Laman Utama
Terapi Pemograman Otak Secara Saintifik (Brainwave)
Terapi Brainwave Bayi dan Kanak-Kanak

TEKNOLOGI SAINTIFIK GELOMBANG OTAK ANUGERAH AGUNG
(FOR STOP BEDWETTING NEUROTHERAPY & BRAINWAVE THERAPY)

Nama Produk Brainwave : Anugerah Agung Brainwave For Stop Bedwetting

Keterangan : Terapi untuk anak, remaja dan orang dewasa yang masih mempunyai kebiasaan terkencing ketika tidur. Kencing malam adalah hal yang wajar bagi bayi, namun bagi anak-anak yang cukup besar, bagi remaja dan apalagi orang dewasa, kencing malam adalah hal tidak wajar. Dengan teknologi Brainwave Anugerah Agung, stimulasi gelombang otak dan pemrograman Minda, seseorang boleh dirawat untuk bebas dari kebiasaan Kencing Malam. Catatan: Brainwave Stop Bedwetting ini tidak ditujukan untuk orang yang terkencing disebabkan factor usia yang sudah lanjut atau menderita penyakit tertentu.

Panduan Penggunaan :
UNTUK ANAK : Didengar ketika anak anda sedang tertidur lelap dengan volume yang cukup untuk didengar orang normal. Proses terapi berjalan sekitar 30 minit.

UNTUK DIRI SENDIRI : Didengar sebelum tidur. Tidak masalah jika Anda tertidur ketika mendengarkan terapi brainwave dan stimulasi gelombang otak selama 30 minit ini.

Harga : RM130

MENGHENTIKAN KEBIASAAN KENCING MALAM

Enuresis terjadi pada anak-anak, tetapi boleh juga terjadi pada orang dewasa. Hanya saja, pada orang dewasa lebih lazim disebut  urinary incontinence .

KANAK-KANAK KENCING MALAM PERLU DIRAWAT

HARIS (nama samaran), asyik termenung sepanjang hari sejak pulang dari sekolah petang tadi. Puncanya kerana pengumuman yang dibuat oleh guru kelasnya yang akan membawa pelajar mengikuti perkhemahan percutian hujung minggu ini.

Berbeza dengan rakan sekelasnya yang lain, kegembiraan Haris hanya seketika. Hatinya tiba-tiba tidak keruan apabila memikirkan tabiat kencing malam yang dialaminya sejak kecil. Jika terpaksa bermalam bersama rakan, sudah tentu rahsia yang dipendam sekian lama itu akan terbongkar. Sekiranya itu terjadi, bukan saja rakan sekelasnya, malah seluruh warga sekolah itu akan mentertawakannya.

Berita itu juga akan merebak sehingga ke seluruh kampung dengan cepatnya! Sesungguhnya Haris tidak sanggup menghadapinya. Lebih baik dia mencari alasan untuk tidak menyertai perkhemahan itu. Namun jauh di sudut hati, perkhemahan itu pastinya menarik sekali.

Terapi Brainwave Untuk Menghilangkan Kebiasaan Kencing MalamYa! tabiat kencing malam sememangnya membuatkan kanak-kanak merasa cukup rendah diri. Keadaan itu mengganggu mental dan aktiviti sosial kanak-kanak. Walaupun ia bukan sejenis penyakit, kencing malam perlu dirawat bagi memastikan kanak-kanak dapat menjalani hidup normal.

Pakar Nefrologi Pediatrik, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Prof Madya Dr Kanaheswari Yoganathan, berkata kajian membuktikan kanak-kanak kencing malam mungkin berdepan masalah psikologi seperti tahap keyakinan dan jati diri yang rendah.

“Kesan psikologi akan bertambah sebaik kanak-kanak ini memasuki alam persekolahan iaitu pada usia enam dan tujuh tahun. Kencing malam menjadi isu yang boleh memalukan. Kanak-kanak ini mula merasa berbeza dengan rakan sebaya lain dan seterusnya merasa terasing dari segi sosial dan penurunan jati diri,” katanya ketika ditemui di HUKM Cheras, baru-baru ini.

Kajian yang dijalankan pada 2001 mendapati kencing malam bukan saja memberikan kesan psikologi kepada kanak-kanak, tetapi juga ibu bapa.

“Di Malaysia, sejak bertahun lamanya, kencing malam dianggap bukanlah satu masalah. Berbeza dengan hari ini, ibu bapa terutama di bandar merasakan keadaan ini sebagai satu masalah yang membebankan. Setiap hari mereka perlu menjemur tilam dan masalah sukar membawa anak bercuti atau bermalam di tempat lain turut menimbulkan tekanan.

“Ibu bapa moden hari ini merasakan sesuatu harus dilakukan bagi menghentikan tabiat ini dan akhirnya membawa anak mereka untuk mendapatkan rawatan di hospital,” katanya.

Berdasarkan statistik, kencing malam dialami kira-kira 10 peratus kanak-kanak berusia lima hingga tujuh tahun. Hampir lima peratus kanak-kanak berusia 10 tahun turut mengalami kencing malam. Kencing malam juga membabitkan hampir satu peratus golongan dewasa.

Pada tahap usia kecil iaitu bawah lima tahun, tidak banyak perbezaan dari segi jumlah di kalangan kanak-kanak lelaki atau perempuan. Bagaimanapun, masalah kencing malam lebih kerap ditemui di kalangan kanak-kanak lelaki apabila usia meningkat dewasa dengan kadar 60 peratus berbanding 40 peratus di kalangan kanak-kanak perempuan.

Kajian yang dijalankan menunjukkan tiada sebab khusus yang menyebabkan kencing malam lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak lelaki. Begitu pun, didapati kebanyakan mereka yang mengalami kencing malam bersifat merahsiakan tabiat mereka itu.

Antara tanda menunjukkan kanak-kanak yang menghidap kencing malam perlu dirawat ialah apabila masalah berkenaan masih berterusan walaupun kanak-kanak itu sudah mencecah usia melebihi enam tahun.

“Kencing malam bukanlah satu penyakit kerana bagi sesetengah kanak-kanak, mereka memerlukan masa lebih lama untuk belajar mengawal pundi kencing sehingga mereka berusia lima tahun. Kencing malam boleh diwarisi daripada keluarga.

“Anak mengalami 15 peratus risiko sekiranya kedua ibu bapa tidak mengalami kencing malam, tetapi jika salah seorang ibu bapa pernah mengalami kencing malam, 45 peratus risiko untuk anak mengalami masalah sama. Risiko meningkat kepada 75 peratus seandainya kedua ibu bapa pernah mengalami kencing malam,” katanya.

Apa yang penting, ibu bapa perlu memahami kencing malam bukanlah salah kanak-kanak. Rawatan awal boleh mengembalikan tahap jati diri anak dan mengurangkan masalah psikologi yang dialaminya pada kemudian hari.

“Sebelum memulakan rawatan, pastikan anak belajar mengosongkan pundi kencing sebelum tidur. Pastikan bilik tidur tidak terlalu gelap sehingga menakutkan anak untuk ke tandas pada tengah malam.

Elakkan anak minum minuman berkafein seperti minuman bergas kerana ia membuatkan tubuh menghasilkan lebih banyak air kencing dan menjadikan anak merasa cepat dahaga.

“Elakkan juga anak daripada masalah sembelit kerana ia boleh menyebabkan pundi kencing tertekan dan membuang air kecil lebih kerap,” katanya.

Rawatan lain bagi menggalakkan kanak-kanak tidak kencing malam ialah dengan memberikan carta bersama pelekat berbentuk bintang. Setiap hari kanak-kanak perlu menandakan hari mereka ‘kering' (tidak kencing malam) dengan menggunakan pelekat bintang.

Terapi Brainwave Untuk Menghilangkan Kebiasaan Kencing MalamCara itu menggalakkan kanak-kanak tidak kencing malam kerana berusaha untuk memenuhkan jadual dengan pelekat berkenaan dan secara tidak langsung, membolehkan kanak-kanak dan doktor melihat pencapaian mereka. Konsep penghargaan dibentuk sebagai hadiah untuk usaha mereka.

“Selain itu, ada sejenis alat pembunyi amaran yang diletakkan pada seluar anak. Alat ini sensitif pada lembapan dan akan berbunyi sebaik mengesan air kencing untuk membolehkan kanak-kanak segera bangun daripada tidur dan ke tandas. Kaedah ini sudah diamalkan sejak 40 tahun lalu di luar negara,” katanya.

Seandainya rawatan di atas tidak berkesan, masalah kencing malam boleh dirawat dengan pemberian hormon Desmopressin yang mengurangkan pengeluaran air kencing. Sesetengah kanak-kanak memiliki sedikit hormon ini yang menyebabkan pundi kencing mereka sentiasa penuh sehingga terpaksa bangun lebih 2 kali untuk kencing malam.

FAKTA NOMBOR (KENCING MALAM)

85% - Kanak-kanak tidak lagi kencing malam apabila usia mencecah lima tahun

15% - Kanak-kanak lima tahun ke atas masih kencing malam.

5% - Kanak-kanak akil baligh masih kencing malam.

1.5% - Orang dewasa masih kencing malam.

FAKTA (KAJIAN DI MALAYSIA)

8 peratus kanak-kanak mengatakan mereka malu dengan masalah kencing malam

Tetapi 87 peratus tidak mendapatkan rawatan

Kerana

Budaya kita yang menerima fenomena ini?

Tidak menyedari kesan ke atas kanak-Kanak?

Tidak menyedari pilihan rawatan?

Tindakan apabila anak kencing malam:

Jangan marah atau kritik anak kerana ia bukan salahnya

Jangan malukan anak dengan membincangkan masalah anak dengan orang lain terutama ketika kehadirannya.

LAKUKAN

Pastikan anak tidak bersendirian

Tekankan kencing malam bukan salahnya

Berikan motivasi dengan memuji anak apabila tidak kencing malam.

IKHTIAR SETERUSNYA DENGAN MENGGUNAKAN TEKNOLOGI ANUGERAH AGUNG BRAINWAVE STOP BEDWETTING

Kencing malam merupakan kebiasaan dan merupakan akibat dari lemahnya sensor motorik yang dimiliki oleh seseorang yang sering Kencing malam.

Dengan gelombang frekuensi yang tepat  maka dapat melatih respon sensor motorik pesakit sehingga mampu menangkap signal yang bersifat naluriah seperti keinginan untuk buang air kecil meskipun dalam keadaan yang paling dalam sekalipun.

Jika masih diperingkat bayi maka Kencing malam merupakan hal yang wajar kerana mereka masih belum memiliki kepekaan yang lebih terhadap signal yang diberikan oleh tubuh ketika hendak buang air kecil sehingga bayi mengabaikan signal tersebut. Dengan Teknologi Brainwave Madinatul Asrar Menghentikan Kebiasaan Kencing Malam  (STOP BEDWETTING) ini pesakit mampu memiliki kepekaan yang bertambah sehingga tidak lagi memiliki kebiasaan kencing pada malam hari.

Terapi Brainwave Untuk Menghilangkan Kebiasaan Kencing Malam