Laman Utama
Terapi Brainwave Untuk Rawatan Masalah Berkaitan Psikologi

TEKNOLOGI SAINTIFIK GELOMBANG OTAK ANUGERAH AGUNG
(ANXIETY REDUCTION NEUROTHERAPY & BRAINWAVE THERAPY)

Terapi Brainwave yang direka khusus untuk anda yang sering cemas tanpa sebab, takut hidup, takut mati, takut terkena  penyakit, takut jatuh miskin, takut kehilangan, dan mengalami ketakutan atau kecemasan yang tidak boleh dijelaskan. Brainwave ini membantu anda mengatasi kecemasan yang  berlebihan dengan cara merangsang otak dengan teknologi bunyi dan gelombang otak untuk mendapatkan perasaan selesa,tenang dan damai.

Memprogram fikiran bawah sedar dengan Quantum Mind Programming pula adalah untuk mengatasi  sumber masalah di fikiran bawah sedar untuk kemantapan menjalani hidup.  Sumber  kecemasan  adalah  "Program Fikiran Negatif" yang tertanam di bawah sedar melalui persekitaran atau pengalaman hidup. 

Program tersebut tanpa anda sedari telah mempengaruhi kehidupan dan  perasaan  anda.  Dengan Quantum Mind  Programming untuk menanamkan program baru yang positif, dan digabung dengan terapi stimulasi gelombang otak untuk merangsang otak agar lebih sihat, kecemasan  anda  boleh dikurangkan atau hilang sepenuhnya.

Anda saya berikan 3 file audio brainwave. Dua file audio untuk sesi terapi bunyi, dan satu file audio brainwave untuk sesi pemrograman fikiran (Quantum Mind Programming).

TERAPI UNTUK MENGATASI KECEMASAN

Nama Produk Brainwave : Anxiety Reduction

Keterangan : Untuk  anda yang sering cemas tanpa sebab, takut hidup, takut mati, takut terkena penyakit, takut jatuh miskin takut kehilangan, dan mengalami ketakutan atau kecemasan yang tidak boleh dijelaskan. Brainwave ini membantu anda mengatasi   kecemasan yang berlebihan dengan cara merangsang otak dengan teknologi gelombang otak untuk mendapatkan perasaan selesa,   tenang dan damai. Memprogram fikiran bawah sedar dengan Quantum Mind Programming untuk mengatasi sumber masalah di fikiran bawah sedar untuk kemantapan menjalani hidup .

Cara Pakai : Didengarkan dengan headphone atau speaker sambil duduk santai atau berbaring.   Mata dipejamkan untuk merasakan alunan Brainwave.   Dalam sehari disyorkan mendengar Brainwave ini selama 30 minit.   Jika anda tidak ada masa lapang untuk mendengar Brainwave ini secara khusus, maka anda boleh dengar Brainwave ini waktu menjelang tidur.   Tiada masalah jika anda tertidur ketika mendengar Brainwave ini.

Harga : RM150

Terapi Brainwave Untuk Mengatasi Kecemasan (Rasa Cemas)Gejala kecemasan seringkali disertai dengan jantung yang berdebar, Ketakutan, Peluh sejuk, simpulan pada beberapa bahagian tubuh, nafas yang termengah - mengah dll.  

Kesemuanya di picu oleh tekanan darah dan denyutan jantung yang naik sehingga membuat si   pesakit merasakan perasaan yang sangat menganggu.

Ciri-ciri dari pesakit anxiety adalah begitu dominannya gelombang otak beta pada seluruh bahagian otaknya serta sedikit sekali mempunyaigelombang otak alpha mahupun theta.

Maka dari itu, bagi para pesakit kecemasan sangat bagus jika di stimulus dengan gelombang otak alpha sehingga mampu meredam kecemasan yang dialami.

Kecemasan  adalah suatu keadaan psikologi individu yang berupa ketegangan, kegelisahan,kekhuatiran sebagai reaksi terhadap adanya sesuatu yang bersifat mengancam.

 

GEJALA UMUM KECEMASAN

Setiap orang mempunyai reaksi yang berbeda terhadap kecemasan tergantung pada keadaan masing-masing individu, beberapa simptom yang muncul tidaklah sama. Kadang kala beberapa diantara simptom tersebut tidak berpengaruh berat pada beberapa individu, manakala yang lainnya sangat mengganggu.

1) Berdebar diiringi dengan degupan jantung yang cepat.  

Kecemasan mencetuskan otak untuk menghasilkan adrenalin secara berlebihan pada pembuluh darah yang menyebabkan degupan jantung semakin cepat dan membentuk rasa berdebar. Namun dalam beberapa kes yang ditemui individu yang mengalami gangguan kecemasan kontinum detak jantung semakin lambat berbanding pada orang normal.

2) Rasa sakit atau sakit pada dada.

Kecemasan meningkatkan tekanan otot pada rongga dada.   Beberapa individu dapat merasakan rasa sakit atau sakit pada dada, keadaan ini sering diertikan sebagai tanda serangan jantung yang sebenarnya adalah bukan.   Hal ini kadang kala menimbulkan rasa panik yang justeru memburukkan keadaan sebelumnya.

3) Rasa sesak nafas.

Ketika rasa cemas muncul, saraf-saraf impuls bertindak balas berlebihan yang menimbulkan sensasi dan sesak pernafasan, tarikan nafas menjadi pendek seperti kesulitan bernafas kerana kehilangan hawa.

4) Berpeluh secara berlebihan.

Selama kecemasan muncul berlaku kenaikan suhu badan yang tinggi.   Peluh yang muncul disebabkan otak menyediakan perancangan fight or flight terhadap stressor

5) Kehilangan ghairah seksual atau penurunan minat terhadap aktiviti seksual

6) Gangguan tidur

7) Tubuh gementar

8) Gementar adalah hal yang boleh dialami oleh orang-orang yang normal pada situasi yang menakutkan atau membuatnya gugup, akan tetapi pada individu yang mengalami gangguan kecemasan rasa takut dan gugup tersebut terekspresikan secara berlebihan, rasa gementar pada kaki, atau lengan mahupun pada bahagian anggota tubuh yang   lain.Tangan atau anggota tubuh menjadi sejuk dan bekeringat

9) Kecemasan kemurungan memunculkan idea dan keinginan untuk membunuh diri

10) Gangguan kesihatan seperti sering merasakan sakit kepala (migrain).

Kecemasan atau Anxiety disorder merupakan suatu keadaan fikiran dan perasaan yang bertanda adanya rasa cemas yang berlebihan

Terapi Brainwave Untuk Mengatasi Kecemasan (Rasa Cemas)Contoh seorang pelajar sering cemas ketika ujian peperiksaan, yang selalu cemas akan gagal walaupun dalam latihan dia mendapat nilai yang baik, seorang yang takut jatuh miskin walaupun perniagaan lancar dan simpanannya banyak dan sebagainya.

Seseorang akan mengalami kesukaran untuk mengawal rasa cemasnya. Situasi kehidupan yang penuh stress, berada di persekitaran stress, boleh menyumbang kecemasan.

Gangguan ini boleh bermula bila-bila masa dalam kehidupan, termasuk ketika masih kecil. Banyak orang melaporkan bahawa mereka mengalaminya sudah lama sejauh yang dapat mereka ingat. kecemasan berlaku lebih kerap pada wanita daripada lelaki.

Kaedah yang digunakan untuk mengatasi kecemasan adalah kaedah stimulasi gelombang otak,di mana dengan menggunakan kaedah ini pelanggan-pelanggan dibimbing untuk masuk ke fikiran bawah sedar dan anda cari akar masalah penyebabnya dan kemudian diedukasi semula.

Apabila akar masalah sudah selesai, maka dapat dipastikan bahawa pelanggan tidak akan mengalami kecemasan yang berlebihan.

CARA MENGATASI KECEMASAN

Terapi Brainwave Untuk Mengatasi Kecemasan (Rasa Cemas)Adakah anda pernah atau sering merasakan cemas yang berlebihan?

Adakah anda merasakan cemas yang secara mendadak dan pada akhirnya membuat anda harus dibawa masuk ke ruang kecemasan/ Hospital?

Kemungkin anda di dalam ruang ICU disuntik dengan ubat penenang atau mungkin anda hanya terdiam di depan ruang ICU, agar anda merasakan ketenangan.

Oleh kerana itu kalau rasa cemas itu tiba, tinggal anda masuk sendiri ke ruang ICU tersebut dan langsung ditangani doktor yang sedang bertugas!!!

Anda pernah terjatuh dari motor, kerana mendadak rasa cemas itu anda rasakan dan anda sudah tidak boleh mengawal diri anda sendiri?

Atau anda merasakan kecemasan ketika memandu kereta sendiri kerana takut terjadi sesuatu dengan diri anda, anda merasakan kecemasan di depan lampu merah, bertambah cemas lagi melihat seolah-olah semua orang sedang memandang anda

Pernahkah anda mengalami sekali atau dua kali peristiwa di atas?

Adakah anda pernah mengatasi rasa kecemasan di atas?   Bagaimana cara anda mengatasi kecemasannya?   Apakah cara mengatasi kecemasan anda sudah berkesan?

Ada info baik untuk anda tentang bagaimana cara mengatasi kecemasan selain anda perlu ke pakar psikiatri atau minum ubat penenang. Cara mengatasi kecemasan ini tidak memerlukan ubat penenang atau pakar psikiatri.   Cara mengatasi kecemasan ini malah meminta anda untuk tidak mengambil ubat penenang sebelum menjalani terapi.   Cara mengatasi kecemasan ini juga dengan cara semulajadi dan saintifik.

Cara mengatasi kecemasan ini adalah dengan TERAPI STIMULASI GELOMBANG OTAK.

Terapi yang diperlukan untuk menghilangkan rasa cemas berlebihan dengan cara alami atau tanpa ubat ini adalah BRAINWAVE

CARA MENGATASI KECEMASAN DENGAN TEKNOLOGI SAINTIFIK GELOMBANG OTAK

Terapi Stimulasi Gelombang Otak adalah kaedah yang terbukti sangat baik dan berkesan untuk mengatasi segala masalah yang berkaitan dengan emosi dan otak atau fikiran. Kerana kecemasan diakibatkan oleh fikiran, maka brainwave boleh membantu mengatasi kecemasan.   Pada dasarnya brainwave iaitu menggunakan relaksasi fikiran untuk menuju ke fikiran bawah sedar dan seterusnya membuat terapi di fikiran bawah sedar.

BAGAIMANA CARA MENGATASI RASA CEMAS DENGAN BRAINWAVE?

Cara mengatasi kecemasan dengan merapikan emosi yang "terkurung" di fikiran bawah sedar.   Yang dilakukan brainwave adalah MELEPAS semua emosi yang terkurung yang membuat anda mengalami rasa cemas.   Seperti yang dihuraikan di atas kerana semua emosi itu baik itu rasa, cemas, marah, takut, khuatir, stress dan lain-lain itu semua berada di fikiran bawah sedar, maka cara yang baik dan berkesan adalah dengan cara bekerja di fikiran bawah sedar untuk membuang perasaan   cemas

Cara mengatasi rasa cemas dengan brainwave cara lain adalah dengan mencari pokok masalah dari penyebab rasa cemas itu, dan menyelesaikannya.Jadi tidak semudah hanya melepaskan emosi.

APAKAH HASIL DARI TERAPI BRAINWAVE ADALAH KEKAL/BERKEKALAN JANGKA MASA PANJANG?

YA, TENTU SAJA!   Ketika anda sungguh-sungguh berubah setelah diterapi dan merasakan keselesaan dengan diri anda dan merasa sama semua cemas yang pernah anda alami itu hilang semua, semuanya boleh kekal.   Kerana anda telah melepaskan semua emosi yang selama ini terkurung di fikiran bawah sedar anda dan minda separa sedar anda juga telah banyak belajar sesuatu yang baru dari terapi yang dilakukan.

DIMANA TEMPAT TERAPI BRAINWAVE YANG BAIK?

Anda boleh mengatasi kecemasan, mengatasi insomnia atau mempelajari cara menghilangkan sakit hati di TerapiOtak4u.com, sebuah Pusat Penyelidikan Terapi Saintifik Gelombang Otak Anugerah Agung yang disahkan dan telah mempunyai banyak pesakit yang telah dibantu melalui terapi Stimulasi Gelombang Otak.

Terapi Brainwave Untuk Mengatasi Kecemasan (Rasa Cemas)