Laman Utama
Terapi Brainwave Untuk Relaksasi

TEKNOLOGI SAINTIFIK GELOMBANG OTAK ANUGERAH AGUNG
(DELTA SLEEP NEUROTHERAPY & BRAINWAVE THERAPY)

Teknologi suara berupa terapi stimulasi gelombang otak dengan frekuensi deep delta untuk membantu anda tidur nyenyak dan berkualiti.  

Dengar brainwave ini menjelang tidur, maka anda akan merasakan kesegaran yang luar biasa ketika bangun. Sesuai untuk anda yang menderita insomnia ringan atau ingin meningkatkan kualiti tidur.

Brainwave ini boleh dipakai setiap hari. Untuk anda yang tidak mempunyai gangguan tidur, mendengar brainwave Delta Sleep akan membuat anda tidur lebih nyenyak dan lebih berkualiti sehingga memberi kesan positif terhadap kesihatan dan kecergasan anda   sepanjang hari. Anda saya lengkapi dengan 2 file audio brainwave. Masing-masing audio brainwave berdurasi 30 minit

MENINGKATKAN KUALITI TIDUR

Nama Produk Brainwave : Anugerah Agung Brainwave Delta Sleep

Keterangan : Teknologi suara berupa terapi stimulasi gelombang otak dengan  frekuensi  deep  delta untuk membantu anda tidur nyenyak dan berkualiti.Dengar Anugerah Agung Brainwave Delta Sleep ini  menjelang tidur, maka anda akan merasakan kesegaran yang luarbiasa ketika bangun. Sesuai untuk  anda yang menderita insomnia ringan atau ingin meningkatkan kualiti tidur.

Harga : RM130
 
Merupakan keadaan tidur yang paling dalam dan dalam keadaan inilah tubuh berehat secara total.  Tidak peduli berapa tempoh masa tidur anda tetapi jika anda mempunyai masa yang cukup serta tidur yang sangat berkualiti maka keesokanharinya anda boleh kembali melakukan aktiviti dengan lebih baik.  Delta sleep menjadikan metabolisme tubuh berjalan dengan sempurna kerana mempunyai rehat yang sempurna pula. Tubuh menjadi jauh lebih segar serta memberikan kesanpositif bagi kesihatan anda.  Menjadikan tubuh anda siap sepenuhnya untukmenghadapi aktiviti sepanjang hari yang melelahkan.

Tidur bagi manusia adalah perkara yang sangat penting, kerana tidur mengendalikan irama kehidupan kita sehari-hari.   Jika kita kurang tidur atau mengalami gangguan dalam tidur, maka hari-hari kita akan menjadi lambat dan kurang ghairah.   Sebaliknya tidur yang cukup dan berkualiti akan membantu kita memiliki tenaga dan ghairah dalam menjalani aktiviti sehari-hari.   Setiap manusia menghabiskan satu perempat sampai satu pertiga dari kehidupannya untuk tidur.Menurut kajian, hampir setiap manusia pernah mengalami masalah tidur.   Satu daripada tiga orang dilaporkan mengalami gangguan tidur dan satu daripada sembilan orang mempunyai masalah tidur yang cukup serius.   Kerana beberapa masalah tidur dapat diatasi oleh individu yang berkenaan dan yang lain memerlukan bantuan doktor, maka diagnosis diri menjadi sangat penting.

Dalam buku Applications in Self-Management (Brian T. Yates, 1986) memberikan senarai untuk mendiagnosis masalah tidur.   Anda mungkin mempunyai masalah tidur jika beberapa dari hal-hal ini terjadi pada anda:

Anda merasa lelah dan tertekan pada waktu pagi hari atau malam hari.

Anda mempunyai lingkaran gelap dan membengkak di sekitar mata anda.

Anda jatuh tertidur di pesta atau selepas makan malam di rumah orang.

Anda kurang aktif dan mempunyai sedikit hubungan sosial.

Anda merasa seperti kehilangan fokus perhatian yang membuat anda tidak boleh bertindak balas rangsangan dari luar dan membuat anda sensitif terhadap hal lain.

Anda sangat sensitif terhadap rangsangan dalaman seperti sakit perut (gastrik) atau kejang-kejang.

Anda sering tidak dapat tidur, tidur tidak nyenyak ataupun bangun terlalu awal.

Anda takut menghadapi malam hari kerana anda susah tidur.

Anda mudah tersinggung atas hal-hal yang tidak penting.

Anda mengambil ubat-ubat tidur dalam beberapa bulan terakhir.

Anda sering menggunakan merokok, alkohol atau ubat-ubatan untuk menenangkan diri dan membantu anda untuk tidur.

Anda ketagihan ubat-ubatan, terutama yang mengandungi zat penenang.

Jika ada salah satu daripada sejumlah senarai tersebut terjadi pada anda, maka dapat dipastikan anda telah menghadapi masalah dalam tidur.   Beberapa masalah tidur antara lain: insomnia, narcolepsy, hypersomnia, dan apnea.   Namun sebelum membincangkan lebih jauh mengenai masalah-masalah dalam tidur, ada baiknya kita memahami apa sebenarnya tidur itu.

PEMBENTUKAN SEL

Tidur adalah proses yang amat diperlukan oleh manusia untuk terjadinya pembentukan sel-sel tubuh yang baru, pembaikan sel-sel tubuh yang rosak (natural healing mechanism), memberi waktu organ tubuh untuk berehat mahupun untuk menjaga keseimbangan metabolisma dan biokimiawi tubuh.   Hal penting yang terjadi pada saat kita tidur adalah penurunan frekuensi Gelombang Otak (Brainwave).

Jadi dengan memahami proses penurunan frekuensi Gelombang Otak (Brainwave), kita dapat melihat bahawa tidur mempunyai beberapa tahap, bermula dari keadaan santai (gelombang alpha), tidur dengan mimpi (adanya REM - Rapid Eye Movement) atau dalam keadaan kreatif iaitu gelombang theta, dan   tidur lelap tanpa mimpi pada frekuensi gelombang Delta.

Jika kita dapat menetapkan frekuensi Gelombang Otak (Brainwave) kita sampai pada taraf gelombang Delta, kita tidak memerlukan masa tidur yang panjang, tetapi tidur yang berkualiti iaitu lelap tanpa mimpi.   Jika kita sering berada dalam keadaan santai, maka kita tidak memerlukan banyak tidur.   Ketegangan dan stress membuat kita memerlukan banyak tidur, namun justeru dalam keadaan tersebut kita menjadi susah tidur.

Ini adalah beberapa kekeliruan pandangan tentang tidur:

Kita memerlukan sekurang-kurangnya lapan jam tidur setiap malam.

Setiap jumlah jam tidur yang terlewat harus digantikan agar kita dapat kembali ke keadaan normal.

Ubat tidur boleh membantu kita untuk tidur.

Minum minuman beralkohol sebelum rehat boleh membantu kita untuk tidur.

Jika kita tidak boleh tidur, atau kita bercakap ataupun berjalan ketika tidur bererti kita mempunyai masalah tidur yang cukup serius.

Jika kita tidur, kita selalu bermimpi atau selalu tidur nyenyak.

Jika kita susah tidur, tetap berbaring di tempat tidur sampai kita tertidur.

Beberapa orang tidur tanpa bergerak sepanjang malam.

Orang yang tidur siang adalah orang yang malas.

Masalah tidur akan hilang dengan sendirinya jika kita mengabaikannya.

Masalah tidur bukan masalah serius.

Ini adalah penjelasan pelbagai jenis masalah tidur.   Masing-masing masalah ini berbeza cara penanganannya.   Kadang-kadang beberapa masalah memerlukan campur tangan doktor ahli jiwa (psikiater).

INSOMNIA

Insomnia adalah suatu gangguan tidur yang dialami oleh pesakit dengan gejala-gejala selalu merasa letih dan lelah sepanjang hari dan secara terus menerus (lebih dari sepuluh hari) menghadapi kesulitan untuk tidur atau selalu terbangun di tengah malam dan tidak boleh kembali tidur.   Seringkali pesakit terbangun lebih cepat dari yang diinginkannya dan tidak boleh kembali tidur.   Ada tiga jenis gangguan insomnia, iaitu: susah tidur (sleep onset insomnia), selalu terbangun di tengah malam (sleep maintenance insomnia), dan selalu bangun jauh lebih cepat dari yang diingini (early awakening insomnia).   Cukup banyak orang yang mengalami satu daripada ketiga jenis gangguan tidur ini.   Dalam kajian dilaporkan bahawa di Amerika Syarikat kira-kira 15 peratus daripada jumlah keseluruhan populasi mengalami gangguan insomnia yang cukup serius.

Gangguan tidur insomnia merupakan gangguan yang belum serius jika anda alami kurang dari sepuluh hari.   Untuk mengatasi gangguan ini kita boleh menggunakan teknik-teknik relaksasi dan pengaturcaraan bawah sedar.   Yang penting kita harus dapat menjaga keseimbangan frekuensi Gelombang Otak (Brainwave) agar sekerap mungkin berada dalam keadaan relaks dan meditatif sehingga ketika kita harus tidur kita tidak mengalami kesukaran untuk menurunkan Gelombang Otak (Brainwave) kepada frekuensi Delta.

Narcolepsy
Narcolepsy adalah gangguan tidur yang disebabkan oleh gangguan psikologi dan hanya boleh disembuhkan melalui bantuan perubatan dari seorang doktor ahli jiwa.Penyakit ini berbeza dengan insomnia yang berlaku secara terus menerus.   Justeru pesakit narcolepsy ini terkena serangan secara mendadak pada masa yang tidak tepat, seperti sedang memimpin rapat - biasanya berlaku serangan pada keadaan emosi yang tegang seperti: marah, takut atau jatuh cinta.   Serangan narcolepsy boleh melumpuhkan seseorang dalam masa beberapa minit ketika dia masih sedar dan secara tiba-tiba membawanya ke alam mimpi.

Hypersomnia
Gangguan ini adalah kebalikan dari insomnia.   Seringkali pesakit dianggap mempunyai gangguan jiwa atau malas.   Para pesakit hypersomnia memerlukan masa tidur yang sangat banyak dari saiz normal.   Walaupun pesakit tidur melebihi saiz normal, namun mereka selalu merasa letih dan lesu sepanjang hari.   Namun gangguan ini tidaklah terlalu serius dan boleh diatasi sendiri oleh pesakit dengan menerapkan prinsip-prinsip pengurusan diri.

Apnea
Apnea merupakan salah satu gangguan tidur yang cukup serius.   Lebih dari 5 juta penduduk Amerika Syarikat mengalami gangguan ini.   Faktor risiko terkena gangguan ini antara lain: kelebihan berat badan (overweight), usia separuh baya terutama pada wanita, atau usia lanjut (dewasa) yang pernah mengalami kebergantungan ubat.   Apnea adalah penyakit yang disebut juga "to fall asleep at the wheel" kerana sering dialami ketika pesakit sedang memandu kereta.   Apnea terjadi kerana naik turun atau irama yang tidak teratur dari denyut jantung dan tekanan darah.   Ketika diserang, pesakit seketika merasa mengantuk dan tertidur.Pesakit apnea menghadapi kesulitan bernafas bahkan berhenti bernafas pada saat tidur ketika diserang gangguan ini (dalam bahasa Jawa disebut "tindihan").Fluktuasi denyut jantung dan tekanan darah yang tinggi boleh menyebabkan kematian seketika pada pesakit.

PERILAKU MENYIMPANG

Gangguan tidur lain seperti bercakap atau berjalan dalam keadaan tidur, ataupun menggertakkan gigi merupakan gangguan tidur yang tidak berbahaya.   Namun berbahaya jika berjalan dalam tidur menemui objek yang berbahaya (benda tajam, api, dll) atau terjatuh.   Gangguan bercakap dalam tidur hanya akan mengganggu rakan sebiliknya.  

Dengan mengetahui dan memahami pelbagai jenis gangguan atau penyakit tidur kita boleh mengambil langkah yang perlu.   Sepanjang masih boleh diatasi sendiri dengan teknik-teknik pengurusan diri (relaksasi dan pengaturcaraan bawah sedar, meditasi, dan pola hidup yang sihat dan seimbang), maka kita sebenarnya boleh menjadi sebahagian daripada penyelesaian masalah yang kita hadapi.   Untuk gangguan atau penyakit yang serius seperti narcolepsy mahupun apnea, kita harus berunding dengan doktor ahli, kerana mengabaikan gangguan tersebut boleh mengakibatkan fatal (mematikan) bagi pesakit.

Brainwave ini dibuat untuk memaksimumkan kualiti tidur anda dan menyelesaikan masalah gangguan tidur yang anda alami.   Terapi Gelombang Otak (Brainwave) sudah sangat terbukti berjaya untuk pesakit insomnia dan masalah tidur lain.Dengan mendengar Brainwave ini setiap akan tidur, maka tidur anda akan lebih nyenyak.Apabila anda bangun, badan anda akan terasa sangat segar, fikiran tenang dan santai.   Anda boleh menjalani hari dengan penuh semangat dan tubuh yang sihat

Terapi Brainwave Untuk Meningkatkan Kualiti Tidur