Laman Utama
Terapi Pusat Rawatan Madinatul Asrar

MADINATUL ASRAR HOMEOPATHY MEDICINE

Menyediakan Perkhidmatan Perubatan Homeopathy Yang Berkualiti Untuk Keperluan Kesihatan Anda

Penawar Homeopathy mempunyai skop yang cukup luas untuk rawatan kepada pesakit dan adalah jauh lebih selamat dari panadol, antihistamine, antibiotik dan lain-lain `drug ' atau dadah. Amatlah perlu bagi kita mencari alternatif yang selamat dan berkesan untuk merawat masaalah kesihatan.

Penawar Homeopathy digunakan untuk menguatkan tenaga hayat supaya dapat melawan penyakit. Dalam sistem Perubatan Homeopathy, tumpuan diberi kepada pengembalian keseimbangan vital force dan mengembalikannya kepada kekuatan yang optimum. Homeopathy menjangkau jauh sehingga kepada alam rohaniah organisme di dalam rawatan sebarang keadaan sakit atau penyakit.

Sistem Perubatan Homeopathy berlandaskan hukum alam semulajadi. Kaedah penyembuhan penyakit adalah dengan memberi penawar kepada pesakit bagi menggerakkan daya tahan badan untuk melawan penyakit itu sendiri. Perubatan Homeopathy merupakan satu alternatif bagi menyembuhkan pesakit. Homeopathy memandang penyakit dan simptom sebagai suatu yang dinamik. Dengan itu Homeopathy sebenarnya mengubat pesakit dan bukannya penyakit.

Perkara yang paling indah, Homeopathy memberikan kebebasan pemikiran dan pendekatan didalam mengecam undang-undang semulajadi. Homeopathy merupakan satu pendekatan yang relevan terutama dalam era teknologi moden. Sistem perubatan Homeopathy diiktiraf sebagai salah satu kaedah perubatan moden di seluruh dunia dan mempunyai kedudukan yang sama dengan perubatan lain seperti Allopathy, Aromatherapy dan Physiotherapy (yang diamalkan di hospital-hospital & klinik di negara kita hari ini).

Perlu diingat bahawa perubatan Homeopathy ini bukan perubatan tradisional (bukan perubatan herba) atau perubatan moden yang lain.

Vital force, sebagaimana yang diistilahkan sebagai Bio-Energy merupakan kuasa hayat yang menjadi intipati kepada organisme hidup. Ia berkait rapat dengan keseluruhan insan, berhubungan dengan minda, jasad dan roh di samping terdapatnya kuasa penyembuhan dalaman tubuh.

HOMEOPATHIC TREATMENT SAFE AND EFFECTIVE, NO KNOWN SIDE-EFFECTS

Your Health Is Our Concern, Homeopathy Nature's Medicine, Our Aim Is To Cure And Prevent Diseases, Homeopathy Treats Mind And Body As A Whole, Homeopathy Stimulates Vital Force, Homeo Remedies Safe And Non-Toxic, Sound Mind Gives Sound Health.

Rawatan Homeopathy

Punca penyakit adalah :

LEMAH DAYA KETAHANAN KUASA HAYAT

Disebabkan Oleh Dadah, Antibiotik, Kuman, Virus, Kulat, Bakteria, Perasa, Pewarna, Pengawet, Racun Serangga, Udara Kotor, Asap, Hormon, Air Berklorin, Makanan Segera Dan Bermacam-macam Lagi......

Apa Saja Yang Dapat Menguatkan Sistem Ketahanan Akan Secara Langsung:

MENCEGAH & MERAWATI PENYAKIT

ANTARA PENYAKIT AKIBAT LEMAH DAYA KETAHANAN KUASA HAYAT (VITAL FORCE) YANG BOLEH DIRAWAT DENGAN KAEDAH HOMEOPATHY.

Penyakit : Gout, Lemah badan, letih atau lesu, malas, tidak ada tenaga, sakit urat saraf, sakit kepala, migrain, selalu melepuh mulut / pecah mulut, gastrik, hilang suara, resdung, sakit kerongkong, selsema, demam berterusan, sakit orang tua, kencing tidak tos, kecing tidak puas, sakit buah pinggang, sawan, kencing manis, darah tinggi, strok, batu karang, albuminuria, ketuat, menyintak, cramp, kelimumur, denggi, cirit-birit kronik, tersedu, insomania, lumpuh, ketimbir, eczema, psorasis, kembong, angin, batu di hempedu, kencing berdarah, hepatitis, buasir, nephritis, buta warna, jerawat, ketumbuhan, prolapse of uterus, busong, bell palsy, parkinson, siflis, gonorrhoea, tinnitus, masalah jantung, ulcerative colitis, gastrik ulcer, rheumatism, gastrik, glaucoma, buasir, jerawat.

Masalah Lelaki : Mandul lelaki, tidak ada benih lelaki, lemah tenaga batin, pancutan air mani pramasa, ketagihan arak, ketagihan rokok, angin pasang,masalah mastubasi atau onani, , masalah prostat dan lain-lain.

Masalah Wanita : Haid tidak teratur, haid tidak datang, haid berpanjangan, darah haid berketul, darah haid datang sedikit, sakit bulanan, senguggut, endometrosis, dysmenorrhoea, fibroid, selalu keguguran, mandul, tidak subur, fallopian tuba tersumbat, masalah hormon, keputehan, emosi, gila meroyan, masalah muntah-muntah waktu hamil, alahan mengandung, pening, mual-mual, muntah, dugal, angin, keluar cecair faraj yang busok, hilang nafsu seks, radangan pada faraj,vaginitis, masalah barah buah dada,spleen bengkak, selalu pitam, rambut gugur, masalah kegemukan atau obesiti, rawatan sebelum dan selepas bersalin, hysteria, luka dalam selepas pembedahan, varicose vein, jeragat.

Masalah Kanak-Kanak : Kanak-kanak lambat berjalan, lambat bercakap, kepala besar - hydrocephyalus, hydrocele, hernia, kanak-kanak selalu berdarah hidung, selalu kencing malam (bed wetting), sarat,lekat tulang ikan, mabuk perjalanan, anaemia, apthae, asthma, rabun malam, berkudis, gatal-gatal badan, sembelit, cacing, jaundice , scabies, kudis malam, kanak-kanak selalu menangis, sarat, campak, bertih, steriliti, infertiliti, tonsil, sakit gigi, hyper active, kencing tidak keluar, geligata, allergik.

MENGENALI UBAT HOMEOPATHY

Perubatan Homeopathy adalah berlainan benar dengan cara perubatan yang lain. Tujuannya adalah untuk memberikan kesembuhan yang sebenar-benarnya. Mengikis dan menghilangkan penyakit itu dengan sempurna. Homeopathy ialah diasaskan di atas undang-undang tabi'i atau natural law yang telah ditetapkan oleh Tuhan yang tidak akan bertukar dan berubah-ubah.

Ubat atau penawar Homeopathy itu bekerja segera atau memberikan kesembuhan disebabkan kuasa penyembuhan itu bergantung kepada kuat atau lemahnya kuasa hayat seseorang itu. Ramai yang tidak faham bagaimana rawatan Homeopathy boleh mengubat jiwa, menguatkan jiwa yang lemah dan menghilangkan perasaan sedih, mengubah watak yang baran, merawat anak-anak yang bebal dan sebagainya. Sebenarnya setiap penawar Homeopathy ada profile emosi dan psikologinya tersendiri dan mampu mengubah watak dan perangai yang bermasalah.

BAGAIMANA UBAT HOMEOPATHY BERTINDAK?

Masyarakat hari ini sentiasa menganggap bahawa sesuatu yang pahit itu biasanya ubat. Tetapi hakikatnya, tidak semua ubat itu pahit. Dalam perubatan Homeopathy, ubat-ubat yang lumrahnya disebut penawar kebanyakannya rasa manis.Kalau diperhatikan betul-betul, kita dapati hampir 99 % ubat Homeopathy terdiri dari ubat-ubat yang manis dan mesti dimakan secara hisap, kemam, kunyah atau digigit.

Tentang penawar yang manis ini, dinyatakan dalam al-Quran, maksudnya: “Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat-ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berfikir….” (an-Nahl, 69)

Setelah satu-satu ubat atau remedy di makan oleh pesakit, sudah pasti ubat-ubat itu akan bertindak bekerja di dalam badan orang yang memakannya. Sepertimana satu benih yang ditaburkan ke tempat yang sesuai, ia akan tumbuh dengan baiknya. Begitu juga jika seseorang memakan satu-satu ubat, ubat itu sudah pasti akan bertindak memberi tenaga penyembuhan kepada VITAL FORCE atau KUASA HAYAT.

Setiap ubat Homeopathy, wajib dipotensised supaya kuasa racun atau kimia pada ubat terhapus dan tinggal hanya kuasa ubat . Setiap satu ubat Homeopathy mengandungi tidak lebih dari 0.0000000000000001mg kandungan bahan aktif ubat atau lebih dikenali sebagai 10_60. Walaupun teori ini dipertikaikan oleh ahli perubatan biasa ( allopathy ) yang menyatakan bahawa ukuran ubat Homeopathy dibawah ukuran Avacado dan tidak mempunyai nilai perubatan , namun doktor-doktor Homeopathy telah membuktikan bahawa kaedah ukuran ubat dalam Homeopathy memang tepat dan sesuai digunakan pada vitaliti manusia yang halus dan berseni, dan berupaya pula menyembuhkan berjuta-juta manusia sejak lebih dari 250 tahun yang silam.

KENAPAKAH UBAT HOMEOPATHY TIDAK BOLEH DITELAN?

Sebabnya amat mudah, ubat-ubat Homeopathy adalah selembut sutera dan kandungan bahan aktif pada ubat-ubat Homeopathy terlampau halus, sekadar untuk penyerapan ditisu manusia sahaja. Setiap bahan ubat mengandungi 0.0000000001mg atau 10-60.

Mengikut teori Homeopathy bahan aktif yang kuat akan memusnahkan sel-sel dalam badan sehingga menimbulkan banyak kesan sampingan, tetapi ubat yang sama jika diadunkan mengikut kaedah Homeopathy, dimana bahan aktif ubat akan dilarutkan dengan air sulin dalam nisbah 1 titik bahan ubat dicampur pada 99 titik air sulin ( 1: 99 ) dan dibacuh sehingga betul-betul larut, untuk menjadikannya 1 centicemal potensi.

Sebab terlampau halus bahan ubat pada Homeopathy, makan ubat-ubat Homeopathy, tidak boleh ditelan atau dimakan bersama dengan teh atau kopi kerana dikhuatiti ubat Homeopathy akan menjadi tawar atau anti-dotal. Oleh itu setiap ubat Homeopathy dikehendaki makan secara oral iaitu secara hisap, kemam, gigit atau kunyah supaya ubat-ubat tersebut dapat diserap melalui saraf-saraf dibawah lidah pesakit. Dengan itu kesan ubat Homeopathy akan lebih cepat untuk mencapai penyembuhan.

Pusat Rawatan Homeopathy Madinatul Asrar memberi perkhidmatan rawatan secara holistik dan 100% tanpa dadah bagi merawat pesakit-pesakit yang terbahagi kepada tiga kumpulan:-

Kumpulan 1 – Pesakit yang mengidap penyakit kronik;

Kumpulan 2 – Wanita-wanita yang mempunyai masalah pada sistem peranakan & kecantikan;

Kumpulan 3 – Kanak-kanak yang mempunyai masalah sakit yang berpanjangan.

Perkhidmatan

Kami memberi perkhidmatan rawatan kepada pesakit yang menghadapi berbagai masalah:

Merawat Penyakit Kronik

Diabetes

Lemah Jantung

Sakit Buah Pinggang

Asthma

Darah Tinggi

Batu Karang

Batu Dalam Hempedu

Gastrik

Buasir

Resdung

Sakit Sendi dan Tulang

Sakit Pinggang

Sakit Kepala dan Migrain

Dan pelbagai penyakit kronik

Merawat Wanita yang mempunyai masalah pada sistem peranakan & kecantikan

Rahim dan Cervix

Ketumbuhan di Payudara

Kemandulan

Keputihan

Dan masalah kecantikan,nak kuruskan badan dsbnya

Merawat Kanak-kanak yang mempunyai masalah sakit yang berpanjangan

•  Eczema

•  Asthma

•  Dan pelbagai masalah penyakit lain…

80% dari pesakit kami adalah terdiri daripada mereka yang mengidap penyakit yang serius seperti diatas dan selebihnya adalah dari kalangan mereka yang mengamalkan Sistem Perubatan Homeopathy untuk merawat diri dan keluarga mereka untuk apa juga masaalah kesihatan yang timbul seperti batuk, demam dan selsema.

Bagi pesakit yang ingin membuat rawatan dengan kami anda di syorkan membuat temujanji terlebih dahulu atau bolehlah datang terus ke PUSAT RAWATAN MADINATUL ASRAR yang beroperasi seperti dibawah:

PUSAT RAWATAN MADINATUL ASRAR (Co.No:75202)
No.1, Taman Sendayan Indah,
Jalan Depo, 93050 Petra Jaya Kuching, Sarawak. Malaysia
Handphone: 0128802035 (Super Hotline)

Dr. Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D
D.Sc (A.M) Uk, Ph.D (A.M) Uk,M.D (A.M) Uk
Doctor Medicine (Alternative Medicine)
Doctor of Philosophy (United Kingdom) Berkshire University
Doctor of Medicine (Medicina Alternativa) - Homeopathy,
Phytobiophysic, Bach Flower-International Academy C&T Medicine (Malaysia)