Laman Utama
Terapi Pusat Rawatan Madinatul Asrar

KURSUS APPLIED KINESIOLOGIST MADINATUL ASRAR

Pengajian Jarak Dekat (PJD) / Pengajian Jarak Jauh (PJJ)

Kaedah alternatif untuk mengesan tahap kesihatan anda dan keluarga. Mudah untuk dipelajari dan tanpa menggunakan sebarang peral atan yang mahal.

APA ITU APPLIED KINESIOLOGIST?

Pengenalan

Aplied Kinesiology telah diamalkan oleh pengamal-pengamal rawatan alternatif sejak berkurun lamanya. Pelbagai kaedah yang menggunakan konsep kinesiology telah dipraktikkan di luar negara dalam mencari jalan penyelesaian untuk mengesan masalah pesakit.

Sumber ilmu Aplied Kinesiology yang hendak dihuraikan di sini asalnya dari seorang doktor yang terkenal di United Kingdom. Beliau telah berkongsi ilmunya di negara ini pada peringkat permulaannya pada tahun 80 an dan 90 an namun kebijakan dan kesungguhan dalam mempelajari ilmu ini akhirnya telah berlakulah reformasi dalam penggunaan dan pengamalannya yang disesuaikan dengan masyarakat di sini dan diislamisasikan mengikut kehendak dan ketetapan Al Quran dan Sunnah.

Mempelajari Aplied Kinesiology ini memerlukan kekuatan dari pelbagai aspek termasuk kerohanian, emosi, mental dan juga fizikal. Sekiranya kita tidak mampu melepasi dugaan dan cabarannya maka akan kecundanglah kita seperti yang telah berlaku kepada orang terdahulu. Mempelajarinya memang semua orang boleh namun untuk mengamalkannya belum tentu lagi. Hanya orang yang terpilih dan kuat daya tahannya dari semua aspek personaliti akan dapat mempraktikkannya.

SIMPTOM AWAL PENYAKIT

Penyakit tidak datang secara mendadak kecuali atas sebab-sebab kemalangan atau gangguan halusinasi. Penyakt datang secara perlahan-lahan bermula dari simptom awal yang mula mengganggu keseimbangan emosi dan spiritual kita terlebih dahulu. Letih, penat , lesu, sedih, marah, tak puas hati, sakit hati, hasad dengki, murung, risau, resah dan lain-lain simptom spiritual akan membawa kita kepada masalah yang lebih buruk kepada tahap gangguan mental seperti pening kepala, tak boleh tidur, gangguan fikiran hingga jadi lupa dan tidak boleh fokus, hingga jadi pemarah, tekanan kerja, kurang daya tahan penyakit, alahan, tiada selera makan, lemah otot dan sendi.

kajian saintis menyatakan setiap orang mempunyai potensi untuk diserang penyakit dan kanser. Ini adalah kerana budaya pemakanan dan pencemaran dalam semua aspek kebersihan dan alam sekitar yang tidak dapat dibendung atas sebab-sebab kesilapan manusia itu sendiri.

Akhirnya apabila sampai ke tahap fizikal penyakit datang menyerang bahagian organ dalaman dan mula mengganggu kerja-kerja/fungsi organ dalaman. Bermula dari gangguan pernafasan dan paru-paru menyebabkan kekurangan bekalan oksigen dalam badan dan boleh melemahkan fungsi organ itu sendiri hingga mendapat jangkitan. Fungsi pankreas yang terganggu akan menimbulkan masalah berlebihan asid, peningkatan kolesterol, kegagalan sistem endoktrin mengawal metabolik dalam badan, ketidakseimbangan gula dalam darah dan lain-lain simptom yang lebih kritikal. Sistem aliran darah yang lemah dan bertoksin akan mengganggu keseimbangan fungsi  jantung dan akhirnya melibatkan kegagalan hati mengawal metabolik dan pembuangan toksin dalam darah.

Keadaan yang berterusan ini akan melumpuhkan seluruh sistem badan termasuk usus, buah pinggang, saraf dan otak hingga ke tahap kronik yang maksima. Bila sistem saraf dan otak gagal berfungsi akhirnya menjadi strok  atau koma. Ada juga yang diserang penyakit jantung dan darah tinggi sehingga tidak dapat diselamatkan lagi.

APLIKASI APLIED KINESIOLOGY DALAM KAEDAH RAWATAN ALTERNATIF

Kaedah kinesiology dapat mengesan kelemahan dan kegagalan fungsi sistem organ dalaman tubuh manusia dari peringkat awal yang belum ketara simptom-simptomnya.

Pengesanan dilakukan dalam keadaan tenang dan di tempat yang sesuai juga pada masa yang sesuai. Perawat sendiri mesti betul dalam keadaan yang stabil dan sihat serta benar-benar ikhlas dalam melakukan pendiagnosan itu. Manakala pesakit pula mempunyai keyakinan dan komitmen yang tidak berbelah bahagi dan redha untuk di diagnos. Tiada paksaan atau penolakan kerana keadaan seperti itu biasanya tidak dapat membantu perawat menyelesaikan masalah kesihatan yang dihadapi oleh pesakit.

Masa yang tidak sesuai untuk mendiagnos ialah ketika waktu matahari terbenam (waktu maghrib) kerana pada masa itu gelombang infra merah yang paling rendah dan tenaga luar sudah mula aktif. Dalam hadis Rasulllullah ada menyatakan bila tiba waktu maghrib pintu-pintu hendaklah ditutup, anak-anak  hendaklah dipanggil pulang. Begitu juga pada waktu azan, syaitan dan iblis sedang berlari bertempiaran kerana terdengar suara azan. Kita seharusnya berdiam diri dan bertafakur serta bertasbih sewaktu azan berkumandang.

Dalam budaya masyarakat kita biasanya mereka tidak peka kepada penjagaan kesihatan. Mereka hanya pergi mendapatkan rawatan jika sudah menghidap penyakit ke tahap yang kronik, namun keadaan itu adalah berpunca dari peraturan di rumah sakit, hospital  atau klinik biasa yang tidak mengambil serius untuk menangani masalah-masalah kesihatan yang minor.

Dengan menggunakan kaedah Aplied Kinesiology   sesiapa pun boleh mencubanya mahupun yang masih belum sakit apatah lagi yang sudah diserang penyakit. Dengan mengunakan kaedah Aplied Kinesiology   iaitu cara pengesanan melalui kekuatan minda dan ketegangan otot serta cukup ilmu pengetahuan dapat mengesan dan menganalisa pesakit dengan mudah, tepat dan pantas.

Kaedah pendiagnosan  Aplied Kinesiology  dapat menentukan warna aura diri / warna kekuatan diri.  Aplied Kinesiology   dapat mengenal personaliti positif dan negatif seseorang.  Aplied Kinesiology  dapat mengesan tahap kesihatan yang dialami oleh seseorang. Setiap kelemahan, simptom dan sakit yang dialami sebenarnya ada kaitan dengan budaya pemakanan, kekuatan personaliti dan juga sejarah hidup masa lampau.

Tidak ramai yang tahu akan kelebihan dan kepentingan kita memeriksa tahap kesihatan secara Aplied Kinesiology   kerana ia tidak memerlukan kos yang tinggi jika dibandingkan dengan kaedah pemeriksaan yang dilakukan di pusat perubatan. kaedah Aplied Kinesiology   juga dapat mengesan kelemahan diri seseorang di peringkat awal  di mana ini akan dapat membantu kita mengambil langkah-langkah yang perlu untuk mencegah dan mengelak penyakit menjadi lebih kronk. Cegah sebelum parah.

Aplied Kinesiology   dilakukan kepada setiap orang yang sihat atau yang sakit dan di pelbagai peringkat umur dari bayi hingga ke orang tua. kekuatan otot perlu untuk menjalinkan hubungan tenaga gelombang minda semasa pendiagnosan dilakukan namun bagi bayi, kanak-kanak atau orang yang lemah pindahan tenaga boleh dilakukan dengan menggunakan perantaraan orang lain yang mempunyai pertalian darah dengan orang yang hendak didiagnosis.

YURAN KURSUS APPLIED KINESIOLOGIST : RM150

* Yuran kursus ini termasuk

Akuan Ijazah
2 Manual Lengkap Berwarna Program Applied Kinesiology Anugerah Agung
VCD Tutorial