Laman Utama
Terapi Brainwave Untuk Rawatan Masalah Berkaitan Psikologi

TEKNOLOGI SAINTIFIK GELOMBANG OTAK ANUGERAH AGUNG
(STRESS RELIEF NEUROTHERAPY & BRAINWAVE THERAPY)

Mengatasi stress, ketegangan fikiran, perasaan tertekan, kekacauan fikiran dan susah fokus yang disebabkan oleh keletihan mental, target pekerjaan, masalah peribadi atau kerana beban fikiran dan beban perasaan yang lain.

Brainwave santai  dan stimulasi gelombang otak dalam program ini akan membantu anda merilekskan fikiran dengan  cepat. Mendengar Brainwave ini selama 15-30 minit boleh membuat anda merasa segar dan otak anda siap bekerja  kembali.

Anda saya lengkapi dengan 7 file audio brainwave yang dibuat dengan menggabungkan terapi bunyi dan stimulasi gelombang otak. Setiap file berdurasi 30 minit.

MENGATASI STRESS DENGAN TERAPI BRAINWAVE

Nama Produk Brainwave : Stress Relief

Keterangan : Mengatasi stress, ketegangan fikiran, perasaan tertekan, kekacauan fikiran dan susah fokus yang disebabkan oleh keletihan mental, target pekerjaan, masalah peribadi atau kerana beban fikiran dan beban perasaan yang lain. Brainwave santai dan stimulasi gelombang otak di dalam Brainwave ini akan membantu anda merilekskan fikiran dengan cepat. Mendengar Brainwave ini selama 15-30 minit boleh membuat anda merasa segar dan otak anda siap bekerja kembali.

Cara Pakai : Didengarkan dengan headphone atau speaker sambil duduk santai atau berbaring. Mata dipejamkan untuk merasakan alunan Brainwave. Dalam sehari disyorkan mendengar Brainwave ini selama 30 minit. Jika anda tidak ada masa lapang untuk mendengar Brainwave ini secara khusus, maka anda boleh dengar Brainwave ini waktu menjelang tidur. Tiada masalah jika anda tertidur ketika mendengar Brainwave ini.

Harga : RM130

APA ITU STRESS?

Terapi Brainwave Untuk Mengatasi Stres (Tekanan)Dr. Hans Selye, pengasas kepada teori stress atau tekanan perasaan telah mendefinisikannya sebagai “suatu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang disebabkan oleh sesuatu bebanan yang menimpanya.” (Dr. David B. Posen (Lifestyle Counselor and Psychotherapist) ; Stress) ‘Bebanan' ini boleh wujud di dalam bentuk ancaman, cabaran ataupun apa-apa perubahan di dalam hidup seseorang yang memerlukan pengubahsuaian yang selari dengannya.

Ada tekanan perasaan yang baik lagi positif dan ianya dinamakan sebagai “eustress” dan ada pula yang buruk lagi negatif dan ia dinamakan sebagai “distress.”

Tekanan yang positif amat kita perlukan di dalam hidup kita untuk menjadikan kita lebih berhati-hati, terangsang, kreatif dan lebih memberikan tumpuan dan perhatian kepada apa yang sedang kita lakukan. Sebenarnya banyak penemuan dan ciptaan oleh saintis-saintis telah berlaku di saat mereka tertekan dengan masalah-masalah tertentu. Contohnya, ketika Alexander Graham Bell sedang berusaha untuk membantu tunangnya, Mable Hubbard, yang telah hilang pendengarannya, beliau telah berjaya mencipta telefon yang telah meledakkan sistem telekomunikasi pada hari ini.  (Stephen C. Phillips, The Ten Laws Of Success)

APAKAH YANG BERLAKU KETIKA STRESS?

Terapi Brainwave Untuk Mengatasi Stres (Tekanan)Ketika stress, badan kita akan mengeluarkan satu hormon rangsangan yang bernama ‘adrenaline' kedalam saluran darah kita. Hormon ini bersama-sama dengan beberapa hormon yang lain akan menyebabkan beberapa perubahan berlaku di dalam tubuh kita sebagai persiapan untuk melindungi kita.

Di antara perubahan-perubahan itu ialah denyutan jantung bertambah laju dan tekanan darah akan meningkat (untuk mengepam lebihan darah kepada otak, otot dan jantung); gula, lemak dan kolesterol di dalam darah akan bertambah (untuk memberi lebihan tenaga kepada badan); pernafasan seseorang akan lebih laju (untuk menyalurkan lebihan oksigen yang diperlukan) dan begitulah seterusnya.

Perubahan-perubahan ini berlaku secara tabii selari dengan keperluan tubuh kita ketika itu. Walaubagaimanapun, jika stress atau tekanan berpanjangan di dalam hidup kita dan kita pula tidak bijak untuk mengurusnya, ia akan bertukar menjadi ‘distress' yang boleh menyebabkan penyakit-penyakit tertentu menimpa kita.

APAKAH TANDA-TANDA / GEJALA UMUM STRESS?

Manifestasinya adalah berbagai-bagai dan ia boleh dikategorikan kepada empat bahagian :

Fizikal : Keletihan, pening kepala, susah tidur, sakit-sakit badan terutamanya di kawasan bahu dan belakang, degupan jantung yang kuat, sakit dada, meloya, ketar badan, sejuk tangan dan berpeluh.

Mental : Hilang tumpuan, mudah lupa, susah untuk membuat keputusan, tidak boleh berfikir, celaru pemikiran dan tidak boleh berjenaka.

Emosi : Risau, sentiasa bimbang, sugul, marah, mudah kecewa, sentiasa takut, sensitif, mudah hilang sabar dan panas baran.

Perangai : Keluh-kesah, lahir tabiat seperti menggigit kuku dan menggedik-gedikkan kaki, makan yang berlebihan, merokok, minum arak, menjerit-jerit, maki hamun, mengungkit-ungkit dan menyalahkan orang lain serta bertindak agresif.

MASALAH KESIHATAN DAN PENYAKIT-PENYAKIT YANG BERPUNCA DARI STRESS.

Sakit jantung dan angin ahmar (stroke). Stress akan menambahkan asid lemak (fatty acids) di dalam darah dan bahan-bahan ini akhirnya akan bertukar menjadi lemak asli dan kolesterol yang akan menutupi saluran pembuluh darah. Stress juga akan meninggikan tekanan darah di samping memudahkan proses pembekuan darah. Semua ini merupakan perubahan-perubahan yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung dan angin ahmar berlaku. (Health Education Associates, 1996; Stress and Heart Disease)

Insomnia atau susah tidur.  Stress boleh menyebabkan masalah susah tidur dan susah tidur boleh menyebabkan stress, satu pusingan yang amat membinasakan. Di Amerika saja, jumlah mereka yang diserangi masalah ini menghampiri jumlah 36 hingga ke-62 juta orang. (Jeff Davidson, 1977; The Complete Idiot's Guide To Managing Stress)

Kencing manis. Kesugulan dan tekanan hasil dari stress akan menambahkan kadar gula di dalam darah dan ini boleh membawa kepada penyakit kencing manis atau menerukkan keadaan pesakit yang telahpun mengidapnya. (Carol E. Watkins; Northern County Psychiatric Associates; 1998)

Gastrik dan ulser. Penyakit-penyakit pada sistem penghadaman seperti gastrik dan ulser juga mudah berlaku keatas seorang yang mengidap stress disebabkan oleh peningkatan pengeluaran asid ketika diserangi stress, terutamanya,  jika ia menyebabkan kemurungan dan kemarahan yang bersangatan. (Ballieux, R.E., 1984; Breakdown in human adaptation to stress)

Infeksi atau jangkitan kuman. Tekanan atau stress juga akan menyebabkan pengeluaran bahan-bahan ‘catecholamines' seperti ‘epinephrine' dan ‘norepinephrine' ke dalam darah. Bahan-bahan ini berperanan melemahkan sistem pertahanan badan dan ini sekaligus akan memudahkan kuman-kuman untuk menyerang dan menyebabkan penyakit-penyakit. (Stress and the Immune System by Hannah Koenker, 1994) Kajian juga telah menunjukkan bahawa keadaan stress akan meningkatkan peratus kemungkinan seseorang itu dijangkiti kuman di sekitar 74 ke-90% dan dijangkiti virus selsema di sekitar 27 ke-47%. Stress juga akan memudahkan virus yang tidak aktif menjadi aktif semula. (Brosschot, J.F., Benschop, R.J., Godaert, G.L.R., Olff, M., De Smet, M., Heijnen, C.J., Ballieux, R.E., 1994; Influence of life stress on immunological reactivity to mild psychological stress: Psychosomatic Medicine)

Asthma. Ketika menghadapi stress, pesakit yang mengidap lelah akan mudah diserangi oleh penyakit ini disebabkan oleh sistem pertahanan badan yang menurun ketika itu, yang akan memudahkan reaksi-reaksi tertentu berlaku di dalam darah yang akhirnya menyebabkan lelah. (Elliott G.R., Eisdorfer C., 1982; Stress and Human Health)

Di samping itu, kajian telah menunjukkan bahawa stress juga adalah penyebab kepada beberapa penyakit yang lain seperti darah tinggi, sakit sendi (rheumatoid athritis), cirit-birit dan sakit usus (irritable bowel syndrome and ulcerative colitis), mandul dan alahan kulit. (Dr. Maria A. Smith, UTC School of Nursing; Advanced Pathophysiology: Stress & Disease, Chapter 9)

Allah berfirman :

Terapi Brainwave Untuk Mengatasi Stres (Tekanan)

"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (Yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: 'Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada-Nya-lah kami kembali.' Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk." (Al-Baqarah 2:155-157)

Stres adalah respon tubuh seseorang dalam menghadapi pelbagai tuntutan dalam kehidupan. Tuntutan-tuntutan tersebut mungkin merupakan perkara-perkara yang datang dari luar (misalnya: surat pinjaman bank yang tertunggak, teman, pekerjaan, atau hubungan dengan pasangan), atau mungkin juga datang dari fikiran sendiri (misalnya: bagaimana penilaian terhadap diri sendiri). Stres seringkali dicap sebagai sesuatu perkara yang buruk. Namun sesungguhnya setiap orang memerlukan sedikit tekanan agar mereka memiliki hidup yang lebih baik.

TEKNIK ATASI STRESS YANG SIHAT, ANTARA LAIN :

Tidur Sejenak

Tidur sejenak selama 30 - 45 minit akan menyegarkan tubuh kembali. Orang-orang ternama yang memanfaatkan tidur siang untuk menangani stres adalah John F. Kennedy, Thomas Edison dan Salvador Dali.

Pengurutan

Anda boleh mengunjungi seorang pakar urut profesional ataupun meminta pasangan atau seorang sahabat untuk mengurut otot-otot leher dan bahu anda.

Mengekspresikan diri secara artistic

Jadilah orang yang kreatif dan alihkan energi anda secara positif. Anda boleh cuba untuk belajar akting, atau memainkan alat muzik, mengambil gambar, melukis, menulis puisi ataupun menyanyi. Muzik adalah media pereda stres yang sangat baik. Memainkan alat muzik atau cuma sekadar mendengar muzik sangat membantu untuk melegakan stres.

Kerap ketawa

Cara ini bukan rahsia lagi. Tertawa boleh menyebabkan stres yang ada hadapi menjadi lebih ringan. Sentiasa tunjukkan ekspresi yang menyenangkan diwajah anda.

Bersikap lembut terhadap diri sendiri

Sama ada disedari atau tidak, sebenarnya kita secara terus-menerus berbicara kepada diri kita sendiri. Berbicara kepada diri sendiri menunjukkan perilaku dan citra diri. Anda boleh mengubah kedua-dua perkara tersebut melalui pembicaraan yang positif kepada diri anda sendiri. Malahan pembicaraan tersebut boleh menyebabkan perubahan terhadap proses kimiawi tubuh yang menguntungkan, dengan cara mengaktifkan sistem saraf yang menimbulkan relaksasi. Sebaliknya, pembicaraan yang negatif kepada diri sendiri akan menyebabkan rangsangan terhadap sistem saraf simpatik dan menyebabkan tubuh berasa kelelahan.

ATASI STRES ANDA. HIDUP DENGAN SIHAT DAN CERIA.

Terapi Brainwave Untuk Mengatasi Stres (Tekanan)Apa sahaja yang boleh membuat seseorang menjadi stress?   Jawapannya boleh pelbagai, apatah lagi dalam kehidupan moden sekarang ini.   Mulai daripada lalu lintas padat yang perlu dihadapi setiap hari.   Masalah-masalah di dalam rumah tangga, beratnya beban kerja di pejabat, dan masih banyak lagi yang akhirnya membuat kita menjadi lelah, merasa tertekan, dan juga stres.

Stres berpanjangan menyebabkan pengeluaran hormon adrenalin dan kortison yang berlebihan.   Jika hormon ini terus menerus beredar dalam peredaran darah, maka pelbagai masalah kesihatan akan timbul.   Gejala-gejala yang kemudian muncul pelbagai, bermula dari sakit kepala, sakit belakang, ketidakupayaan tubuh mencerna makanan, dan sebagainya.   Daya tahan tubuh pun lemah, dan memunculkan pelbagai penyakit bermula dari ringan seperti selsema, batuk sampai yang berat seperti jangkitan, kanser dan jantung.   Dan yang paling ditakutkan ramai wanita, kortisol yang berlebih boleh mencetuskan naiknya berat badan.   Kortison mengganggu metabolisme tubuh dan melambatkan pencernaan sehingga banyak lemak tertimbun dalam tubuh.

Terapi Brainwave merupakan satu cara mengatasi stres.   Apalagi ketika sedang mengalami stres, Stimulasi gelombang otak boleh memberikan ketenangan dan perasaan lega.   Kerana secara psikologi, Brainwave juga boleh membuat seseorang merasa rileks.   Dalam keadaan rileks, metabolisme tubuh boleh bekerja dengan lebih baik, sehingga sistem kekebalan tubuh pun menjadi lebih baik.

Anda mungkin sudah pernah merasakan bahawa terapi bunyian santai boleh membantu mengatasi stress ringan.   Namun kalau stress berat bagaimana?   Jawapannya ada pada Brainwave Stress Relief yang dihasilkan oleh TerapiOtak4u.com ini.   Dalam Brainwave ini terdapat file audion yang direka khusus untuk membebaskan fikiran anda dari stress.   Apapun penyebab stress yang anda lami, Brainwave Stress Relief sesuai untuk anda.  

Terapi Brainwave Untuk Mengatasi Stres (Tekanan)