Laman Utama
Terapi Gelombang Otak Untuk Meningkatkan Prestasi Kemampuan Otak

TEKNOLOGI SAINTIFIK GELOMBANG OTAK ANUGERAH AGUNG
(CREATIVITY SUPER BOOSTER NEUROTHERAPY & BRAINWAVE THERAPY)

Teknologi Brainwave dan gelombang suara dengan frekuensi khusus untuk menstimulasi otak kanan untuk meningkatkan kreativiti. Brainwave ini dibuat untuk para seniman dan orang-orang yang dalam pekerjaannya memerlukan kreativiti tinggi Kreativiti seseorang boleh dipengaruhi oleh aktiviti otak kanannya. Kreativiti bererti mempunyai kemampuan yang lebih tinggi untuk mencipta suatu ciptaan   baru atau mencari idea berkaitan dengan konsep yang sedia ada. Seseorang yang disebut sebagai seorang yang kreatif tidak terpaku pada satu gagasan dan cenderung mempunyai banyak alternatif  terutama berkaitan dengan hal - hal baru. Para seniman memerlukan   kreativiti tinggi untuk mencipta ciptaan baru yang original atau mencipta suatu ciptaan baru dari yang sudah ada sebelumnya .

Nama Produk Brainwave :  Anugerah Agung Brainwave Creativity Booster

Keterangan :   Brainwave dan   gelombang   bunyi dengan   frekuensi   khusus untuk merangsang   otak kanan   untuk meningkatkan   kreativiti .  Anugerah Agung Brainwave Creativity   Booster ini   dibuat untuk   para seniman   dan orang - orang yang dalam   pekerjaannya memerlukan   kreativiti   tinggi .

Cara Penggunaan :   Didengarkan   melalui   speaker atau   headphone   sambil menutupmata   ( rehat)   atau sambil   melakukan   pekerjaan sehari - hari.   Dalam sehari , sebaiknya   didengar   selama   30   minit atau lebih .

Harga :   RM130

RANGSANGAN OTAK UNTUK MENINGKATKAN KREATIVITI

Cara meningkatkan kreativiti individu.   Bagaimana caranya????

Kreatif dan inovatif dalam pengurusan.   Bagaimana caranya?

Budaya berfikir secara kreatif dan inovatif dalam pengurusan atau dalam apa2 bidang yang diceburi sememangnya penting.

Ada yang hanya mengaitkan kreatif dan inovatif ini hanya untuk orang seni sahaja.Betulkah?

Terlebih dahulu perlu diketahui definisi kreatif dan inovatif ini.

Kreativiti merupakan anugerah tuhan kepada semua tetapi kita abaikannya.Kreativiti adalah penting dalam apa sahaja yang kita lakukan seperti hiasan, persolekan, jamuan perniagaan dan lain-lain.   Kita boleh belajar berfikiran kreatif melalui pemerhatian dan boleh menerangkannya.   Kita berfikir luar dari kotak pemikiran yang biasa.

Beberapa tokoh dalam disiplin sains pemikiran antara lain menjelaskan bahawa kreativiti amat rapat dengan aktiviti dan gaya hidup manusia.   Antara definisi yang diberikan adalah:

"...   diri dalam keadaan bergerak balas ketika ia dirangsang dengan cara dinamik. "
(Hopkins, 1937 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)

"...   sebagai gaya hidup " (Fomm, 1959 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)

"Proses yang dilalui oleh seseorang dalam pengalaman seharian yang membawa pembaikan - pertumbuhan diri." (Andrews, 1961 dalam Mohd Azhar Abd. Hamid, 2001)

"...   satu proses yang seseorang itu menjadi peka terhadap masalah, kekurangan, jurang pengetahuan, unsur-unsur yang hilang, ketidakharmonian dan sebgainya; mengenal pasti perkara-perkara sukar, mencari penyelesaian, membuat tekaan atau membentuk hipotesis tentang kekurangan-kekurangan itu; menguji dan menguji semula   hipotesis-hipotesis ini dan mungkin mengubah suai dan mengujinya semula dan akhir sekali menyalurkan keputusannya kepada orang lain. " (Boon dan Ragbir, 1998)

(B) Sintesis definisi berkenaan dan hasilkan definisi baru

Salah satu daripada sumber kreativiti ialah merujuk kepada kepakaran seseorang. Banyak buku yang boleh memberi sumber pemikiran yang kreatif yang tidak boleh dibayangkan banyaknya.   Sekiranya kita bukan ulat buku tidak mengapa tetapi melalui tontonan tayangan gambar boleh memberi idea yang menarik melalui jalan ceritanya.  

Kegemaran ini boleh dijadikan tips bagi seseorang itu memperoleh idea yang kreatif. Oleh yang demikian kreativiti tidak boleh dipaksa. Kita memerlukan ketenangan dalam mencari idea yang kreatif. Sekiranya kita dalam keadaan tertekan disebabkan kita terpaksa membentangkan sesuatu dalam jangka masa yang pendek kita mungkin akan gagal. Dengan beberapa pengecualian, kreativiti boleh terhasil dalam keadaan kita tertekan dan menghasilkan sesuatu yang baik.Dari itu sentiasalah menulis sesuatu idea apabila terfikirkannya walaupun terjaga di tengah malam dari tidur. Jangan kita fikirkan bahawa anda akan ingat sehingga esoknya jika tidak menulisnya. Sekiranya anda tidak mencatatnya anda akan lupa.Fikiran kreatif boleh datang pada bila-bila masa. Dari itu kita perlu sentiasa bersedia.

2) Inovatif

Dapatkan definisi inovatif dari literature

inovatif berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud pembaharuan.

inovatif adalah kesan daripada aplikasi keuoayaan kreatif khususnya dalam industri yang memerlukan konsep, idea, kaedah, proses dan kegunaan yang baru.

inovatif bermaksud kebolehan untuk membuat pembaharuan atau mengubahsuai untuk menjadikannya lebih baik, elok, berkualiti dan sebagainya.

Sintesis definisi berkenaan dan hasilkan definisi baru

satu cara untuk memperkenalkan idea baru untuk membuat sesuatu atau mencipta sesuatu yang baru.

inovatif adalah satu proses mengeluarkan idea dan mengubahnya ke bentuk produk, perkhidmatan, sistem dan cara operasi yang baru.

walaupun idea dihasilkan melalui proses tertentu seperti rekacipta, pembangunan, pengeluaran dan sebagainya, ia akan menjadi suatu inovasi jika idea tersebut benar-benar boleh digunakan dan dimanfaatkan.

3) Apakah perkaitan antara kreativiti dan inovasi dalam konteks pendidikan computer

pelajar akan dapat berfikir secara kreatif menggunkan minda untuk mencipta dan menghasilkan sesuatu yang baru, asli, pelbagai, luarbiasa, bernilai dan provokatif.

membangunkan dan memperluaskan daya imaginasi kreatif dan inovatif untuk mendapatkan idea.

melihat sesuatu perkara secara menyeluruh.

Pemikiran kreatif dan pembangunan idea memang tidak mudah.   Contoh sederhana tadi terjadi dalam waktu yang tak terduga.   Mengalir seperti air.   Tetapi Zimmerer (2009) menegaskan bahawa kreativiti boleh diajar dan kreativiti individu boleh dipertingkatkan.   Caranya?

Ia menghuraikan 11 cara untuk meningkatkan kreativiti individu iaitu:

1. Beri peluang diri anda menjadi kreatif.

Berani untuk berfikir kreatif tanpa takut dibilang bodoh oleh orang lain.   Idea-idea cemerlang biasanya lahir dari hal-hal yang mungkin dianggap bodoh dan tak bererti.

2. Beri fikiran anda masukkan segar setiap hari.

Agar kreatif, otak perlu distimulasi dengan hal-hal baru yang variatif.   Mendengar radio dan berganti-ganti setiap hari, mendengar beraneka ragam jenis muzik atau melakukan hal-hal lain yang sebelumnya tidak pernah dilakukan.

3. Amati pelbagai produk dan perkhidmatan syarikat lain, terutama yang berada dalam pasaran yang benar-benar berbeza.

Tidak ada salahnya meminjam idea syarikat lain, kemudian mengembangkan menjadi inovasi yang brilian.

4. Sedari kekuatan kreatif dari kesalahan.

Orang bijak mengatakan agar kita selalu belajar dari kesalahan yang diperbuat.Orang kreatif mengatakan kita boleh mendapatkan idea dari kesalahan yang kita buat.   Kisah Charles Goodyear menunjukkan hal tersebut.   Setelah bekerja selama lima tahun untuk memformulasikan gabungan getah, belerang dan timah putih, pada malam yang sejuk tahun 1839, tanpa sengaja Charles menumpahkan sedikit campuran tersebut pada dapur kerjanya.   Campuran tersebut meleleh membentuk sebatian baru yang selama ini anda cari-cari!

5. Bawalah selalu buku harian untuk mencatat fikiran dan idea anda.

Idea-idea kreatif kadang muncul secara tidak sengaja dan di waktu yang tak terduga.   Daripada cepat terlupa, ada baiknya membawa buku kecil untuk mencatatkan idea-idea yang mungkin akan muncul tiba-tiba.

6. Dengar orang lain.

Idea tidak selalu datang dari diri kita sendiri.   Idea boleh datang dari orang lain atau bahkan pesaing kita sendiri.   Jadi selalu dengar orang lain kerana mungkin ia akan menghadirkan idea cemerlang buat kita.

7.Dengar apa kata pelanggan.

Mendengar pelanggan wajib hukumnya.   Mereka mengambil produk kita dan sekaligus menjadi sumber idea yang tiada habisnya.

8.Berbicara dengan anak kecil.

Anak-anak tidak menghadkan pemikiran mereka.   Mereka begitu tidak mendedahkan kreativiti mereka tanpa batas.   Mereka boleh menjadi sumber idea yang berharga.

9.Simpan tempat mainan di pejabat anda.

Mainan-mainan kecil seperti yoyo, gasing dan lain-lain boleh menjadi sumber inspirasi.   Ketika sedang bingung, anda boleh mengambil satu dan memikirkan bagaimana benda tersebut berkaitan dengan masalah anda.

10.Baca buku mengenai cara untuk merangsang kreativiti dan mengambil kursus kreativiti.

Memahami prinsip-prinsip kreativiti akan sangat membantu meningkatkan kemampuan kreatif kita.

11.Luangkan masa anda.

Sesekali luangkan waktu untuk berelaksasi, melepaskan diri dari rutin sejenak.Idea-idea baru boleh muncul ketika otak kita tidak dalam keadaan tegang.

MEMBINA DAYA KREATIF KANAK-KANAK

Membina daya kreatif kanak-kanak

DAYA kreatif bukan hanya bergantung kepada keupayaan, tetapi juga sikap seseorang dalam menghadapi kehidupan.

Daya kreatif paling jelas dapat dilihat pada kanak-kanak kerana bagi mereka segalanya adalah baru dan otak mereka yang kecil sentiasa cuba menggabungkan fikiran dan idea-idea, sambil meneroka dunia di sekeliling mereka.

Bagaimanapun, jika ibu bapa ingin menanamkan daya kreatif ini dalam diri anak-anak, perkara penting yang perlu diketahui ialah perbezaan antara kreativiti dan kepintaran.

Semua orang mempunyai potensi atau bakat kreatif semula jadi. Sebagai guru, ibu bapa atau penjaga, mereka boleh mempengaruhi kanak-kanak untuk meningkatkan daya kreatif .

Tugas membesarkan anak-anak yang kreatif adalah lebih mudah daripada yang disangkakan. 

Ibu bapa hanya perlu memberikan sedikit galakan dan peluang untuk mereka mendapat kebebasan untuk bertindak dan bersuara. 

Ibu bapa boleh menyediakan pelbagai jenis bahan untuk mainan kreatif anak seperti alat-alat lukisan, pakaian lama, plastisin dan doh mainan buatan sendiri, blok binaan atau kotak, dan sebagainya.

Ibu juga boleh membacakan buku untuk anak-anak dan menggalakkan mereka membaca. Tunjukkan kepada mereka bahawa membaca adalah kegiatan yang menyeronokkan.

Sesetengah kanak-kanak memang gemar melukis dan mewarnakan lukisan. Mereka akan melakukannya tanpa disuruh. Tetapi kanak-kanak yang lebih penakut atau pemalu mungkin memerlukan idea untuk mendorong mereka memulakannya.

Ada kanak-kanak yang mungkin gemar melukis objek, orang atau haiwan yang mereka lihat. Ini adalah cara yang baik untuk meningkatkan kemahiran pemerhatian atau pengamatan mereka. 

Jangan galakkan mereka melukis watak-watak kartun popular. Sebaik-baiknya, galakkan kanak-kanak mencipta atau melukis watak mereka sendiri.

Secara umum, elakkan aktiviti-aktiviti seni membabitkan langkah demi langkah yang membawakan hasil yang boleh diramalkan. 

Gunakan bahan-bahan berlainan untuk aktiviti-aktiviti lama. Sebagai contoh, semburkan krim pencukur pada cermin tingkap atau ke atas meja dan biarkan mereka melukis dengan jari. 

Atau, warnakan beras dengan menggunakan pewarna makanan dan biarkan mereka cuba membuat koolam. Atau, izinkan mereka menggunakan selimut, kerusi dan kotak untuk membuat istana.

Galakkan mereka memikirkan sesuatu dengan sendiri. Ibu bapa seharusnya menyokong idea atau ciptaan mereka - bukan mengkritik atau cuba membetulkan rupa atau bentuk hasil kreatif mereka.

Hasil penyelidikan menunjukkan bahawa individu yang sangat kreatif biasanya lahir daripada keluarga yang mengenakan terlalu sedikit peraturan penting tetapi bermakna.

Pakar pendidikan awal Itali, Loris Malaguzzi yang menulis dalam The Hundred Languages of Children berkata, kreativiti lahir daripada pelbagai pengalaman.

Ia disertakan dengan pembangunan sumber peribadi yang mendapat sokongan, termasuk kebebasan untuk meneroka luar daripada batas pengetahuan.

Dalam usaha untuk meningkatkan daya kreatif anak-anak, tugas ibu bapa ialah untuk membantu mereka mendaki gunung mereka sendiri, setinggi yang terdaya. Tiada sesiapa yang dapat melakukan lebih daripada itu.

Kreativiti   seseorang boleh   dipengaruhi   oleh aktiviti   otak   kanannya .   Kreativiti bererti   mempunyai   kemampuan   yang lebih tinggi untuk   mencipta   suatu   ciptaan   baru atau   mencari   idea   berkaitan   dengan konsep   yang sedia ada .   Seseorang yang disebut   sebagai seorang yang   kreatif tidak   terpaku pada   satu gagasan   dan cenderung   mempunyai banyak   alternatif   terutama berkaitan   dengan hal - hal baru. Para seniman   memerlukan   kreativiti   tinggi   untuk mencipta   ciptaan   baru yang   original latau mencipta   suatu ciptaan   baru   dari yang sudah   ada sebelumnya .

Pengaruh   gelombang otak   sangat besar dalam   memproses   kreativiti   seseorang . Aktiviti   otak manusia   dalam mencipta   suatu bentuk   perkara yang   di sebut   kreatif berbeza   dengan aktiviti   ketika   menyelesaikan   permasalahan   biasa   atau soal - soal hitungan.   Kreativiti lebih   dititik   beratkan   pada bahagian   otak kanan   sehingga yanglebih perlu   di   fokuskan   untuk meningkatkan daya   seseorang adalah   otak   kanannya . Di dalam Anugerah Agung Brainwave Creativity   Booster terdapat   gelombang   otak yang   sesuai untuk melatih   kerja   otak sebelah   kanan   manusia sehingga   mencipta   manusia yang lebih kreatif   seutuhnya .