Laman Utama
Terapi Brainwave Untuk Pemberdayaan Potensi Diri

TEKNOLOGI SAINTIFIK GELOMBANG OTAK ANUGERAH AGUNG
(POSITIVE THINKING NEUROTHERAPY & BRAINWAVE THERAPY)

Jika anda kesulitan mengendalikan fikiran negatif yang selalu muncul di benak anda secara  automatik,  maka Terapi Brainwave ini sesuai untuk anda. Dengan stimulasi gelombang otak dan  pengaturcaraan  fikiran, anda akan menjadi biasa dengan memunculkan fikiran yang sihat dan positif. Hidup anda akan menjadi lebih semangat,  gembira, tenang dan lebih optimistik dalam menjalani kehidupan. Terapi ini akan mengubah fikiran-fikiran negatif  anda menjadi lebih positif dalam segala hal.

TERAPI MENGHILANGKAN FIKIRAN NEGATIF AGAR ANDA SELALU BERFIKIRAN POSITIF DAN OPTIMIS MENJALANI HIDUP

Nama Produk Brainwave : Positive Thinking

Keterangan : Jika anda kesulitan mengendalikan fikiran negatif yang selalu muncul di benak anda secara  automatik, maka Brainwave ini sesuai untuk anda.Dengan stimulasi gelombang otak dan  pengaturcaraan  fikiran, anda akan menjadibiasa dengan memunculkan fikiran yang sihat dan positif. Hidup anda akan menjadilebih semangat, gembira, tenang dan lebih optimis dalam menjalani kehidupan.

Cara Pakai : Didengarkan dengan headphone atau speaker sambil duduk santai atau berbaring.  Mata dipejamkan untuk merasakan alunan Brainwave. Dalam sehari disyorkan mendengar Brainwave ini selama  30 minit.  Jika anda tidak ada masa lapang untuk mendengar Brainwave ini secara khusus,  maka  anda boleh dengar Brainwave ini waktu menjelang tidur. Tiada masalah jika anda tertidur ketika mendengar Brainwave ini.

Harga :  RM130

Positif Thinking yang dalam bahasa peribuminya sama dengan berfikir positif adalah sebuah sikap atau perilaku, serta cara pandang seseorang yang selalu positif dalam mensikapi kehidupan ini.   Perilaku Orang seperti ini akan membawa sifat yang baik meski dalam kenyataannya dia belum mencapai apa yang menjadi tujuannya.Dengan Berfikir dan bersikap positif dalam segala hal maka jalan yang akan di lalui menjadi lebih ringan dari beban yang sebenarnya.

Positif Thinking hanyalah merupakan modal dasar seseorang dalam kehidupan, kerana dengan semakin kompleknya masalah yang kita hadapi apabila hanya berfikir positif sahaja tidak cukup.   Selanjutnya setelah berfikir positif kita harus positif Change atau berubah menjadi semakin baik.  

Semua orang pada dasarnya selalu menginginkan hari ini menjadi lebih baik dari semalam.   Akan tetapi dalam kenyataannya mereka tidak meyedari dengan apa yang dilakukan dan dijalaninya ternyata tidak berbeza dengan yang kelmarin maka tujuan perubahannya tidak akan pernah tercapai.   Contoh kecil seseorang yang ingin kehidupannya menjadi lebih baik dari segi ekonomi tapi usaha yang dilakukan itu-itu saja tidak ada inovasi atau cara baru yang diperbuatnya untuk mencapai matlamat, maka hasilnya pastilah tidak akan berbeza dari sebelumnya.

Perubahan yang sedang berlaku di sekeliling kita tidak lah cukup hanya kita sikapi dengan fikiran yang posiitif, tapi perlu kita lakukan sebuah perubahan yang lebih baik, sekecil apapun perubahan yang kita lakukan yakinlah bahawa itu akan menjadi lebih baik.

Bagaimana agar selalu berpositif thinking???

Mengubah GERAK

Cuba anda praktikalkan ketika bangun pagi, anda berasa malas untuk bangun, walaupun mata masih tertutup, anda paksakan bangun (JANGAN LUPA UNTUK SENYUM dan BERSYUKUR terlebih dahulu) dan lakukan lompat-lompat kecil selama 10-15 minit.   Kira-kira selepas itu anda akan lanjut tidur lagi?   NO, anda akan terus ke bilik mandi untuk bersiap-siap ke pejabat.   Alasan: kerana gerak yang anda lakukan merangsang aliran darah untuk lebih lancar mengalir ke seluruh pembuluh darah dalam tubuh dan ke otak dan membuka pori-pori tubuh untuk mengeluarkan peluh.

Gerak tubuh orang bersemangat boleh anda bezakan dari gerak tubuh orang yang tidak bersemangat.   Jadi jika anda sedang tidak bersemangat, cuba tukar gerak tubuh anda menyerupai gerak tubuh orang yang bersemangat: berjalan cepat, kepala tidak tunduk, dada membusung, senyum.   Ini akan membuat perasaan anda dari tidak bersemangat menjadi bersemangat (lebih ceria).

Merubah FOKUS

Cuba anda lakukan perkara ini ketika anda sedang merasa negatif / bad mood: Tukar fokus kita ke hal-hal atau pengalaman-pengalaman yang menyenangkan / lucu / gembira / positif.   Saya selalu membayangkan kejayaan-kejayaan yang telah saya capai di masa lampau dan kegembiraan-kegembiraan kerana kejayaan yang akan saya capai di masa yang akan datang jika fikiran dan perasaan saya sedang negatif.   Dengan demikian, saya akan kembali terinspirasi dan termotivasi untuk kembali mengejar impian saya walaupun sempat gagal di tengah jalan.

MEMANG TIDAK MUDAH untuk melakukan hal ini.   Tetapi ingat, awalnya hanya dari "perasaan" dan berkembang menjadi kebiasaan.   Jika kita lakukan secara konsisten hal ini, maka ini boleh menjadi kebiasaan kita dan kita akan lebih mudah untuk mengubah perasaan kita.

Merubah SUARA INTERNAL

Bayangkan ketika anda menemani anak menonton filem kartun dan mendengar suara Donald Duck yang khas "wekkk ... wekkk.   .. Wekkk ?? ..   . ".   Mungkin anda akan turut ketawa atau tersenyum.

Mengubah suara interal bererti mengubah suara yang bagi kita terasa tidak menyenangkan (misalnya umpatan, cacian, teguran dari atasan, pelanggan, pengguna, rakan sekerja, teman, dsbnya) menjadi suara yang terdengar lucu bagi kita.

Suara yang terasa lucu bagi kita, misalnya suara Donald Duck yang khas, suara orang bercakap gagap / terputus-putus, suara lelaki yang dibuat mirip wanita, ataupun suara-suara lain yang mengikut pengalaman anda masing-masing lucu.Dengan demikian akan mengubah suasana hati menjadi lebih positif dan bersemangat kembali.

Mengubah MAKSUD

Anda mungkin pernah membaca di surat khabar bahawa tahap pengangguran yang tinggi dan kehidupan ekonomi yang semakin sukar menyebabkan banyak orang bunuh diri. YES, anda yang memberi erti terhadap hidup anda.   Jika si A menganggap dirinya seorang yang miskin segala-galanya, tidur di bawah jambatan, tidak punya keluarga, makan dari sisa-sisa pemberian orang, dihina orang, cacat fizikal, dsbnya, kira-kira menurut anda apakah yang akan dilakukan oleh si A?   Lebih mungkin dia akan mengambil jalan pintas untuk membunuh diri.

Tetapi bandingkan dengan si B, dengan keadaan yang sama, tetapi dia memberi erti lain bagi hidupnya.   "Hari-hari seperti ini sudah cukup.   Saya mesti berusaha lebih keras dan menghargai diri saya sehingga orang lain mahu menghargai saya juga. "Dengan erti yang diberikan oleh si B, kemungkinan dia untuk maju akan lebih terbuka.

Merubah SUASANA

Latihan di alam terbuka akan membawa suasana dan hasil yang berbeza berbanding dengan latihan di dalam bilik.   Tempat dan suasana yang berbeza dari rutin sehari-hari boleh memberikan kesan yang berbeza.

Contoh: jika sehari-hari berada dan bekerja di pejabat, maka cubalah pada hari cuti untuk mencari suasana yang berbeza.   Ini berguna untuk menyegarkan kembali suasana hati kita dan untuk pemulihan sel-sel tubuh (fizikal) kita.

Merubah INPUT

Apabila anda bersama keluarga menonton rancangan televisyen,berita,filem yang berkaitan dengan pergaduhan,jenayah dsnya membuatkan Fikiran yang negatif mempengaruhi perasaan kita menjadi negatif.

Terapi Brainwave Untuk Sentiasa Berfikiran Positif dan Optimis Untuk KehidupanTukar perasaan kita menjadi positif dengan mendengar bacaan Al-Qur'an,Baca buku-buku motivasi dan pembangunan diri.   Anda juga boleh meng kuti seminar, kelab, organisasi, kursus untuk pembangunan keperibadian dan bersosial.

Dengan mengubah input yang masuk, kita memprogram semula fikiran dan perasaan kita untuk menjadi lebih baik .salah satu cara yang sering dan paling awal untuk boleh berpositif thinking adalah, pada saat kita berfikiran negatif terhadap sesuatu, ubah fikiran kita 360 darjah .Banyak hal-hal tentang kehidupan yang berkaitan dengan positif thinking, yang akhirnya membuat kita tak sedar dan lupa bahawa di dunia ini selalu berlaku timbal balik, atau lebih pada teori timbal - balik.

Fikiran negatif   punya power   tersendiri .   Pasti   anda   pernah terdengar   sebuah buku bertajuk The   Power Of   Positive   Thinking .   Buku ini   menerangkan tentang   kesan amalan   berfikiran   positif dalam   kehidupan   -   kerjaya ,   kekeluargaan ,   perniagaan , perhubungan ,   tabiat dan   mindset .

Anda   perlu sedar ,   setiap perkara   yang ada di dunia   ini ada   lawannya .   Positif lawannya   negatif .   Ada sebuah   buku ditulis   dengan tajuk   Power Of   Negatif   Thinking , tugasnya   menerangkan   tentang kesan   pemikiran negatif   dalam kehidupan .   Fikiran negatif   juga ada   powernya .

Nak jadi   cemerlang ,   seboleh mungkin   elakkan   berfikiran   negatif .   Fikiran negative kerjanya   memusnahkan ,   fikiran positif   kerjanya   membina .   Membina sesuatu   agak lama ,   sedangkan   memusnahkannya   sekelip   mata   sahaja .

Lihat   bencana Tsunami .   Datangnya   sekali dalam   berpuluh-puluh tahun ,   namunimpaknya   besar sekali .
Tsunami   memusnahkan   bandar   yang dibina   bertahun - tahun lamanya.   Fikiran   negatif jika   ada pada   anda ,   ia akan menjadi   pemusnah   sehebat   Tsunami ,   memusnahkanharapan   anda dan   menguburkan   impian anda   yang anda   sudah   binabertahun - tahun.

Amat bahaya   jika anda   berfikiran   negatif .   Anda susah   nak maju ,   susah   nak bergaul , susah nak   cemerlang   dalam apa   jua   yang anda   lakukan .   Fikiran negatif   ada pada setiap   orang kerana   setiap orang ada   ketidaksukaan   pada seseorang   yang lain . Setiap orang ada   kebencian dan   kebusukhatian   masing - masing,   cuma dalam kuantiti   berbeza .

Orang yang benar - benar   berfikiran   positif adalah   orang yang tidak ada   hasad dengki ,   tidak   ada benci   hatta   sakit hati   sedikit .   Orang sebegini   tidak pandai   marah dan   mukanya   lembut   saja .   Dia mungkin   lurus   bendul   tapi ketahuilah   hatinya sangat bersih .   Ada lagi ke   orang sebegini ?

Andalah   penentu hidup   anda . Semuanya bermula   dari fikiran .   Ketenangan hidup ,   kebahagiaan   dan kejayaan , semuanya bermula   di minda   di pandu   oleh ilham   dari Yang   Maha   Esa .   Minda bertindak   ibarat   sebuah doa .   Apa yang kita   doakan   selalu ,   itulah yang   akan kita dapat sama   ada cepat   atau lambat   saja .

Adakah anda perasan bagaimana tarikan seseorang apabila dia bercakap tentang sesuatu yang positif? Mereka mempunyai kecenderungan semulajadi yang senantiasa melihat keadaan yang positif. Mereka sentiasa mengalami keadaan kesyukuran dalam setiap situasi.

Pemikir positif selalunya melihat gambar yang besar. Mereka tidak berada dalam kesilapan masa lalu, tetapi mereka melihat jauh ke hadapan terhadap bagaimana mereka akan mengubah sesuatu kepada yang lebih baik. Dengan tidak berada dalam keadaan tersekat untuk terlalu lama, mereka menunjukkan semuanya tidak mustahil.

Keadaan yang telah berlalu adalah bermanfaat apabila anda boleh mengambil tindakan pada hari ini untuk kehidupan yang lebih baik pada keesokkan hari.

Apabila anda berhadapan dengan seseorang yang mempunyai tenaga yang tinggi dan bersikap optimis, perhatikan personaliti mereka. Adakah anda berminat dengan apa yang mereka katakan? Adakah anda berasa bersemangat? Adakah mereka memberi anda inspirasi untuk bertindak?

Orang yang berfikiran positif biasanya mempunyai kebolehan tanpa had dan mempengaruhi orang lain supaya bertindak sedemikian. Selalunya mereka dipanggil oleh rakan-rakan apabila seseorang memerlukan inspirasi terutamanya apabila dilanda sifat negatif supaya dapat berubah.

Ketika bersama-sama dengan orang yang positif, anda akan rasa diri anda menjadi seorang yang positif. Ia umpama magnet kerana anda boleh menarik tenaga positif mereka. Ini membuatkan anda lebih bersemangat dan bermotivasi tinggi.

Bagaimana menjadi Positif?

Cari topik perbualan yang anda suka

Berjanji untuk berubah

Menjadi seseorang yang mencari rahmat dalam setiap situasi.

Bersangka baik kepada orang lain

Jangan membantah dan tinggikan suara

Memberi dorongan kepada orang yang memerlukan

Membantu orang lain

Menjadi mentor

Berhenti melihat berita dan membaca surat khabar kerana banyak perkara negatif

Bersikap optimis

Terapi Brainwave Untuk Sentiasa Berfikiran Positif dan Optimis Untuk KehidupanSetiap hari mesti berusaha untuk menjadi lebih positif. Lihat, dengar dan belajar daripada orang lain yang mempunyai sikap positif. Perhatikan bagaimana mereka mengendalikan perniagaan mereka atau situasi kehidupan mereka. Cuba lakukan ini… buang semua perkataan negatif – “TIDAK”. Contohnya tidak boleh, tidak akan, tidak ada, tidak mahu dan sebagainya. Lakukannya sekurang-kurangnya satu minggu dan lihatlah berapa kerap anda berkata tentangnya.

Tutup pemikiran negatif dan gantikan dengan positif. Buat semula komen dan perbualan anda untuk mendapatkan hasil yang positif. Setiap kali anda mendengar diri anda berkata sesuatu yang menyebabkan tenaga anda menjadi rendah, fikirlah suatu jalan untuk menaikkan semula tenaga anda.

Dalam dunia hari ini, menjadi seorang yang positif agak mencabar terutamanya apabila terdapat banyak tekanan di sekeliling kita. Ramai orang mengalami perubahan besar kerana keadaan ekonomi ketika ini yang tidak menentu. Walau bagaimanapun, terdapat banyak peluang di sekitar kita, kita hanya perlu bersikap terbuka. Dalam setiap krisis, ada iktibar yang kita harus dipelajari. Jangan melihat suatu situasi dengan tiada makna, ia adalah hanya sementara dan boleh diubah ke arah yang lebih baik.

Pada hakikatnya, kebanyakan benda mempunyai kitaran hidup. Saham ada jatuh dan naik semula. Ada puncak dan lembah, turun dan naik di sekeliling kita. Bagaimana kita bertindakbalas terhadap situasi negatif, akan menentukan berapa lama ia kekal bersama kita.

Hadkan masa anda bersama orang yang negatif dan carilah rakan yang positif dan berfikiran besar. Secara umumnya, orang tertarik kepada mereka yang berpandangan positif. Pilihan terletak di tangan anda, terpulang kepada anda bagaimana anda mengendalikan suatu situasi. Jika anda serius untuk mengembangkan perniagaan anda, fokus kepada semua yang positif dan anda akan menarik orang yang positif…

Terapi Brainwave Untuk Sentiasa Berfikiran Positif dan Optimis Untuk Kehidupan