Laman Utama
Terapi Pemograman Otak Secara Saintifik (Brainwave)
Terapi Brainwave Bayi dan Kanak-Kanak

TEKNOLOGI SAINTIFIK GELOMBANG OTAK ANUGERAH AGUNG
(FOR SLEEP & RELAXATION BABY NEUROTHERAPY & BRAINWAVE THERAPY)

Nama Produk Brainwave : Anugerah Agung Brainwave For Sleep & Relaxation Baby

Keterangan : Anugerah Agung Brainwave For Sleep & Relaxation Baby yang dirancang khusus untuk menenangkan perasaan bayi sehingga lebih tenang, dapat tidur lebih nyenyak dan membuat bayi lebih sihat. Sesuai untuk bayi usia 0-18 bulan yang sering menangis kerana sedang sakit atau sering menangis tanpa alasan yang jelas.

Panduan Penggunaan : Boleh digunakan pada bila-bila masa saja, baik ketika bayi sedang tidur, terjaga, sedang menangis atau ketika bayi dalam keadaan tenang.

Harga : RM130

Sound Therapy dalam Brainwave For Sleep & Relaxation Baby diprogram khusus untuk menenangkan perasaan bayi sehingga lebih tenang, dapat tidur lebih nyenyak dan membuat bayi lebih sihat. Sesuai digunakan untuk bayi usia 0-18 bulan yang sering menangis kerana sedang sakit atau sering menangis tanpa alasan yang jelas .

ANUGERAH AGUNG BRAINWAVE FOR SLEEP & RELAXATION BABY

Apakah anda selalu gugup, gelisah atau bahkan stress mendengar tangisan bayi anda yang terus menerus menangis..., kerana ketidaktahuan anda untuk memenuhi keinginan bayi anda di balik tangisannya tersebut

Manfaatkan Teknologi Brainwave untuk membuat bayi anda semakin relaks, tenang dan lebih nyenyak tidur melalui teknologi Saintifik Gelombang Otak. Lihat perbezaannya ..., hidup anda kini menjadi lebih tenang dan selesa kerana anda lebih memahami tentang buah hati anda dari sebelumnya ....

PENGENALAN

Terapi Untuk Menidurkan dan Merehatkan BayiMembuat bayi untuk tertidur memang tidak mudah, bahkan boleh membuat jengkel orang tua jika sang anak tidak kunjung tidur juga. Pada dasarnya bayi itu sangat sensitif terhadap rangsangan, itulah perkara yang menyebabkan bayi tidak boleh langsung tertidur.

Salah-salah jika sang ibu tidak benar menaruh bayi di tempat tidur, bayi benar-benar tak mahu tidur. Untuk itulah, si ibu harus benar-benar tahu teknik yang tepat dalam menidurkan bayi dan cara menaruh bayi tersebut di tempat tidur.

Berdasarkan hal tersebut, artikel ini akan membincangkan beberapa tips yang boleh digunakan sang ibu dalam menidurkan bayinya dan meletakkan bayinya di tempat tidur. Tetapi, kunci kejayaan dari tips-tips ini adalah kesabaran dan kasih sayang yang tulus dari sang ibu. Selamat membaca dan semoga berguna.

Pilihlah tempat yang selesa sebagai tempat tidur bayi. Bayi sangat suka sekali dengan kehangatan, baik dari suhu di mana tempat ia berada ataupun dari dakapan sang ibu. Maka dari itu, ketika sang ibu mahu menidurkan bayi, ada baiknya sang ibu mendakap bayi sambil menggoyangkan-goyangkan badan dengan ritme yang lembut dan tetap, lalu sang ibu juga sebaiknya memilih bilik yang hangat agar bayi boleh tidur terlelap.

Urut-pijatlah mata bayi anda dengan lembut dan berikan kucupan dengan melakukan ini, bayi akan merasa selesa dan selamat dengan keadaan di sekitarnya. Sebaiknya hal ini dilakukan ketika anda menggendong bayi anda, biarkan ia merasakan kasih sayang anda. Maka dengan sendirinya, sang bayi akan merasa mengantuk dan tertidur di gendongan anda.

Taruhlah bayi anda di tempat tidur dengan sangat perlahan Tapi, sebelum anda menaruh bayi anda di tempat tidurnya, anda harus sudah menyiapkan tempat tidur yang benar-benar selesa dan empuk dan susunlah bantal dan guling agar menjadi penyangga dan pelindung bagi bayi anda. Nah, ingatlah dalam menaruh bayi ke atas tempat tidurnya, anda harus benar-benar tidak membuat bayi terkejut.

Jika bayi terkejut, maka ia akan menangis dan tidak mahu tertidur lagi. Cara yang terbaik adalah menggendong bayi anda sambil bergerak menuju ke tempat tidur dan ketika anda ingin merebahkan bayi anda, biarkanlah badan anda ikut merebah sedikit, dengan tujuan agar bayi tidak mendapat goncangan yang boleh membuatnya menangis.

LATIH GAYA TIDUR BAYI DARI Dari 0 - 3 BULAN

Terapi Untuk Menidurkan dan Merehatkan BayiBayi yang baru lahir sememangnya lebih banyak menghabiskan waktunya dengan tidur, selalunya antara 14 - 18 jam sehari dan sedikit berkurangan antara 12 - 19 jam setelah berusia sebulan. Selalunya bayi akan tidur berterusan antara 2 hingga ke 4 jam sebelum bangun terutama pada minggu awal selepas dilahirkan.

Bangun tidur bayi selalunya tidak menentu namum ternyata ia mungkin membuat anda harus sedia setiap masa dan peka apabila bayi bangun samada untuk menukar lampin atau menyusukannya. Sudah tentu juga tidur malam anda akan terganggu apabila bayi banyak terjaga dan meragam pada waktu tersebut.

Apa Yang Berlaku?   - Jika anda perhatikan pada bayi yang baru lahir, bayi selalunya tidur dengan kelopak matanya selalu bergerak-gerak. Keadaan tersebut sebenarnya berkait rapat dengan keperluan dan perkembangan dalam otaknya. Gaya tidur bayi peringkat awal ini tidak sama dengan orang dewasa. Dalam keadaan ini, bayi sebenarnya tidak tidur nyenyak. Kerana itu dia mudah terkejut dan terjaga apabila ada gangguan di sekelilingnya seperti bunyi bising.

Keadaan ini adalah salah satu proses perkembangan bayi dan ia tidak kekal lama, akan hilang apabila bayi semakin membesar.

Selepas Itu?   - Jika pada peringkat awal, bayi banyak berjaga pada waktu malam, namum apabila usianya memasukki 6 - 8 minggu ke atas, corak tidur bayi selalunya mula berubah. Ketika ini, bayi mula banyak terjaga di siang hari dan lebih banyak tidur pada waktu malam melainkan bangun untuk menyusu apabila terasa lapar. Kali ini, bayi mula tidur nyenyak dan tidak begitu mudah terganggu seperti pada minggu terawal sebelum ini.

BAGAIMANA MENCORAKKAN GAYA TIDUR POSITIF PADA BAYI?

Berikut Panduannya.

Kenali Tanda Bahawa Bayi Anda Sudah Letih   - Sewaktu usia bayi memasukki 6 minggu ke atas, selalunya bayi tidak akan mampu bertahan untuk berjaga lebih dari 2 jam pada satu-satu masa. Kerana itu anda harus peka dan tidak membiarkannya terus memaksa diri untuk berjaga kerana jika bayi terlalu letih, ia boleh menyukarkannya untuk tidur. Anda harus peka memperhatikan tanda-tanda bahawa bayi sudah mula letih seperti menggosok-gosok matanya, menarik telinganya atau bahagian sekitar matanya sudah mula kemerahan. Jika anda melihat tanda-tanda tersebut, bermakna anda harus menidurkan bayi anda.

Ajarinya Mengenali Waktu Siang Dan Malam   - Mulakan untuk mengenalkan bayi perbezaan waktu siang dan malam. Apabila bayi bangun pada waktu siang, biasakan dengan suasana siang seperti biarkan cahaya luar menerangi ke dalam rumah, hindari suasana yang gelap, biasakan dengan bunyi bising seperti televisyen atau radio dan bermain bersamanya. Manakala pada waktu malam, ubah suasana menjadi sedikit gelap (jangan biarkan lampu menerangi keseluruhan ruangan biliknya), pastikan suasana sunyi dan tidak bising dan jika bayi terbangun pada tengah malam, jangan ajarnya bermain. Ini bagi membezakan waktu siang dan malam agar bayi mula mengenali bila sebenarnya waktu dia bermain dan waktu dia perlu tidur dengan nyenayk.

Cuba Biarkan Bayi Tidur Dengan Sendirinya   - Pada usia 8 minggu ke atas, anda boleh mula mengajari bayi anda untuk tidur dengan sendirinya. Bagaimana? Letakkan bayi di katilnya apabila dia sudah mengantuk tetapi masih dalam keadaan berjaga. Selalunya jika sudah terlalu mengantuk, bayi akan tidur dengan sendirinya. Namum jika sudah sejak lahir anda menidurkan bayi dengan cara mendodoikannya, sudah tentu sukar untuk anda memulakan langkah ini. Tidak mengapa, mendodoikan bayi anda juga tidak salah bagi menidurkannya kerana ramai ibu berpendapat ia satu cara yang normal dan enjoy untuk melakukannya untuk si kecil anda.

BANTU ANAK ANDA TIDUR

Terapi Untuk Menidurkan dan Merehatkan BayiBayi punya pelbagai ragam, ibu bapa pula punya pelbagai gaya hidup. Bermulanya episod tidur bagi si kecil bermakna bermulalah "mimpi ngeri" bagi anda. Tidur anda pasti tidak nyenyak lagi berbanding dulu.

Bukan salah anda bayi tidak dapat tidur lena, ini kerana terdapat pelbagai faktor yang mendorong bayi kerap tejaga pada waktu malam. Antaranya, wujud rasa tidak selesa atau kesakitan yang lazimnya terjadi akibat proses pertumbuhan gigi, lampin yang terlalu basah, kelaparan, hidung tersumbat, kepanasan atau kesejukan, ruam lampin mendorong bayi "mencemarkan" waktu lenanya.

Bayi yang menghadapi masalah kesihatan seperti demam, jangkitan telinga, alahan, kembung perut, kecacingan dan sebagainya turut menjadi faktor bayi kerap menangis dan terjaga pada waktu malam.

Perkembangan peringkat demi peringkat yang dialami oleh si kecil juga sedikit sebanyak menyumbang kepada gangguan tidurnya. Sama ada belajar meniarap, duduk dan menggangkat kepala, aktiviti yang dilakukan sepanjang hari itu mengganggu tidur malamnya.

Terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan bagi menidurkan bayi antaranya melakukan urutan, menyanyi dan membacakan buku untuknya. Jadualkan rutin harian aktiviti bayi anda dan corak tidurnya dan pastikan bayi anda tidur pada waktu yang sama setiap hari.

Anda perlu tahu tanda-tanda yang menunjukkan bayi telah memasuki episod tidur lena sebelum memindahkannya ke tempat tidur yang lebih selesa. Sekiranya bayi anda merengek pada waktu malam, tunggu sehingga beberapa minit untuk memastikan sama ada dia kembali tidur atau tidak.

Jika tangisan berlanjutan, cuba tepuk dan usap belakang badannya. Elakkan daripada mendukung bayi anda kecuali jika dia tidak mampu mengawal dirinya. Letak dan berundur dari bilik si kecil setelah dia kembali senyap. Ulang perbuatan ini hingga bayi anda lena semula.

Ketika tidur bayi mungkin sibuk merenggut, menyentak, menghisap atau tersenyum. Keadaan ini merupakan perkara biasa kerana bayi sebenarnya sedang tidur lena. Pergerakan ini berlaku kerana bayi anda berada dalam kedaan tidur REM atau bermimpi. Tabiat tidur bayi banyak dipengaruhi kebolahan dan kebijaksanaan ibubapa mempengaruhi persekitaran tidur yang lebih selesa. jangan memaksa sebaliknya cipta suasana tidur untuknya.

Pendengaran   - Moro refleks yang berlaku dalam tidur bayi banyak menyakinkan bahawa sistem saraf bayi anda sedang berfungsi dengan baik. Keadaan ini akan hilang ketika bayi berada di sekitar usia empat bulan. Daripada membiarkan bayi anda terlena ketika dibuai atau disusukan, seeloknya anda nyanyikan atau bercakap dengan suara lembut sambil membelainya sehingga dia tertidur.

Fizikal   - Sekali-sekala bayi yang tidur akan tersentak tiba-tiba. Ia dipanggil Moro refleks (releks terkejut). Ia berlaku tanpa sebab yang jelas walaupun sering disebabkan oleh bunyi yang kuat seperti hentakan.

Minda   - Definisi "tidur lena" bagi bayi biasanya adalah untuk jangka masa lima jam. Jangka waktu tidur mereka lebih pendek berbanding orang dewasa. Pada seawal usia enam bulan pertama, bayi kerap terjaga dua atau tiga kali semalam.

Anugerah Agung Brainwave For Sleep & Relaxation Baby dibuat berdasarkan hasil penelitan dari University of Western Sydney yang menyatakan bah a wa terapi gelombang otak dapat membantu bayi-bayi yang sakit di bilik rawatan intensif, dan membantu perkembangan tingkah laku normal si anak, serta membuatnya lebih tenang, tidur nyenyak, tidak mudah menangis, atau sensitif.

Penelitian yang dilaporkan pada Kongres Terapi Mu z ik Dunia di Brisbane tahun 2005 ini menunjukkan bah a wa bayi yang dirawat di ruang perawatan intensif hospital dan mendapat 12 sesi terapi gelombang otak menjadi lebih tidak merengek dan tidak menangis berlebihan. Dua hal ini memberi kesan pada masa penyembuhan yang lebih cepat dan penambahan berat badan yang lebih cepat, yang akhirnya mengurangi masa tinggal di hospital

Para pakar terapi Brainwave Antarabangsa telah menemukan suara-suara muzik tertentu yang boleh membuat bayi tenang. Bahkan yang menangis kuat pun langsung berhenti menangis dan kembali tenang.

Produk Anugerah Agung Brainwave For Sleep & Relaxation Baby (Bunyi-bunyian untuk membuat bayi tertidur) sudah dibuktikan ke-efektifannya oleh ribuan orang di seluruh penjuru dunia.  Anda harus mencubanya kepada bayi anda...! , Kami pun sudah melakukan eksperimen dan bunyi-bunyian dari Brainwave ini memiliki kesan yang luar biasa membuat bayi yang tadinya menangis menjadi tenang dan banyak dari pengujian kami bayi-bayi itupun akhirnya tertidur lelap. Anda harus mencubanya sendiri ke-efektifan Anugerah Agung Brainwave For Sleep & Relaxation Baby!

Anda tinggal menggunakan Brainwave ini ke CD player / Komputer, dan pastikan bayi anda mendengar suara dari Brainwave ini, selanjutnya anda dapat lihat sendiri keberkesanan Teknologi Brainwave dari Anugerah Agung ini terhadap buah hati anda akan menjadi tenang ataupun tertidur lelap !!

Terapi Untuk Menidurkan dan Merehatkan Bayi