Laman Utama
Terapi Brainwave Untuk Relaksasi

TEKNOLOGI SAINTIFIK GELOMBANG OTAK ANUGERAH AGUNG
(UNIVERSAL ENERGY NEUROTHERAPY & BRAINWAVE THERAPY)

Dirancang  khusus untuk para pengamal tenaga dalam ,tenaga aura, prana, rei ki, chi kung atau pengamal tenaga lain yang  mempunyai konsep menghimpun atau menyalurkan tenaga alam semesta untuk pelbagai keperluan.  

Brainwave ini mengandungi muzik dan gelombang bunyi dengan frekuensi tertentu yang merangsang tubuh dan fikiran anda agar selaras dengan frekuensi alam semesta yang secara falsafah metafizik dipercayai boleh membantu anda meningkatkan hasil latihan,   memperbesar penghimpunan tenaga dan melancarkan proses penyaluran tenaga. Anda akan saya bekalkan dengan 7 audio brainwave dimana Semua brainwave tersebut sama fungsinya, iaitu menyelaraskan tubuh dan fikiran Anda dengan gelombang alam semesta (Schumann Resonance 7.83 Hz).

MENINGKATKAN HASIL LATIHAN ENERGI

Nama Produk   Brainwave :  Anugerah Agung Brainwave Universal Energy

Keterangan :   Dirancang khusus untuk   para   pengamal   tenaga dalam ,   prana ,   rei   ki ,   chi   kungatau pengamal   tenaga   lain yang   punya konsep   menghimpun   atau   menyalurkantenaga   alam   semesta untuk   pelbagai   keperluan .  Anugerah Agung Brainwave Universal   Energy   ini mengandungi   audio stimulasi otak dan gelombang   bunyi dengan   frekuensi   tertentu yang   merangsang   tubuh   dan fikiran   anda agar   selaras   dengan frekuensi   alam   semesta   yang secara   falsafah   metafizik dipercayai   boleh   membantu anda   meningkatkan   hasil latihan ,   memperbesar penghimpunan   tenaga dan   melancarkan   proses   penyaluran   tenaga .

Cara Pakai :   Diputar saat sedang meditasi, sedang latihan tenaga atau sedang amalan penyaluran tenaga misalnya, untuk   penyembuhan dan sebagainya.

Harga :   RM150

Allah menciptakan manusia bermula dari sebutir sel, kemudian sel itu membelah diri menjadi dua, empat, lapan, enam belas, tiga puluh dua ... ... dan terus hingga jumlahnya menjadi berjuta.   Allah menciptakan tubuh manusia dari kumpulan berjuta-juta sel yang hidup.   Setiap saat ada sel yang rosak dan mati kemudian digantikan dengan sel baru yang sihat dan segar.   Sepanjang kehidupan kita akan terus menerus berlaku proses penggatian sel yang rosak dengan sel baru yang segar.   Jika proses pertukaran sel yang rosak dan mati ini terganggu maka tubuh kita akan menjadi sakit, tubuh akan dipenuhi dengan sel yang rosak dan mati.Apabila proses ini terus berlanjutan dan proses penggantian sel yang rosak dengan sel baru terhalang atau berhenti sama sekali, maka tubuh akan menjadi rosak dan berterusan dengan datangnya kematian.

Sel tubuh yang sihat dan kuat akan membentuk tubuh yang sihat dan kuat demikian pula sel tubuh yang sakit, lemah dan rosak akan membentuk tubuh yang lemah dan berpenyakitan.   Untuk memastikan tubuh tetap sihat dan segar kita harus memastikan bahawa proses penggantian sel yang lemah dan rosak atau mati di dalam tubuh kita dengan sel baru yang sihat dan segar tetap berjalan dengan baik sepanjang masa.   Sel yang sihat dan kuat mampu mengalahkan berbagai penyakit yang datang menyerang tubuh, dan menjaga agar organ tubuh tetap berfungsi dengan baik.

Tubuh yang mempunyai sel lemah sangat terdedah kepada serangan berbagai penyakit degeneratif seperti darah tinggi, kolesterol, diabetes, kegagalan jantung, gagal ginjal, gangguan lambung, rheumatik, ghout dan lain-lain.   Tubuh juga sangat terdedah kepada serangan penyakit tumor, kanser, HIV dan penyakit harian seperti migrain, flu, batuk, letih, lesuh, tidak berghairah, dan cepat penat.Sel tubuh yang sihat dan kuat mampu mengatasi serangan pelbagai penyakit seperti tersebut di atas.

Setiap sel hidup yang ada di dalam tubuh kita mempunyai tenaga yang disebut tenaga sel.   Kuat tidaknya tenaga sel yang disimpan di dalam setiap sel menjadi kayu ukur bagi sihat atau tidaknya sel tubuh kita.   Tenaga sel boleh dibangkitkan dan dipelihara dengan latihan tertentu.  

Dr.Mohamad Rizal Bin Rosdi Ph.D seorang pakar Tenaga sel yang membuka Akademi latihan tenaga sel di Malaysia menjelaskan bahawa ada tiga cara untuk membangkitkan dan merawat tenaga sel di dalam tubuh kita iaitu dengan latihan olah nafas (Daya prana), menyerap tenaga alam dan melakukan amalan ilmu hikmah   seperti puasa, wirid dan lain-lain.Dengan menggabungkan ketiga kaedah tersebut kita boleh membangkitkan dan merawat tenaga sel yang disimpan dalam setiap sel tubuh kita dan mempercepatkan proses penggatian sel yang rosak atau mati dengan sel baru yang kuat, sihat dan segar.

Pelbagai penyakit yang diderita manusia umumnya terjadi kerana kekagagalan tubuh dalam mengatisipasi pelbagai penyakit dan virus yang datang menyerang.Penyakit juga boleh muncul akibat kekacauan metabolisme tubuh, kegagalan fungsi organ tubuh seperti jantung, hati, buah pinggang, perut, pankreas dan munculnya sel liar seperti kanser dan tumor.   Jika tubuh terlanjur mendapat serangan pelbagai penyakit di atas kesan penyakit tersebut boleh dikurangkan bahkan disembuhkan dengan menggunakan tenaga sel yang dibangkitkan di dalam tubuh setiap orang.

Ada beberapa faktor yang amat berpengaruh terhadap tenaga sel di dalam tubuh manusia antara lain fikiran dan perasaan, pola isirahat, pola makan, dan olah raga yang teratur.   Berfikir dan merasa positif akan membangkitkan tenaga positif pada sel, berfikir dan merasa negatif akan menimbulkan kerosakan, kelemahan dan berakhir dengan matinya sel tersebut hal ini disebut juga sebagai munculnya tenaga negatif pada sel.   Fikiran dan perasaan negatif antara lain merasa sedih, kecewa, dengki, jengkel, menderita, tertekan, terhina, diremehkan.   Fikiran dan perasaan positif antara lain, gembira, puas, redha, ikhlas, bahagia, mulia dan dihargai, dihormati, dan lain sebagainya.   Perhatikan apa fikiran dan perasaan yang menguasai fikiran dan hati anda semua itu akan berpengaruh pada tenaga yang muncul di dalam sel tubuh anda.

Rehat yang cukup, makan secukupnya dan tidak berlebihan diiringi dengan olah raga yang teratur dapat membangkitkan tenaga positif pada sel.   Sebaliknya kurang rehat, makan tidak teratur dan berlebihan, serta tidak pernah bersenam boleh menimbulkan kekacauan pada tenaga Sel.   Sehingga sel tubuh menjadi lemah, sakit, rosak dan pada akhirnya akan mati.   Seharusnya sel yang mati akan digantikan dengan sel baru yang sihat, kuat dan segar, tetapi kerana sel tubuh yang ada dipenuhi oleh tenaga negatif maka proses penggantian dengan sel baru berjalan lambat atau malah gagal sama sekali.   Jika hal ini dibiarkan terus menerus tubuh akan dipenuhi oleh sel yang rosak dan pelbagai penyakit yang mendatangkan rasa tidak selesa.

Banyak cara dilakukan untuk mempertahankan dan meningkatkan tenaga sel di dalam tubuh masing-masing antara lain dengan latihan olah nafas seperti tenaga dalam,senam taichi, qi gong, meditasi, tafakkur,membaca wirid zikir, solat khusyuk, tadabbur Quran, puasa, dan   lain-lain.   Keadaan fizikal yang lemah, sakit-sakitan, tidak mempunyai ghairah hidup, menggambarkan keadaan sel tubuh yang lemah.   Dengan mengubah pola fikir, perasaan dan melakukan latihan seperti diatas tenaga sel akan bangkit dan mengubah keadaan fizikal menjadi sihat, penuh ghairah dan semangat hidup.

MEMBANGKITKAN TENAGA SEL DALAM TUBUH.

Tubuh manusia terdiri daripada unsur fizikal (material) dan rohani, setiap sel tubuh manusia juga terdiri daripada unsur material dan rohani.   Latihan fizikal dan olah nafas akan menguatkan unsur fizikal dari sel tubuh manusia, sedang doa, wirid dan kalimat affirmasi yang dibaca akan menguatkan unsur rohani dari sel tersebut.Apatah lagi ditambah dengan Teknologi Saintifik Anugerah Agung Brainwave Universal   Energy   dengan menggabungkan latihan olah nafas, olah fikiran dengan doa, wirid dan kalimat affirmasi, unsur fizikal dan rohani sel tubuh akan menjadi kuat dan memancarkan tenaga yang disebut tenaga sel.   Tenaga tersebut boleh dimanfaatkan untuk pelbagai keperluan.

Orang yang mempunyai tenaga sel kuat dan cerdas insya Allah mempunyai daya tahan yang tinggi terhadap serangan berbagai penyakit, dan mempunyai kemampuan untuk menyembuhkan diri dan orang lain dari pelbagai penyakit yang dideritanya.   Unsur Fizikal atau bahan-bahan daripada tenaga sel akan musnah bersamaan dengan hancurnya jasad ketika datangnya kematian.Sedangkan unsur rohani daripada tenaga sel ini merupakan Tenaga Nur Ilahi yang akan tetap abadi mengikuti unsur Ruh manusia yang tetap hidup didalam barzakh, dan padang mahsyar kelak.   Tenaga ini akan kelihatan sebagai cahaya yang memancar dari tubuh orang mukmin pada hari kiamat sebagaimana disebutkan dalam surah At Tahrim ayat 8:

Wahai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang semurni-murninya, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, pada hari ketika Allah tidak menghinakan Nabi dan orang   -orang yang beriman bersama dengan dia, sedang cahaya mereka memancar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, sambil mereka mengatakan: "Ya Tuhan kami, sempurnakanlah bagi kami cahaya kami dan ampunilah kami, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu".   (At Tahrim 8)

Unsur rohani (spiritual) dari Tenaga sel merupakan Nur Ilahi yang bersifat kekal dan tetap menyertai Ruh kemanapun ia pergi.   Setelah datang kematian Roh masih terus meneruskan perjalanan hidupnya di alam barzakh, kemudian pada hari kiamat akan dihimpunkan di padang Mahsyar dan setelah dihisab terus meneruskan perjalananya menyeberangi lautan api neraka yang amat panas, selanjutnya berdiam di taman syurga yang tinggi, atau akan tetap tinggal di dalam api neraka yang   amat panas.   Tenaga Nur Ilahi melindungi orang yang berkenaan dalam perjalanan panjang tersebut.   Itulah tenaga yang kekal dan abadi sebagaimana disebutkan dalam surat an-Nahl ayat 96:

"Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal.Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah lakukan."   (An-Nahl 96)

MEMAHAMI SENSASI GETARAN TENAGA.

Sebelum meneruskan latihan meditasi ke tahap selanjutnya, ada baiknya saya memberikan pemahaman terlebih dahulu kepada anda, mengenai adanya SENSASI GETARAN TENAGA ALAM yang anda rasakan pada saat melakukan latihan relaksasi mahupun meditasi ini.   Sehingga diharapkan anda menjadi semakin memahami fungsi dari latihan-latihan yang anda jalani ini.   Dan, pada gilirannya, Kecerdasan Emosi Jiwa anda akan meningkat secara signifikan.

Tubuh manusia sesungguhnya terdiri dari kumpulan pelbagai bentuk tenaga seperti yang terdapat di alam semesta ini.   Tuhan telah membuat manusia dalam keadaan yang paling sempurna diantara semua ciptaanNya.   Anda tahu, pelbagai unsur dan bahan-bahan yang ada di alam ini juga ada di dalam tubuh kita, manusia.   Maha Suci Allah dengan segala firmanNya.

Sebenarnya kita selalu berkaitan, berkaitan dengan pelbagai unsur dan zat di alam ini; secara langsung atau tidak langsung, kita sedari ataupun tidak disedari. Pada orang-orang tertentu, yang mempunyai kemampuan kepekaan tinggi; adanya SENSASI GETARAN TENAGA ALAM selalu boleh dirasakannya dan dimanfaatkannya.   Bahkan orang-orang dengan kemampuan tersebut sering kita anggap punya daya linuwih, punya kekuatan ghaib, supernormal, seorang paranormal atau sakti dan lain-lain.

Kita, manusia sebenarnya juga boleh memanfaatkan tenaga dari alam semesta ini untuk kebaikan kita.   Kita boleh menyerap tenaga alam sesuai kehendak kita.Seperti makanan, kita juga "boleh memakan" tenaga alam semesta itu, untuk keperluan tubuh kita.   Hanya saja kebanyakan orang cuma tahu bentuk makanan secara fizikal, yang dimakan melalui mulut sahaja.   Padahal sebenarnya kita juga boleh makan dengan cara tidak melalui mulut kita.   Kita juga boleh menyerap makanan berupa tenaga alam ini melalui pernafasan kita dan bahkan melalui lubang liang roma kita.   Dan, yang anda perlukan agar boleh melakukan itu adalah niat, keinginan kuat dan disiplin diri untuk menjalani latihan-latihan dan nasihat di sini.

Anda pun sebenarnya boleh merasakan adanya GETARAN TENAGA ALAM ini, kemudian boleh memanfaatkannya.   Hanya saja kita sering tidak memperhatikan dan merasakan adanya SENSASI GETARAN yang diterima oleh tubuh kita; ini disebabkan oleh kesibukan kita sehari-hari.   Sehingga kepekaan dan kemampuan kebanyakan orang dalam merasakan GETARAN TENAGA ini sangat rendah, bahkan hilang sama sekali kerana sudah biasa diabaikan dalam kehidupan sehari-hari.

Sebahagian besar orang lebih mengembangkan kemampuan logik berfikir dan melupakan kemampuan lain di luar logik.   Pelbagai bentuk latihan meditasi, relaksasi, dan olah nafas yang saya tulis di sini, sebenarnya bertujuan membangkitkan kemampuan dan kepekaan yang telah lama mengendap atau hilang dari dalam diri kita, sehingga kita boleh lebih mengoptimumkan potensi diri kita untuk menjalani hidup lebih baik dan berjaya.

Getaran-getaran tenaga yang dirasakan orang boleh tidak sama, semua itu bersifat individualis, biarpun kadang-kadang juga boleh sama.   Dalam latihan meditasi relaksasi pernafasan inipun, anda mungkin boleh merasakan adanya suatu sensasi getaran tenaga diterima oleh badan anda.   Dengan pola latihan meditasi ini, boleh saja seseorang akan menjadi peka terhadap persekitaran, serta boleh mengawal getaran sekitar yang diterimanya; untuk kebaikannya sendiri, dan untuk membantu orang lain.

Pada saatnya, anda pun boleh menyerap tenaga alam semesta ini untuk "makanan tubuh" anda, dan memang anda akan memerlukan tenaga alam ini.Tetapi bagaimana sih wujud dari GETARAN TENAGA itu?   Mungkin anda yang belum tahu, pasti akan bertanya seperti itu?   Saya akan menjelaskannya sesuai pengalaman saya sendiri, kerana hal ini sangat individual sifatnya.

Getaran-getaran tenaga alam semesta, yang pernah saya rasakan itu kadang boleh berupa rasa hangat, rasa panas, sejuk dan juga seperti aliran elektrik atau "setrum".   Itulah getaran-getaran tenaga yang saya rasakan sendiri selama ini.Getaran-getaran inilah nanti yang akan boleh anda serap ke dalam tubuh anda dan getaran inilah yang juga menggerakkan bahagian tubuh anda, seakan-akan tanpa memakai otot itu.

Tubuh anda dalam keadaan seperti itu akan boleh bergerak dengan sendirinya, mengikuti tarikan dari getaran tenaga yang menyatu dengan tubuh anda.   Tubuh anda boleh bergerak tanpa anda suruh.   Anda mungkin akan merasakan hal sama dengan saya, tetapi mungkin juga ada yang beza.   Jangan pedulikan perbezaan itu.   Yang penting di sini, anda sudah belajar sesuatu yang bermanfaat bagi kehidupan anda.

Hal terpenting saat meditasi adalah anda mula berlatih merasakan suatu proses putaran tenaga alam semesta yang menyatu dengan tubuh anda.   Keadaan semasa anda menarik nafas dalam meditasi, akan berbeza berbanding pada saat anda bernafas dalam keadaan biasa.   Jika anda bernafas dalam keadaan biasa sehari-hari, tidak akan terasa adanya suatu medan tenaga yang masuk dan keluar dari tubuh anda; kerana anda menganggap bernafas itu hal sederhana dan memang biasa dilakukan oleh makhluk hidup, secara automatik.

Apabila anda melakukan meditasi, di sini anda cuba merasakan adanya suatu proses putaran tenaga alam semesta, yang anda sedot masuk melalui jalan nafas anda, hidung anda, kemudian anda keluarkan lagi.   Anda mula menarik nafas melalui hidung, masuk ke rongga paru-paru dan mengeluarkan lagi; pada awalnya anda akan merasakan bahawa itu hanya udara atau oksigen (O2) saja.

Tetapi dalam keadaan meditasi seperti huraian di awal tulisan sebelum ini, lama kelamaan oksigen yang anda hirup melalui hidung tadi tidak lagi akan terasa sebagai hawa nafas biasa; melainkan saat itu anda akan merasakan adanya suatu medan tenaga, suatu getaran atau tenaga yang masuk ke dalam tubuhanda.

Kemudian getaran tenaga itu akan berputar-putar di dalam tubuh anda, lalu meresap masuk ke setiap bahagian organ tubuh anda.   Pada akhirnya nanti anda akan boleh memanfaatkan getaran-getaran tenaga yang telah anda serap tadi untuk kebaikan anda sendiri, untuk kesihatan, kebahagiaan dan ketenangan batin anda, sehingga anda boleh rileks dalam menjalani hidup ini.   Dan jika anda boleh rileks, maka berjaya akan lebih mudah menghampiri anda, bila-bila masa dan di mana anda berada.   Bahkan pada peringkat kepekaan tertentu, anda boleh membantu orang lain dengan getaran tenaga alam semesta yang sudah menyatu dengan diri anda ini.

Tetapi saya menulis beberapa latihan di sini bukan bermaksud untuk menjadikan anda sebagai orang sakti punya daya linuwih yang berlebihan.   Tidak ... bukan untuk itu.   Beberapa latihan Meditasi dan Olah Nafas Kesihatan saya tulis untuk memberikan kepada anda sebuah wawasan latihan fikiran dan nasihat praktikal untuk anda lakukan, sehingga anda boleh menjalani hidup anda dengan tenang, selesa serta merasa bahagia dan boleh meraih kejayaan sebagaimana keinginan anda sendiri.   Kemudian anda boleh menularkannya kepada orang lain di sekitar anda untuk dapat bahagia dan berjaya dalam hidup seperti anda.

Fahamilah bahawa kedamaian, ketenangan, kebahagiaan dan kejayaan yang anda miliki boleh mempengaruhi setiap orang di sekitar anda, bahkan mempengaruhi getaran alam sekitar Anda.Seperti layaknya seorang entertainer sejati, anda boleh tampil di atas pentas dengan bagus, menghibur banyak orang, membuat orang-   orang merasa bahagia, boleh merasakan kepuasan hidup, dan anda sendiri juga merasakan hal sama dengan orang-orang itu, ikut bersenang-senang dan terhibur.   Inilah suatu kurnia kebahagiaan hidup dari Tuhan.

Terapi Brainwave Untuk Meningkatkan Hasil Energi