta juga sudah boleh merawat atau  melakukan bekam untuk diri sendiri dan keluarga serta kawan-kawan dan juga klien atau pesakit yang memerlukan rawatan bekam..

YURAN KURSUS - RM300

* Yuran kursus ini termasuk

Akuan Ijazah
2 Manual Lengkap Berwarna Program Bekam Al-Hijamah
VCD Tutorial