Laman Utama
Terapi Gelombang Otak Untuk Meningkatkan Prestasi Kemampuan Otak

TEKNOLOGI SAINTIFIK GELOMBANG OTAK ANUGERAH AGUNG
(QUANTUM LEARNING NEUROTHERAPY & BRAINWAVE THERAPY)

Brainwave yang direka khusus untuk membantu anak-anak, remaja dan dewasa dalam proses belajar. Mempercepat dan meningkatkan kemampuan memahami sesuatu yang baru serta meningkatkan keupayaan menyimpan apa yang sudah dipelajari. Rangsangan otak dengan tenologi bunyi dan brainwave untuk merangsang neuron di dalam otak anda agar lebih aktif dalam membentuk ikatan - ikatan baru. Mengikuti program ini akan menerima 2 file audio brainwave yang masing-masing berdurasi 30 minit.

MENINGKATKAN KEMAMPUAN BELAJAR 

Nama Produk Brainwave : Anugerah Agung Brainwave Quantum Learning

Keterangan : Membantu kanak-kanak, remaja dan dewasa dalam proses belajar. Mempercepat dan meningkatkan kemampuan memahami sesuatu yang baru serta meningkatkan keupayaan menyimpan apa yang sudah dipelajari. Rangsangan otak dengan brainwave untuk merangsang neuron di dalam otak anda agar lebih aktif dalam membentuk ikatan-ikatan baru.

Cara Pakai : Diputar saat tidur atau bangun (boleh sambil beraktiviti) dengan kelantangan sedang yang cukup didengari oleh semua orang disekitar. Ketika memainkan Brainwave ini pendengar tidak perlu kepekatan atau sengaja mendengar. Pendengar boleh tidur atau beraktiviti seperti biasa.  Lama  masing-masing terapi ketika tidur atau bangun adalah 30 minit. Dilakukan sekurang-kurangnya 3 hari sekali dan paling banyak tidak terbatas. Semakin sering, semakin baik.

Harga : RM130

Tahukah anda bahawa yang membuat anda lambat atau kurang bijak bukan kerana makanan atau gen anda?   Tetapi kerana ada bahagian tertentu otak yang tidak berfungsi secara maksimum.   Potensinya BELUM aktif dengan betul.  

SEPERTI APA KEADAAN OTAK ANDA KETIKA INI?

Sifat malas, suka menangguh, tidak bersemangat, tidak percaya diri, dll disebabkan oleh keadaan otak seperti dalam gambar di atas.   Dan jika anda membiarkannya maka hidup anda tidak akan pernah mengalami kemajuan.

Keadaan otak juga akan mempengaruhi mentaliti seseorang.   Keadaan seperti di atas akan mengakibat mentaliti pemalas dan tidak suka kemajuan.   Jika anda selalu merasa lemah, tidak bersemangat, tidak kreatif, lambat menangkap atau mencerna semua maklumat itu bererti keadaan otak anda sedang keadaan yang menbimbangkan.   Jika dibiarkan akan menyebabkan fatal.   Anda boleh mengalami gangguan mental dan keadaan otak yang semakin teruk.   Anda mahu perkara seperti ini berlaku kepada Anda?

Jangan biarkan keadaan otak anda seperti saat ini.   Lakukan sesuatu untuk meningkatkan potensinya.
 
Jawablah dengan jujur ?? soalan mudah yang berikut:

Apakah anda termasuk orang cerdas?   Untuk lebih jelasnya seperti ini:

Apakah anda termasuk orang yang cepat menangkap dan memahami setiap maklumat atau pelajaran?

Apakah anda termasuk orang yang kreatif?

Apakah anda termasuk orang kuat menghafal?

Apakah anda termasuk orang yang ber-IQ tinggi?

Apakah anda termasuk orang selalu berprestasi?

Selamat jika anda merasa tergolong orang cerdas!

Tetapi jika anda dengan jujur ?? mengakui kelemahan otak anda JANGAN khuatir.Kerana akan kami di TerapiOtak4u.com akan memberikan SOLUSI buat anda!

Tidak semua orang lahir dengan otak yang genius, yang menurut banyak orang sebagai syarat untuk berprestasi.   Itu tidak bererti bahawa kemampuan otak anda yang biasa sahaja tidak dapat berprestasi melebihi mereka yang cerdas dan genius.   Semua bergantung dari bagaimana anda memaksimumkan kemampuan kerja otak anda.   Seperti otot kita, semakin sering kita menggunakannya dan melatihnya, maka semakin besar dan kuat kemampuannya.   Begitu juga dengan otak kita.

Jika anda ingin meningkatkan kemampuan otak anda yang meliputi kesedaran mental, peningkatan memori, dan peningkatan kewaspadaan, berikut adalah cara-cara mudah yang boleh anda lakukan:

Sukan

Kita tahu sukan baik untuk kesihatan tubuh kita. Tapi pernahkah kita berfikir bahawa sukan juga baik untuk otak kita? Lebih dari 20% darah dan oksigen yang mengalir dalam tubuh kita, dialirkan terus dari jantung menuju otak.

Sukan, terutama latihan kardio (jantung), secara berkesan akan meningkatkan aliran darah ke otak. Selain itu anda juga boleh cuba latihan tenaga dalam, di mana banyak kedudukan-kedudukan jurus tenaga dalam yang khusus untuk mendapatkan aliran darah dari jantung ke otak lebih cepat, dengan kedudukan kepala lebih rendah daripada kedudukan jantung.

Namun jika anda tidak mempunyai banyak masa untuk bersenam atau dalam keadaan tergesa-gesa, hal sederhana seperti membuka tetingkap bilik dan mendapatkan udara yang segar, sudah cukup untuk memberikan kesegaran pada otak anda.

Hidrat

Dalam keadaan yang meletihkan dan anda memerlukan minuman penyegar, seboleh mungkin elakkan minuman yang mengandungi kafein.   Memang, kafein yang terdapat pada kopi mahupun minuman bersoda, dalam masa yang singkat mampu memberikan kesegaran pada otak anda.   Tetapi dalam jangka masa yang panjang, membuat anda berasa lebih letih kerana berlaku dehidrasi pada otot dan penyempitan pembuluh darah.   Dalam jumlah yang besar, kafein akan memberikan masalah pada sistem pencernaan anda, kerana kafein merangsang kontraksi pada usus.

Apa yang boleh menggantikan kafein sebagai penyegar?   Air putih, merupakan cara yang mudah untuk menyegarkan otot dan otak anda. Selain mudah didapati, harganya juga sangat berpatutan.

Rangsang Panca Indera

Hukum alam mengatakan ada aksi maka ada reaksi.   Otak kita mempunyai 2 fungsi utama, iaitu sensori dan motor.   Meningkatkan kemampuan otak boleh dilakukan dengan memberikan rangsangan pada indera kita.   Seperti halnya ketika kita tiba-tiba merasa lapar selepas mencium bau masakan yang sedap, rangsangan yang diterima panca indera akan merangsang otak untuk beraktiviti.

Contoh lain, warna pink merupakan perangsang nafsu berahi pada sensor visual.Atau warna dekorasi bilik pejabat yang cerah mampu mengurangkan rasa kebosanan dan keletihan.

Aromaterapi secara berkesan mampu membuat tubuh menjadi lebih rileks.   Begitu juga dengan stimulasi bunyi yang boleh dinikmati ketika sedang santai.

Pada indera perasa, gula-gula Papermint dipercayai boleh meningkatkan ingatan otak sehingga boleh menerima maklumat secara berkesan.

Kebahagiaan

Fungsi otak, terutama ingatan, tidak berfungsi dengan baik ketika sedang stres.Jika anda tegang, keletihan, atau sedih, kemampuan memori dan kewaspadaan anda menjadi jauh berkurang.

Dalam hidup ini kita tidak mungkin boleh mengelakkan stress, tapi kita boleh menghadapi stress tersebut.   Yang boleh anda lakukan adalah cuba untuk menghilangkan pengaruh stress terhadap kehidupan dan pekerjaan anda.   Lakukan aktiviti-aktiviti yang boleh membuat anda bahagia, bersama keluarga ataupun bersama teman-teman anda.

Cara lain yang boleh dilakukan ketika kita sedang stress iaitu dengan berlatih teknik relaksasi seperti meditasi zikir,tafakkur, mandi air hangat, atau urut santai.

Permainan Game Sederhana

Kajian yang dilakukan pada pesakit Dementia, membuktikan bahawa permainan kata-kata dan teka-teki dapat meningkatkan bahkan memulihkan kebolehan mental dan kognitif mereka.   Permainan sederhana tersebut merupakan cara yang tepat untuk meningkatkan kemampuan otak.   Kerana otak dilatih untuk bertindak balas dan bekerja untuk menyelesaikan sesuatu masalah.

Jenis permainan yang terbaik untuk melatih kemampuan otak adalah permainan, dimana diperlukan lebih banyak kerja otak secara berterusan.

Menonton Televisyen

Program televisyen yang didisiarkan di sini adalah acara yang berkualiti, di mana tidak semua acara televisyen berkualiti.   Para ahli menunjukkan bahawa acara televisyen yang boleh meningkatkan keupayaan otak adalah acara yang boleh mengajak kita untuk ikut berfikir.   Misalnya adalah acara permainan atau kuiz.

Melayari Internet

Kajian yang dilakukan di University of California - Los Angeles membuktikan bahawa melayari internet (surfing) boleh merangsang otak untuk bekerja maksimum dalam membuat keputusan dengan pertimbangan-pertimbangan yang kompleks.   Dan Scan Otak yang dilakukan menunjukkan bahawa lebih banyak saraf-saraf otak yang aktif ketika kita menjelajah internet daripada membaca buku.

Internet adalah dunia tanpa sempadan di mana anda boleh mendapat lebih banyak maklumat diluar pendidikan formal anda.   Belum lagi, dalam internet terdapat banyak jenis online asah otak yang boleh membuat anda menjadi lebih pintar.Semakin sering anda menjelajah internet, semakin sering pula otak anda bekerja.

Diet

Untuk meningkatkan kemampuan otak anda juga diperlukan nutrisi untuk otak.Sumber utama nutrien untuk otak adalah protein.   Tetapi tidak secara automatik protein boleh meningkatkan kemampuan otak, tanpa bantuan daripada beberapa vitamin dan mineral penting.   Contohnya Vitamin A, untuk melindungi membran otak.Vitamin B, adalah penting untuk vitaliti dan pertumbuhan neuron.   Vitamin C, sangat penting untuk peningkatan fungsi otak.   Vitamin E, untuk mengelakkan kemunduran fungsi otak.   Magnesium, untuk menjaga kelangsungan proses metabolisme neuron.   Zinc, berguna untuk meningkatkan fungsi kognitif pada otak.Dan Asam Amino, diperlukan untuk pertumbuhan dan kesihatan neurotransmitter.

Seboleh mungkin elakkan tambahan bagi nutrisi otak, kerana dengan mengambil banyak tambahan justeru boleh merugikan anda.   Sebaiknya nutrisi untuk otak anda berasal dari makanan kita sehari-hari.   Dan jika keadaan fizikal anda yang memerlukan anda mengambil suplemen, rujuk terlebih dahulu dengan doktor anda.

Minyak Ikan

Para ahli gizi menyarankan kita untuk sering mengambil minyak ikan kerana minyak ikan boleh membuat otak jadi cerdas.   Kerana minyak ikan banyak mengandungi Omega-3 Fatty Acids Eicosapentaenoic Acid (EPA), dan Docosahexaenoic Acid (DHA) yang berguna untuk menjaga tahap dopamine di dalam otak tetap tinggi, meningkatkan pertumbuhan neuron di korteks, dan meningkatkan peredaran otak.

Dengan kata lain, Fatty   acids membuat kerja otak menjadi berkesan.Tetapi juga perlu diketahui bahawa mengambil ikan dalam jumlah yang besar, meningkatkan risiko bagi keracunan mercury.

Herba

Asia, termasuk Malaysia terkenal dengan pengubatan herba-nya.   Terdapat banyak macam ubat-ubatan herba yang sudah diteliti terbukti berkhasiat sebagai pemacu kerja otak dan otot, dan yang paling terkenal adalah Ginkgo Biloba dan Ginseng.Bahkan ubat perubatan tidak mempunyai kesan yang lebih kuat dari Ginkgo, seperti meningkatkan peredaran darah otak, dan meningkatkan kemampuan   kognitif.Sedangkan Ginseng yang dianggap sebagai ikon ubat di Asia, mempunyai kesan neurologi yang sangat kuat.   Selain mampu mengembalikan dan meningkatkan tenaga tubuh, Ginseng mampu membantu otak menyesuaikan dengan agen stress dengan cara meningkatkan pengeluaran hormon adrenalin.   Kesannya, meneutralkan penyebab stress yang menjejaskan otak, dan menghilangkan gejala stress utama iaitu rasa gelisah.

Belajar Sesuatu Yang Baru

Ini jelas tidak semudah yang dikatakan.   Sangat sedikit orang yang boleh memanfaatkan waktunya untuk belajar suatu pengetahuan dan kemahiran di luar kepentingan pekerjaannya ataupun pengajiannya.   Belajar suatu bahasa asing, belajar membuat suatu kerajinan tangan, atau belajar sesuatu yang asing bagi kita sebelumnya boleh meningkatkan perkembangan otak, dan merangsang bahagian-bahagian otak yang sudah lama tidak digunakan ataupun belum pernah digunakan sebelumnya.

Banyak yang beranggapan bahawa belajar sesuatu yang tidak berkaitan dengan aktivitinya, hanya akan membuang-buang masa saja.   Jelas anggapan itu salah.Cubalah untuk mempelajari sesuatu yang baru hanya 15 minit sahaja sehari.Dalam beberapa minggu anda akan melihat perkembangan yang luar biasa dalam diri anda.   Anda akan memiliki wawasan yang luas, mempunyai lebih banyak teman, dan tentu saja akan sangat berpengaruh positif dalam kehidupan anda.

Jangan Buang Masa

Albert Einstein, salah satu ilmuwan yang terkenal mengajar kita teori relativiti dan beberapa nasihat penting, salah satunya "Jadikan segala sesuatu semudah mungkin".   Otak anda tidak akan bekerja maksimum jika dipenuhi dengan hal-hal yang rumit.   Jalan terbaik adalah menata fikiran anda untuk meringankan beban anda.

Maksimumkan masa anda dengan sedikit perubahan pada diri anda.   Jangan pernah menunda-nunda pekerjaan.   Jika anda mempunyai masa lapang sekarang, maka lakukan apa yang boleh meringankan masa anda nanti.   Buat jadual harian dan keutamaan jangka masa panjang.

Jika boleh cubalah untuk melakukan pekerjaan secara serentak.   Contoh orang Jepun, ketika beratur di loket selalu membawa buku untuk dibaca.   Bagi mereka masa sangat penting untuk dibuang percuma, walaupun hanya 5 minit untuk beratur tiket.

Meningkatkan Memori

Pada dasarnya, ada 3 cara seseorang untuk mengingati sesuatu iaitu melihat, mendengar, dan bekerja.   Misal pelajar, cara belajar mereka berbeza-beza.   Ada yang cepat memahami sesuatu dengan membaca, ada yang dengan mendengar ucapan guru, dan ada yang dengan cara menulis.

Jika anda ingin meningkatkan memori anda, ketahui dulu mana antara 3 cara tersebut yang paling cepat membuat anda ingat sesuatu.   Kemudian lakukan pengulangan cara tersebut sehingga memori anda lebih kuat.

Tidur

Ketika anda lelah berfikir, rehat saja tidak cukup berkesan untuk menjadikan otak kembali fresh.   Yang anda perlukan adalah tidur.   Memang waktu tidur yang diperlukan setiap orang tidak sama.   Tetapi jika anda paksakan otak anda untuk berfikir ketika otak sudah lelah, maka hal itu akan menjadi tidak maksimum.

Jika anda mengalami gangguan susah tidur, ada cara yang berkesan untuk mengatasinya.   Baca buku ketika akan tidur, dan pastikan bacaan tersebut adalah cerita fiksyen.   Kerana jika anda membaca buku non-fiksyen atau ilmu pengetahuan, akan membuat otak anda berfikir dan semakin susah untuk tidur.   Jika anda merasa tidur malam anda tidak cukup, cubalah untuk ditambah sedikit tidur siang.

Seks (khusus yang sudah berkahwin)

Banyak kesan yang berlaku pada tubuh anda selama berkaitan seks, dan sebahagian besar terjadi pada otak.   Tidak ada kegiatan yang melebihi seks yang boleh meningkatkan aliran darah ke otak dan meningkatkan keupayaan kognitif secara drastik.   Aktiviti seks juga mampu menghasilkan hormon yang secara dramatik meningkatkan fungsi otak.   Salah satunya hormon Oxytocin yang dihasilkan selama aktiviti seks, akan meningkatkan kemampuan otak anda untuk berfikir jernih.   Serotonin dan Dopamine yang dihasilkan selepas aktiviti seks, membuat otak boleh berfikir kreatif dan tenang, dan mampu membuat keputusan yang logik.Dan aktiviti-aktiviti seks juga boleh membantu anda untuk mendapatkan tidur yang nyenyak dan selesa.

Fikiran anda kacau, bagaimanapun anda cuba untuk konsentrasi atau mencari jawapan, semuanya tetap sukar.   Adakah anda tahu?   Anda hanya menggunakan sebahagian kecil daripada kapasiti otak anda, kemungkinan anda tidak melakukan terobosan untuk mencapai sebagai mana yang anda harapkan.   Atau anda memerlukan bahan dan maklumat baru untuk anda serap dan kuasai dengan segera?   Jangan bimbang, dapatkanTerapi Gelombang Otak Anugerah Agung Brainwave Quantum Learning .

Mengapa ada orang yang otaknya genius, cepat dalam belajar, mudah memahami persoalan, cepat tanggap, mudah hafal, boleh mengingati banyak perkara, konsentrasinya bagus, serta kreatif dalam mencipta dan menyelesaikan masalah? Mengapa seseorang boleh mempunyai kemampuan otak yang hebat, bijak, pintar,genius?

Saya akan jawab soalan itu sekarang.   Kita mulai dengan mengenal struktur dan fungsi otak manusia.

Otak tersusun dari kumpulan neuron, dimana neuron merupakan sel saraf panjang seperti kawat yang membawa mesej-mesej elektrik melalui sistem saraf dan otak.Sel-sel pada suatu daerah otak menghubungi bahagian-bahagian tubuh yang lain secara berterusan dan automatik.   Neuron ini menghantar isyarat dengan menyebar secara terancang, semburan elektrik terhentak-hentak yang membentuk bunyi yang jelas (kertak-kertuk) yang timbul daripada gelombang aktiviti neuron yang diselaraskan, di mana gelombang itu sebenarnya sedang menukar bentuk otak dan membentuk litar otak menjadi pola-pola   yang lama kelamaan akan menyebabkan bayi yang lahir nanti mampu menangkap bunyi-bunyi, sentuhan, dan gerakan.

Lapisan luar otak terdiri daripada beribu-ribu saraf yang serupa benang kusut dan pembuluh darah.   Otak terdiri daripada berjuta-juta sel neuron, dan masing-masing sel mempunyai inti sel (nukleus) dan sejumlah tangan saraf (tentacle) yang menyebar ke segala arah, dimana masing-masing tangan (tentacle) mempunyai ribuan tonjolan (prouberans).

Tingkat kebijaksanaan ditentukan oleh banyaknya tonjolan-tonjolan tangan saraf sel otak.   Setiap tonjolan paling tidak, berkaitan dengan satu tonjolan yang lain dan dengan tenaga elektrokimiawi menyebabkan kedua-dua tonjolan ini membentuk suatu pola hubungan dengan gugusan tonjolan yang lain, di mana otak merupakan suatu pola atau rangkaian yang dibentuk ribuan tonjolan yang terdapat pada tangan saraf berjuta-   juta sel otak.   Jika otak dirangsang, berapapun usianya, maka otak akan membentuk lebih banyak tonjolan pada setiap tangan saraf sel-selnya, dan akan meningkatkan jumlah hubungan-hubungan antara saraf yang terdapat di dalam otak.   Bila belahan otak yang lebih lemah dirangsang dan disuruh bekerja bersama belahan otak yang lebih kuat (bersinergi) akan tercipta kemampuan dan keberkesanan otak yang jauh lebih tinggi dari 5 hingga 10 kali ganda.

Ada banyak cara meningkatkan kemampuan otak.   Ada banyak cara untuk mensingkronkan sel-sel saraf di dalam otak.   Ada yang menggunakan terapi fizikal, dan psikologi.   Cara paling baru yang lebih mudah dan berkesan adalah dengan stimulasi Gelombang Otak (Brainwave), dan itulah cara yang sedang saya perkenalkan kepada anda dalam TerapiOtak4u.com.

Saya yakin anda sudah pernah mendengar kata endorphin, bahan biokima semulajadi yang dihasilkan otak pada saat anda sedang melakukan sukan.   Ia boleh membuat anda bersemangat.   Tetapi tahukah anda, bahawa Endorphin juga boleh dihasilkan ketika keadaan Gelombang Otak (Brainwave) berada pada fasa antara alpha dan theta.   Endorphin tidak hanya membuat anda merasa segar dan bersemangat.   Zat endorphin juga boleh meningkatkan kemampuan konsentrasi dan daya ingatan anda.

Para saintis percaya bahawa bahagian otak yang menghasilkan endorphin berada pada kawasan yang sama yang terlibat dalam proses belajar dan mengingat.   Hasil kajian di North Western University membuktikan bahawa ketika seseorang sedang mempelajari sesuatu, otak "menghadiahkan" dirinya dengan menghasilkan endorphin.   Hal ini diyakini sebagai penyebab mengapa hal-hal baru lebih mudah untuk diingat dan diulang kembali.

Dengan kata lain, belajar dan mengingat, akan lebih mudah dilakukan apabila terdapat cukup banyak endorphin dalam otak anda, suatu keadaan yang boleh berlaku apabila otak berada pada gelombang yang tepat.   Ada keuntungan lain yang boleh anda perolehi apabila anda fokus pada tatarajah Gelombang Otak (Brainwave) antara alpha dan theta ini, iaitu anda akan lebih mudah untuk mendapatkan idea-idea dalam berkarya, mencipta, atau menyelesaikan masalah yang sedang anda hadapi.

Anda sudah tahu, bahawa endorphin boleh dihasilkan dalam keadaan Gelombang Otak (Brainwave) tertentu, dan untuk mencapai keadaan Gelombang Otak (Brainwave) yang tepat tersebut, ada banyak cara, antaranya latihan meditasi, relaksaksi, dan lain sebagainya. Cara yang paling cepat adalah dengan stimulasi Gelombang Otak (Brainwave).

Anugerah Agung Brainwave Quantum Learning ini direka khusus untuk anda yang ingin memaksimumkan kemampuan otak, selain menjadikan anda menjadi fokus dan konsentrasi Braiwnave ini di yakini mampu menyihatkan dan menyembuhkan gangguan kesihatan yang berlaku pada kawasan kepala.   Pelbagai manfaat boleh anda dapatkan dengan mendengar Anugerah Agung Brainwave Quantum Learning ini antara lain:

Meningkatkan jumlah sel otak yang aktif

Meningkatkan daya ingatan

Meningkatkan daya tahan tubuh

Meningkatkan konsentrasi dalam bekerja.   Tidak mudah merasa letih dan bosan.

Meningkatkan IQ

Meningkatkan kreativiti

Meningkatkan keupayaan dan kecekapan dalam komunikasi

Meningkatkan konsentrasi belajar

Meningkatkan semangat belajar

Meningkatkan daya tangkap pelajaran, lebih mudah memahami hal-hal baru.