Laman Utama

TEKNOLOGI SAINTIFIK GELOMBANG OTAK ANUGERAH AGUNG
(VERTIGO TREATMENT NEUROTHERAPY & BRAINWAVE THERAPY)

Membantu menyembuhkan atau meringankan vertigo dengan cara kerja membantu proses pemulihan keseimbangan dalam otak dan   organ keseimbangan di telinga. Vertigo bukan penyakit melainkan gejala dari suatu penyakit. Sekurang-kurangnya ada sepuluh penyakit yang disertai gejala vertigo. 

Boleh ringan, mungkin juga berat.  Ada yang  menyembuh  sendiri, ada pula yang perlu  operasi. Vertigo adalah rasa berputar-putar. Melihat benda dan barang-barang di sekitar berpusing, itu yang lazim dikeluhkan orang yang sedang vertigo. Ia merasa badan dan benda di sekelilingnya berputar.

Vertigo sering disertai dengan perasaan kepala kosong, rasa seperti mahu pengsan akibat darah rendah, atau kurang darah. Namun, tidak ada rasa berputar-putar.  Pada vertigo sebenar orang juga mengalami gangguan berjalan lurus, selain mungkin mual dan pergerakan  bola mata abnormal ke satu sisi. Pada penyakit lebih kronik,  aduan vertigo disertai gangguan pendengaran.

Anda mendapatkan 4 file audio brainwave yang dibuat dengan menggabungkan terapi brainwave dan stimulasi gelombang otak. Setiap file  Audio Brainwave berdurasi 30 minit

TERAPI UNTUK MENYEMBUHKAN VERTIGO

Nama Produk Brainwave : Vertigo Treatment

Keterangan : Membantu menyembuhkan atau meringankan vertigo dengan cara kerja membantu proses pemulihan keseimbangan dalam otak dan organ keseimbangan di telinga.

Cara Pakai : Didengarkan dengan headphone atau speaker sambil duduk santai atau berbaring.   Mata dipejamkan untuk merasakan alunan audio brainwave.   Dalam sehari disyorkan mendengar brainwave ini selama 30 minit.   Jika anda tidak ada masa lapang untuk mendengar brainwave ini secara khusus, maka anda boleh dengar brainwave ini waktu menjelang tidur.   Tiada masalah jika anda tertidur ketika mendengar brainwave ini.

Harga : RM150

Vertigo bukan penyakit melainkan gejala dari suatu penyakit.   Sekurang-kurangnya ada sepuluh penyakit yang disertai gejala vertigo.   Boleh ringan, mungkin juga berat.   Ada yang menyembuh sendiri, ada pula yang perlu operasi.

Vertigo adalah rasa berputar-putar.   Melihat benda dan barang-barang di sekitar berjumpalitan, itu yang lazim dikeluhkan orang yang sedang vertigo.   Ia merasa badan dan benda di sekelilingnya berputar.

Vertigo sering dirancukan dengan perasaan kepala kosong, rasa seperti mahu pengsan akibat darah rendah, atau kurang darah.   Namun, tidak ada rasa berputar-putar.   Pada vertigo sebenar orang juga mengalami gangguan berjalan lurus, selain mungkin mual dan pergerakan bola mata abnormal ke satu sisi.   Pada penyakit Meniere, aduan vertigo disertai gangguan pendengaran.

ORGAN KESEIMBANGAN

Tubuh sentiasa terpelihara dalam kedudukan tegak seimbang berkat ada alat kawalan organ keseimbangan di dalam ruangan telinga tengah. Organ keseimbangan bekerja sebagai sebuah sistem.   Ada tiga gelung paip (semicircular canal) mengandungi cecair yang ketiganya bermuara ke ruang vestibule.
 
Di setiap hujung gelung paip terdapat hujung-hujung saraf cupula yang berada dalam ruangan ampula.   Cupula ini bersifat peka rangsangan jika tersentuh oleh aliran cecair dalam gelung paip yang mengalir hilir mudik, sesuai kedudukan dan gerakan kepala.   Dalam kedudukan kepala tertentu kadang aliran dalam gelung menyentuh cupula, kadang pula tidak.

Ada tidaknya sentuhan aliran cecair dalam masing-masing gelung paip terhadap masing-masing cupula yang akan memberi maklumat ke otak melalui saraf keseimbangan (vestibular nerve).   Maklumat ini yang mengkhabarkan ke otak sedang dalam posisi apa tubuh berada dari saat ke saat.   Lalu otak menata psosisi seimbang dengan memerintahkan kepala dan postur tubuh jika ternyata tidak berada dalam kedudukan tidak, atau kurang seimbang, sehingga tubuh senantiasa terpelihara dalam kedudukan tegak seimbang.   Untuk itu, perlu koordinasi dengan mata juga.

Keluhan vertigo muncul jika kerja organ keseimbangan ini mengalami gangguan.Gangguan boleh berlaku di bahagian-bahagian mana saja.   Boleh di organ keseimbangan, boleh juga di peringkat pusat atau otak.   Kerana itu untuk mengesan punca vertigo-nya perlu dilakukan beberapa ujian dan pemeriksaan di bahagian mana organ keseimbangan mengalami gangguan.   Untuk itu diperlukan ujian, termasuk ujian pendengaran, ujian fungsi vestibule, gambar tengkorak, pemeriksaan cecair otak, rakam otak EEG, scan kepala, dan pemeriksaan pembuluh darah leher serta kepala.

Penyakit telinga sendiri lebih dari sepuluh jenis.   Gangguan telingan boleh menjadi sumber penyebab vertigo, termasuk jangkitan radang, dan tumor di dalam ruangan telinga tengah, tempat organ keseimbangan terletak.   Jangkitan dan tumor juga boleh mengenai saraf dan inti saraf di dalam otak, selain jika berlaku kelainan bola mata, gangguan aliran darah leher, penyakit saraf, atau tumor otak.

SIFAT VERTIGO

Vertigo yang datang dadakan dan diselingi masa normal, umumnya bersifat ringan, biasanya disebabkan oleh gangguan organ keseimbangan.   Vertigo jenis ini biasanya reda selepas beberapa hari.

Jika vertigo disertai gangguan pendengaran, tuli sesaat, mendengar bunyi mendesis, kemungkinan ada gangguan di saraf pendengaran juga, selain di organ keseimbangan.   Jika ada jangkitan di gelung paip organ kesimbangan, gejala vertigo-nya biasanya berat.   Jika aduan vertigonya menetap untuk masa yang lama, dan disertai gerakan bolamata abnormal, diikuti pula dengan gangguan melangkah, kemungkinan gangguannya terletak di dalam otak.   Vertigo pada keradangan vestibule di organ keseimbangan boleh menetap beberapa hari hingga beberapa minggu.

Orang yang mengidap darah rendah sering mengeluh pusing saban kali bangkit dari kedudukan berbaring (postural hypotension).   Dalam kes ini boleh vertigo juga.Termasuk pada orang yang keracunan ubat, seperti ubat anti TBC, golongan streptomycine, alkohol, dan candu.

Vertigo tergolong ringan jika puncanya bukan di otak melainkan di organ keseimbangan.   Selain lebih lekas reda, vertigonya bangkit hanya jika kepala berputar ke arah tertentu.   Jika vertigonya disebabkan gangguan di dalam otak, selain lama meredanya, bangkitan vertigo muncul pada setiap perubahan kedudukan kepala.
 
Vertigo yang berpunca di dalam otak boleh muncul sehabis gegar otak.Kemungkinan saraf vestibule lumpuh sesisi atau kedua-dua sisi.   Vertigonya disertai mual dan muntah, yang berlangsung terus menerus dan disertai gerakan bola mata yang abnormal.   Dengan ubat-ubatan aduan vertigo umumnya sembuh dalam bulan 1-3.

Adakalanya setelah vertigo sehabis trauma kepala reda, disusuli vertigo yang bangkit jika kepala dalam kedudukan tertentu.   Vertigo jenis ini hilang timbul, mungkin semasa hidup akibat ada kerosakan menetap pada saraf keseimbangan atau kerosakan di ruang vestibule.

Vertigo akibat keracunan ubat boleh menggangu pendengaran.   Umumnya selepas ubat dihentikan, aduan akan pulih dalam masa 6 bulan hingga setahun.   Selain vertigo dan tuli, mungkin juga disertai aduan bising di telinga (tinnitus).   Sindroma keracunan ubat umumnya muncul dengan keluhan mual, pusing dan terhuyung-hayang.

PALSU DAN ASLI

Kes vertigo yang paling kerap, tergolong vertigo jenis ringan.   Umumnya bangkit oleh perubahan kedudukan (Benign paroxysmal Positional Vertigo).   Keluhan biasanya bangkit sehabis dari kedudukan berbaring.

Setiap kepala bergeser terasa pusing, mungkin disertai mual dan muntah, tanpa disertai gangguan pendengaran.   Selain sebab trauma, jenis vertigo ini adalah sebahagian dari proses menua juga.

Dalam kes ini ada sejenis kristal kapur (calcium carbonate) yang berada dalam cecair gelung paip organ keseimbangan.   Pada orang-orang tertentu, kristal ini tersangkut di hujung-hujung saraf cupula, sehingga secara berkala aduan vertigo bangkit.   Keluhan biasanya muncul jika kepala bergoyang.   Keluhan juga terasakan jika duduk, dan enak jika berbaring mengiring.

Dalam kes vertigo sebenar, pesakit tidak berani menggerakkan kepala mahupun membuka mata.   Untuk itu perlu penyangga leher agar kedudukan kepala tetap tegak lurus.   Sedang pada kes vertigo palsu, vertigo akibat keluhan jiwa, misalnya, kepala boleh bebas bergerak tanpa disertai keluhan vertigo, tetapi mengaku vertigo.
 
Terapi vertigo bergantung penyebabnya.   Jika tidak ada penyebab organik yang nyata, ubat-ubatan umumnya boleh menolong.   Jika ada gangguan kelainan atau penyakit yang merupakan akar penyebab tentu harus dipinggirkan, sebab ubat sahaja tidak menyembuhkan.

Dalam kes BPPV diperlukan bantuan dengan prosedur tertentu untuk memindahkan kristal kapur ke kawasan yang tidak menimbulkan keluhan vertigo.   Atau mungkin diperlukan tindakan pembedahan.

Vertigo juga boleh merupakan sebahagian daripada tumor otak.   Ada beberapa jenis tumor di dasar otak, selain tumor otak kecil, yang gejalanya disertai vertigo.Tumor pada saraf pendengaran umumnya bermula dengan tuli dadakan yang makin hari makin memburuk.   Kemudian disusuli aduan vertigo.   Kalau berjalan suka sempoyongan.   Jika tumornya sudah menjalar muncul kelumpuhan wajah separuh, dan vertigonya kian memburuk.   Pada jenis tumor otak lain disertai dengan gejala gangguan fungsi otak lain, sesuai atas peta fungsi otak yang dipikulnya.

Setiap aduan vertigo perlu dinilai.   Jika gejalanya muncul dari proses yang progresif semakin hari vertigonya semakin berat dan disusuli aduan-aduan lain.   Vertigo yang ringan dan bukan gejala dari penyakit berat, biasanya tidak bertambah berat, dan muncul sesekali saja.   Sebahagian aduan vertigo bahkan boleh menyembuh sendiri.

VERTIGO PENYAKIT KETIDAKSEIMBANGAN DALAM TELINGA

RUANG yang dilihat di sekelilingnya seakan-akan sedang berputar. Pandangannya yang berpusing-pusing itu seperti orang yang baru kali pertama menaiki roller coaster. Disertai pula rasa loya dan muntah, si penderita keadaan ini adakalanya takut untuk bergerak.

Diagnosis Pakar Telinga, Hidung dan Tekak (ENT), Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Kuljit Singh mendapati semua itu adalah simptom kepada penyakit pening yang berpunca daripada ketidakseimbangan dalam telinga atau dikenali juga sebagai vertigo.

Jelas Kuljit, terdapat beberapa simptom yang menjadi petunjuk kepada penyakit ini seperti pergerakan ritma mata yang abnormal (nistagmus), pening serta loya dan muntah.

Dalam kes-kes lazim, seseorang pada mulanya hanya menganggap ia sekadar pening biasa, namun tidak dapat menggambarkan keadaan sensasi tidak stabil, rasa melayang serta penglihatan yang berpinar-pinar.

“Bagi penghidap vertigo Benign Paroxysmal Positional (BPPV), serangan seringkali berlaku ketika bangun tidur pada waktu pagi dan disertai kombinasi simptom lain.

“Tempoh serangan mungkin hanya sekitar satu minit namun sensasi serangan tersebut mungkin berakhir setelah beberapa minggu,” jelasnya tentang episod pening melampau namun singkat itu.

Dalam pada itu, vertigo postur phobic pula boleh terjadi apabila wujud faktor stimulasi berdiri seperti menaiki tangga, berdiri atau melakukan apa saja pergerakan terutama melibatkan kepala.

Sekiranya vertigo muncul dari pusat keseimbangan otak, ia lebih rumit kerana berkait dengan kerosakan neurologi. Ini menjelaskan berlakunya pertuturan yang tidak jelas, penglihatan berganda dan ketidakseimbangan tubuh.

Kuljit turut memberitahu bahawa serangan vertigo terdapat dalam beberapa jenis mengikut situasi dan penyakit yang berkaitan dengan pesakit.

“Misalnya vertigo periferal disebabkan oleh trauma pada kepala akibat kecederaan, manakala bagi kes penyakit Meniere, vertigo tercetus akibat berlaku keadaan abnormal pada telinga dalam.

“Ia bukan saja menyebabkan keadaan kepala seolah-olah merasa kesan berpusing, malah telinga berdesing (tinitus),” terang Kuljit.

Di samping itu, fistula perilimfa merupakan abnormaliti yang terjadi di antara ruang dalam telinga yang mengandungi cecair iaitu meliputi koklea dan telinga tengah yang terdiri daripada gegendang telinga dan tulang-tulang osikel iaitu tukul, rakap dan andas.

Terang Kuljit, serangan vertigo jenis ini tidak kronik dan boleh sembuh dengan sendiri walaupun dalam kes tertentu memerlukan pembedahan untuk pulih semula.

“Satu lagi jenis vertigo disebut sebagai idiopatik. Penyebab bagi jenis ini ini tidak menemui penjelasan sebenar kerana ia merupakan kombinasi beberapa jenis vertigo. Namun, pencetus utamanya adalah pergerakan,” katanya.

Kebanyakan pesakit adalah daripada golongan pertengahan umur dan ia mungkin berpunca daripada vestibul yang menjadi lebih sensitif.

RAWATAN

Rawatan yang perlu dijalani bergantung kepada jenis vertigo yang dialami oleh pesakit. Namun, diagnosis terhadap keadaan telinga dalam pesakit akan menentukan pencetus utama penyakit ini.

Menurut Kuljit, terdapat beberapa cara untuk mengubati penyakit ini termasuk menggunakan ubat-ubatan seperti betasere, stemetil dan stugeron.

Beberapa siri pergerakan yang dikenali sebagai Prosedur Menempatkan Semula Canalith bagi melegakan BPPV merupakan rawatan utama bagi vertigo.

Mudah dan tidak mengambil masa yang lama, prosedur berkenaan terdiri daripada beberapa pergerakan ringkas untuk meletakkan kepala dalam kedudukan yang betul.

“Paling utama, partikel-partikel daripada kanal separa bulat berisi cecair (labirin vestibular) digerakkan untuk memasuki struktur seperti beg halus (utrikel), di mana partikel-partikel ini tidak lagi mengganggu selama sekitar 30 saat,” ungkap Kuljit.

Usai prosedur, pesakit perlulah mengelak daripada baring terlentang selama 24 ke 48 jam. Malah pesakit juga digalakkan untuk meninggikan bahagian kepala di atas bantal semasa tidur.

“Ini memberikan masa kepada partikel-partikel tadi untuk terapung-apung di dalam labirin sebelum mendap di dalam utrikel ataupun diserap semula oleh cecair-cecair tubuh,” katanya.

Nasihat saya sekiranya anda mengalami masalah vertigo,anda boleh datang berjumpa saya untuk rawatan vertigo atau boleh memesan brainwave vertigo treatment untuk rawatan jarak jauh.