Laman Utama
Terapi Brainwave Untuk Relaksasi

TEKNOLOGI SAINTIFIK GELOMBANG OTAK ANUGERAH AGUNG
(LAW OF ATTRACTION NEUROTHERAPY & BRAINWAVE THERAPY)

Jika anda sudah mempraktikkan kaedah Law of Attraction (LOA) tapi belum berjaya atau kadang  berjaya dan masih sering gagal. 

Terapi Brainwave LOA terbaru ini akan membantu anda  meningkatkan  level  kejayaan  anda. 

Stimulasi dan gelombang bunyi dalam brainwave  ini akan menstimulasi otak anda  menuju keadaan mental  tertentu yang mana anda berhubung dengan alam semesta, visualisasi menjadi lebih jelas dan meningkatkan vibrasi fikiran.

MEMAKSIMUMKAN HASIL LAW OF ATTRACTION (LOA)

Nama Produk Brainwave : Anugerah Agung Brainwave Law of Attraction

Keterangan : Kalau anda sudah mempraktikkan kaedah Law of Attraction (LOA) tapi belum berjaya atau kadang berjaya dan masih sering gagal, Anugerah Agung Brainwave Law of Attraction ini akan membantu anda meningkatkan level kejayaan anda.   Stimulasi dan gelombang bunyi dalam Anugerah Agung Brainwave Law of Attraction ini akan menstimulasi otak anda menuju keadaan mental tertentu yang mana anda berhubung dengan alam semesta, visualisasi menjadi lebih jelas dan meningkatkan vibrasi fikiran.

Cara Pakai : Didengarkan dengan headphone atau speaker apabila anda melakukan visualisasi / meditasi Law of Attraction.   Dalam program ini anda saya bekalkan juga ebook panduan juga diterangkan secara ringkas bagaimana menggunakan Law of Attraction untuk mewujudkan impian anda.

Harga : RM350 

Pernahkah suatu ketika anda memikirkan sesuatu, secara "kebetulan" sesuatu yang terlintas pada fikiran anda tersebut tiba-tiba saja terjumpa? Atau sedang memikirkan atau membayangkan seorang sahabat, dan kemudian pada masa yang hampir sama, sang sahabat juga memikirkan anda? Atau pernahkah anda menghantar SMS pada rakan dan teman anda pun demikian?  Jangan-jangan .... aduh ... .. Bawa Tenaaaang, don't worry ... jangan panik dan menuduh rakan anda menggunakan sejenis "ilmu klenik" .. hehe ..

Kejadian tersebut lumrah berlaku dalam alam fikiran manusia. Fikiran manusia ternyata boleh sambung-menyambung dengan orang lain .... Ada daya tarik-menarik di antara para fikiran itu. Hal yang demikian ini, meminjam bahasa orang Barat disebut Law of Attraction (Hukum Tarik Menarik) yang terjadi antara fikiran manusia. Ketika sedang berfikir, melakukan olah fikir, maka fikiran manusia melepas semacam gelombang ke luar, bergantung macam fikiran yang dikeluarkan.

Jika anda pernah membaca bukunya Michael Losier "The Law Of Attraction", maka akan melihat bagaimana Michael Losier membincangkan LoA menggunakan ilmu NLP (Neuro Linguistic Programming). Ilmu NLP ini dikenali sebagai demistifying tools, yakni alat (peranti berfikir) yang me-non-mistik-kan sesuatu yang sebelumnya dianggap mistik menjadi gejala sehari-hari biasa.

Sebagai gambaran yang lebih jelas, sila jawab soalan ini:

Pernahkah anda mengalami suatu keadaan di mana anda baru melamunkan suatu makanan yang enak, tiba-tiba ada yang membawa (belanja, memberi) anda makanan yang anda harapkan itu?

Pernahkah anda mengalami suatu keadaan di mana anda baru sahaja membayangkan wajah seorang sahabat sambil mengenangkan manisnya hubungan anda, dan tiba-tiba sahabat anda itu menelefon anda, atau justeru tiba-tiba muncul di depan anda?

Pernahkah anda mengalami suatu keadaan di mana anda suatu saat pernah berkhayal / berimaginasi / bervisualisasi tentang suatu pergi berkunjung ke luar negara yang anda inginkan. Tiba-tiba suatu saat anda mendapat bonus bercuti dari seseorang / organisasi (pejabat anda, hadiah bank, lucky draw, kerajaan, dll), padahal anda tidak pernah meminta hal itu pada mereka.

Pernahkah anda mengalami suatu kehilangan benda tertentu, tetapi anda meyakini bahawa benda itu tidak benar-benar hilang. Kemudian apabila anda rileks, membayangkan benda itu sambil mengingati gunanya dan merasa bahawa benda itu sangat bermanfaat, kemudian tiba-tiba anda seperti "didorong" pergi ke suatu tempat tertentu, dan "ajaib", anda menjumpai benda itu di situ? Padahal rasanya anda sudah ke situ sebelumnya, dan bahkan anda tidak ada dugaan bahawa benda itu di situ.

Pernahkah anda sedang tertarik dan berminat sekali mengenai suatu topik, kemudian saat berjalan di kedai buku / perpustakaan tiba-tiba seperti terdorong melangkah ke rak tertentu, dan tiba-tiba ada suatu sampul buku yang seolah meloncat-loncat dan menjemput anda untuk dibaca. Dan bum ...! Buku itu mengandungi topik yang sedang anda cari-cari.

Adakah anda pernah merasa selalu beruntung kerana setiap menginginkan suatu projek / perniagaan, selalu saja ada projek yang datang, padahal anda tidak pernah dengan sengaja mengejarnya atau memintanya.

Pernahkah anda sedang menginginkan melakukan sesuatu, (misal ingin menulis buku), tiba-tiba ada orang yang mengenalkan anda ke penerbit, bertemu di suatu acara dan berkenalan dengan seorang editor atau orang yang mengajak menulis bersama, dan ada seorang setiausaha yang menawarkan diri bekerja untuk anda dalam membantu menulis buku itu. Semua terjadi seolah kebetulan dan anda tidak dengan sengaja mengejarnya dan seterusnya.

Pernahkah anda mengalami rasa yakin yang luar biasa akan mendapatkan tempat letak kereta di suatu tempat tertentu pada masa tertentu di mall atau di pejabat anda. Dan kemudian betul, apabila anda tiba di tempat itu, anda mendapatkan tempat letak kereta di lokasi persisi yang anda inginkan sebelumnya.

Pernahkah anda ingin sekali bercakap di suatu forum / acara, kemudian anda berbincang dengan isteri anda mengenai keinginan itu dan sempat membayangkan beberapa kali. Tiba-tiba apabila anda hadir di acara itu, seseorang yang belum pernah anda kenal sebelumnya memanggil anda ke depan dan meminta anda bercakap mengenai topik yang anda maksudkan itu?

Pernahkah anda mahukan berkahwin umur tertentu misal umur 30 tahun, dengan seorang jodoh yang mempunyai ciri-ciri fizikal tertentu, misal berkulit putih dan tidak gendut. Beberapa kali setelah dewasa, bahkan anda sudah melupakan hal itu, kemudian anehnya semua usaha perkahwinan sebelum umur itu dan dengan orang yang berkarakteristik berbeza menjadi gagal.Lucunya umur 30 tahun anda berkahwin dengan orang yang berkarakteristik seperti itu.

Pernahkah anda mahukan suatu barang sedemikian ingin-nya, bukan untuk anda sendiri, tetapi untuk anak bayi anda. Dan pada saat anda selepas melahirkan, pulang ke rumah, ternyata barang-barang itu sudah ada di rumah anda. Beberapa diberi orang dan beberapa dipinjam orang, sama seperti yang anda inginkan.

Pernahkah anda pada suatu ketika tiba-tiba tanpa alasan yang jelas ingin sekali pergi ke suatu tempat tertentu, bahkan anda sebelumnya tidak pernah secara khusus berada di tempat itu. Dan apabila anda ikuti keinginan itu, ternyata di situ anda menjumpai suatu kejadian yang anda memang ingin buktikan bahawa hal itu memang berlaku. Misal anda mendapati bahawa ada seseorang sedang mencurangi di belakang anda.

Pernahkah anda menuliskan 100 impian / harapan secara bertulis. Bahkan anda tidak tahu bagaimana itu akan wujud, anda cuma yakin sahaja bakal terjadi, anda cuma berkhayal saja betapa indahnya jika kesampaian. Dan beberapa tahun kemudian, apabila anda meninjau kembali ternyata beberapa impian itu sudah terjadi, dan beberapa terus menerus menyusul terjadi.

Pernahkah anda sedang menulis SMS ingin mengundurkan suatu jadual pertemuan dengan seseorang, tetapi tepat sebelum SMS itu anda kirimkan tiba-tiba orang itu menghantar SMS atau menelefon anda meminta jadualnya diundur seperti keinginan anda?

Atau sebaliknya, anda sedang menelefon orang, atau sedang memberi sesuatu kepada seseorang, atau mendatangi rumah / pejabat seseorang, dan lain-lain.Tiba-tiba orang itu mengatakan ... "panjang umur,saya baru saja baru saja teringat awak,awak dah muncul didepan saya ....?"

KESIMPULAN :

Fikiran manusia berhubung antara satu sama lain ... dan dalam keadaan tertentu boleh saling komunikasi.

Perlu pembuktian ilmiah:

Fikiran yang disambungkan, bekerja mengikut kaedah sifat gelombang yang mengenal gangguan gelombang, dan gangguan gelombang boleh berlaku jika 2 gelombang mempunyai frekuensi dan panjang gelombang yang sama (undang-undang Fizik tentang gelombang).

Fenomena Law of Attraction masih dianggap sebagai sesuatu yang bersifat metafizik meski telah terdapat banyak sekali bukti konkrit berkaitan dengan hal tersebut.   ha ini wajar saja terjadi kerana belum adanya penjelasan secara ilmiah tentang fenomena tersebut.   Ditinjau dari segi perubatan Law Of Attraction atau di singkat LOA juga kerap kali berlaku.   Mungkin dalam sisi perubatan disebut sebagai kesan placebo.   Robert Sapolsky seorang neurolog terkemuka menyebutkan bahawa fenomena LOA bukanlah sebuah omong kosong belaka hal ini benar-benar berlaku dan boleh dilihat oleh semua orang dengan mata kasar sekalipun.   Meski dianggap sebagai sesuatu yang tidak rasional namun LOA memang benar berlaku dan kadang-kadang sukar untuk dipercayai.

Kadang-kadang terdapat kes di mana seseorang yang mempunyai penyakit kanser stadium akhir boleh sembuh hanya dengan meminum kapsul yang hanya mengandungi tepung sahaja.   Atau bagaimana seseorang boleh menjadi sangat berjaya dalam kerjayanya dengan sangat cepat.   Inilah salah satu bukti tentang adanya kekuatan daya tarikan menari atau Law Of Attraction.

Law of Attraction atau Hukum Tarikan adalah satu hukum Allah yang menyatakan bahawa “ kita menarik apa yang kita fokuskan ”.

Mengikut sains, setiap benda terdiri dari atom yang mempunyai elektron.  Semua elektron mengelilingi atom pada orbit dan frekuensi yang tertentu.   Frekuensi (getaran) yang sama akan menarik perkara yang mempunyai frekuensi yang sama.  Ini boleh difahami jika kita melihat bagaimana lilitan-lilitan logam dalam kipas menjadi magnet apabila tenaga elektrik dialirkan.

Apabila dikaji, hukum ini menepati hukum Allah swt, seperti yang dinyatakan oleh Hadith Qudsi berikut:

Aku bertindak sebagaimana sangkaan Hamba-Ku. Dan Aku akan selalu bersama hamba-Ku jika dia mengingati-Ku.  Kalau dia mengingati-Ku didalam dirinya, Aku mengingatinya dalam diriku. Apabila dia mengingatiku di khalayak ramai, Aku mengingatinya di tengah khalayak yang lebih ramai lagi (para malaikat dan seluruh makhluk).

Apabila dia mendekati-Ku sejengkal, Aku akan mendekatinya (lebih dekat lagi) sehasta. Apabila dia mendekati-Ku sehasta, Aku mendekatinya sedepa. Apabila dia mendekati-Ku dengan berjalan, Aku mendekatinya dengan setengah berlari”

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Dalam hadith Qudsi di atas, Allah menyatakan bahawa Dia akan bertindak sama dengan sangkaan hamba-hambaNya.  Jika hamba-hambaNya bersangka baik terhadapnya, maka Allah akan memberikan perkara yang baik-baik kepada hambaNya itu.  Sebaliknya, jika hamba-hambaNya bersangka buruk terhadapNya, maka Allah akan menganggap ia sebagai satu doa dan mengabulkan doa-doa itu sesuai dengan permintaan hamba-hambaNya.

Bukankah ia sama dengan LOA? Perkara yang baik akan menarik perkara yang baik-baik.  Begitu juga sebaliknya.  Inilah antara sebab utama agama sering menekankan sikap bersangka baik atau husnuzzon, kerana LOA adalah DOA.

PENTINGNYA MENGETAHUI LOA

Kenapa saya sebutkan bahawa ilmu ini penting?  LOA merupakan asas untuk manusia berjaya di dunia dan akhirat kerana LOA adalah DOA.

Setiap insan ingin berjaya, dan setiap kita tidak boleh menyampaikan impian yang diingini kepada Tuhan tanpa berdoa.  Malah secara tidak sedar pun kita sentiasa berdoa kerana Allah bertindak sebagaimana sangkaan dan tindakan hamba-hambaNya.

Saya sangat yakin ilmu ini dapat membantu kita mengetahui rahsia kenapa sesetengah manusia begitu berjaya dalam hidupnya.  Sesetengah manusia pula kelihatan begitu sukar dalam mencapai impian masing-masing.

Tahukah anda bahawa 1% daripada manusia (orang kaya) meraih 96% daripada kekayaan dunia?  Kejayaan mereka bukanlah rahsia lagi.  Kita juga boleh mencapainya jika rajin belajar, bersikap terbuka, gigih mengamalkan ilmu  yang ada dan sentiasa berdoa kepada Allah.

Dalam usaha membantu rakan-rakan mencapai impian masing-masing, saya telah membuat kajian intensif tentang LOA.  Hasilnya, terciptalah Brainwave LOA.  Modul dan program ini bukan sahaja memberi gambaran kepada anda tentang LOA.  Ia juga dirangka khas untuk membetulkan salah faham yang ada dalam ilmu LOA daripada Barat.

Sebagai contoh, ada di antara sarjana Barat yang menyatakan bahawa kita perlu meminta daripada alam kerana alam akan ‘mengabulkannya'.  Dalam program ini, kami menekankan bahawa segala hajat perlu dipohon hanya kepada Tuhan.  Dalam masa yang sama, alam perlu dihormati dan diuruskan mengikut cara Tuhan supaya pekerjaan kita diberkati dan diberi kejayaan dunia dan akhirat.

Setelah memahami bahawa LOA adalah DO'A, kita sepatutnya menjadi insan yang sentiasa positif.  Walau apapun cabaran dan kesusahan yang menimpa, hadapi dengan tenang dan redha kerana kita sedar bahawa tindakbalas kita akan menentukan apa yang kita terima.

Saya berdoa agar Allah ikhlaskan hati saya berkongsi sesuatu yang bakal merubah hidup tuan puan.  Saya juga berdoa agar kita semua diberi hati yang bersih supaya dapat mengingat dan mengamalkan semua ilmu yang dipelajari hari ini.  Sesungguhnya Dialah yang Maha Mendengar dan Menyempurnakan Hajat.

Terapi Brainwave Untuk Memaksimumkan Hasil Law of Attraction (LoA)