Laman Utama
Laman Web Anugerah Agung Spiritual Development Centre
 
TERAPI BAYI & KANAK-KANAK

TENTANG TERAPI OTAK

TerapiOtak4u.com

TerapiOtak4u.com merupakan website rasmi dari Pusat Penyelidikan Terapi Saintifik Gelombang Otak yang menjalankan aktivitinya di bawah naungan ANUGERAH AGUNG SPIRITUAL DEVELOPMENT CENTRE ..   Untuk memastikan kelancaran perkhidmatan, website TerapiOtak4u.com ini dikendalikan oleh Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D   yang merupakan Founder & Director dalam Projek Penyelidikan Terapi Saintifik Gelombang Otak yang beribu pejabat di Kuching Sarawak.Malaysia.

Di website TerapiOtak4u.com ini anda boleh mendapatkan maklumat mengenai terapi gelombang otak dan Quantum Mind Programming.   Anda juga boleh membeli Produk Brainwave yang diprogram untuk keperluan-keperluan khusus.

Selain melakukan penyelidikan secara serentak, aktiviti kami adalah melayani pelanggan dari bandar yang ingin mendapatkan Produk Brainwave.   Dalam sehari, kami boleh menangani puluhan sehingga beratus-ratus pesanan dari pelbagai tempat di Malaysia,Sarawak,Sabah,Brunei,dan Luar Negara.

Mengapa Kami Menghasilkan Produk Brainwave?

Penyelidikan tentang terapi gelombang otak yang kami lakukan sejak bertahun-tahun lamanya utamanya bertujuan untuk mencari penyelesaian yang murah atas pelbagai permasalahan yang dialami masyarakat, terutama masalah-masalah yang berkaitan dengan kesihatan tubuh dan fikiran.

Sejak tahun 2007, kami membuka amalan psikoterapi dan neurotherapy secara bersemuka secara langsung kepada pesakit.   Kami berpengalaman luas dalam mengendalikan pelbagai macam kes dan situasi, terutama yang berkaitan dengan psikologi (fikiran, perasaan, kelakuan dan penyakit akibat bebanan mental).   Tentu saja, perkhidmatan psikoterapi tatap muka memerlukan dana dan waktu yang tidak sedikit, sehingga tidak semua orang boleh mengikuti perkhidmatan ini.

Atas dasar kepedulian terhadap masyarakat, kami berinovasi membuat produk Brainwave yang masing-masing bertujuan untuk mengatasi masalah tertentu.Dengan Produk Brainwave dari Anugerah Agung Spiritual Development Centre, anda boleh melakukan terapi sendiri di rumah dengan kos sangat murah.

Produk Brainwave Anugerah Agung Mind Sync Activator kami buat dengan teknologi Sound Therapy, Brainwave Entrainment dan Quantum Mind Programming.   Satu hal yang perlu anda fahami adalah bahawa membuat Produk Brainwave seperti memberi sukatan ubat-ubatan.   Tidak boleh sembarangan dalam membancuh ubat-ubatan kerana kandungan dalam ubat akan mempengaruhi tubuh.

Begitu juga dalam membuat Produk Brainwave Anugerah Agung Mind Sync Activator .   Kami melakukan penyelidikan dan pembelajaran secara mendalam tentang suatu kes untuk membuat sebuah CD Terapi Muzik.   Kami membuat Produk Brainwave Anugerah Agung Mind Sync Activator dengan teliti kerana Branwave ini akan mempengaruhi fikiran anda untuk pelbagai macam tujuan.   Secara paparan fizikal, semua Produk Brainwave Anugerah Agung Mind Sync Activator mungkin kelihatan sama, namun "komposisi" yang terkandung di dalamnya berbeza-beza disesuaikan dengan manfaat BRAINWAVE tersebut.

Dengan pembelajaran, percubaan dan penyelidikan selama bertahun-tahun, kami akhirnya berjaya mewujudkan harapan kami untuk mencipta beratus Produk Brainwave Anugerah Agung Mind Sync Activator yang telah membantu beratus-ratus atau mungkin beribu-ribu orang dari seluruh pelusuk negeri.

Zon Kekayaan Agung Anugerah Agung
No. 1, Taman Sendayan Indah, Lot 451, Block 17, Jalan Depo 93050 Petra Jaya, Kuching, Sarawak, Malaysia
Email : masterrizal9000@yahoo.com
 
TERAPI BAYI & KANAK-KANAK